BAB 5

213 23 5
                                    

Beberapa bulan telah berlalu. Idea penubuhan Secret GUARD masih belum sempurna. Masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum mereka membentang proposal di hadapan semua ahli GUARD termasuk orang-orang atasan. Penubuhan Secret GUARD mendapat nasihat daripada En. Luqman, Master GUARD.

"Bray, aku nak pergi tandas kejap. Sakit perut. Nanti tolong beritahu Abang Azli." Kata Syam sebelum dia berlari ke arah tandas lelaki yang terletak tidak jauh dari situ.

"Okay."

Bray mengatur langkah menuju ke arah sebuah dewan yang menjadi tempat orentasi pelajar-pelajar baru di UKM. Bray dan Syam telah berjaya mendapat tawaran sambung belajar di UKM. Mereka juga berada dalam satu kolej atau asrama yang sama tetapi masing-masing tinggal di luar kampus. Mereka hanya berada di kolej tersebut selama seminggu kerana orentasi.

"Syam mana?" Tanya seorang jejaka yang kelihatan sebaya dengan Bray tatkala dia melihat Bray berdiri di hadapan pintu dewan.

"Dia pergi tandas. Sakit perut. Udang masak merah tadi tu pedas sangat bagi dia kot." Jawab Bray sambil menghampiri rakan sekumpulannya. Dia duduk di atas lantai bersebelahan dengan rakannya itu.

Seorang jejaka berjalan ke arah mereka. "Bray. Majid. Mana yang lain?"

"Tak tahu. Syam pergi tandas." Jawab Bray.

"Haih. Group lain semuanya dah cukup. Group kita je lambat. WhatsApp cepat. Suruh deorang masuk." Arahnya kepada mereka.

"Abang Azli nak pergi mana?" Soal Majid apabila dia melihat Azli berjalan ke arah pintu dewan.

"Pergi tandas. Asyik terbantut je sebab ada hal tadi. Pastikan semua dah kumpul sebelum saya sampai."

"Okay." Sahut mereka berdua.

*

Syam bersandar pada dinding. Matanya melihat ke arah semua kubikel tandas. Pintu tutup rapat menandanya semua tandas sedang digunakan. "Eh? Semua orang sakit perut ke?" Fikirnya.

Tidak lama selepas itu, sebuah pintu kubikel tandas dibuka. Syam terus berjalan ke arah destinasinya. Dia terus masuk ke dalam kubikel tandas selepas seorang pelajar lelaki keluar dari situ.

"Eh? Mana paip air? Ada tisu je. Ehhhhh? Aku tak boleh kalau tak ada air. Aku rasa tak bersih. Tapi aku tak tahan." Dia panik tatkala melihat keadaan dalam kubikel itu. Hanya ada sebuah tandas duduk dan tisu tandas.

Syam mengalihkan pandangannya ke dalam mangkuk tandas. Dia terlihat sebuah lubang yang pelik ada mangkuk tandas. Pada sisi mangkuk tandas itu pula terdapat sebuah tuil kecil.

"Tuil apa tu? Eh? Jap jap. Aku ni kuno ke? Sah-sah la ni tandas moden." Dia ketawa kecil lalu menggelengkan kepalanya kerana kebodohannya itu.

Sementara itu, Azli baru sahaja tiba di situ. Dia masuk ke dalam sebuah kubikel tandas yang terletak di sebelah kanan kubikel tandas Syam berada. Ketika ini, banyak kubikel tandas yang tidak digunakan. Mungkin sudah ramai pelajar kembali ke dewan untuk aktiviti orentasi yang seterusnya.

Azli terkejut tatkala dinding kubikel di sebelahnya diketuk oleh seseorang. Dia melihat ke arah kirinya. "Apa hal pula ni? Nak cari gaduh ke?" Fikirnya.

"Ah~ Finally."

Kedengaran bunyi tuil tangki air tandas ditarik selepas bunyi semburan air beberapa minit sebelum tuil tersebut ditarik.

"Eh?" Azli tepuk dahi.

*

Bray sedang membalas mesej seseorang melalui aplikasi WhatsApp tanpa mempedulikan orang lain yang berada di sekelilingnya. Wajahnya kelihatan sangat serius. Sesekali dia mengeluh dan mengetap bibir. Auranya pada ketika ini sangat menakutkan. Terasa sangat panas apabila mereka duduk di sebelahnya. Maka, mereka mengambil keputusan untuk berkumpul di kawasan lain. Bray ditinggalkan sendirian bersama-sama masalahnya itu.

"Tak guna. Kalau aku dapat kontraktor tu... Siaplah. Aku pecat dia. Ambil pekerja asing tanp izin. Memalukan nama syarikat. Lepas ni aku kena periksa maklumat peribadi buruh." Bicara hatinya.

Bray pantas mencari nama seseorang dalam senarai kenalan dan menelefon orang tersebut. "Hello?"

"En. Badri. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Adakan meeting esok pagi. Kumpul semua kontraktor. Dapatkan semua maklumat peribadi buruh secepat mungkin." Arahnya kepada orang tersebut.

"Tapi En. Badri masih dalam minggu orentasi. Nanti saya beritahu En. Ramlee..."

"Ini arahan! Jangan libatkan papa dalam hal ni. Aku boleh uruskan AGENDA Corp sendiri. Selagi aku ada dalam AGENDA Corp, aku akan bersihkan  apa yang patut. Aku tak akan benarkan sesiapa rosakkan nama baik AGENDA Corp. Adakan meeting pagi esok. Hantar maklumat atas meja sebelum pukul 10:00 pagi. 10:30 pagi, mula meeting." Tegasnya.

"O-okay. Saya akan uruskan."

Panggilan segera ditamatkan. Bray berasa hairan apabila dia melihat dirinya duduk sendirian di situ. Kemudian, dia melihat pula ke arah para pelajar yang memberi tumpuan kepadanya.

"AGENDA Corp?" Fikir mereka setelah mendengar arahan Bray dengan suara yang kuat tadi. Itu sudah menjadi kebiasaan Bray di dalam pejabat ketika dia tidak berpuas hati terhadap para pekerjanya.

*

Syam berjalan sendirian menuju ke arah dewan yang menjadi tempat orentasi. Langkahnya dipercepatkan dan bersandar pada dinding sebuah bangunan kerana dia terasa seperti diekori. Matanya dipejamkan seketika selepas dia duduk bersandar di situ.

Pada masa yang sama, Azli terpinga-pinga apabila seseorang yang berada di hadapannya tadi tiba-tiba sahaja hilang. Dia mula berasa seram kerana hari itu ialah malam Jumaat. Fikirannya mula teringatkan kisah-kisah seram di kawasan tersebut. Tanpa berfikir panjang. Dia terus berlari ke arah destinasinya sehinggalah dia terjumpa seseorang yang berjalan di hadapanya tadi.

Azli menepuk bahu jejaka tersebut. Jejaka itu terus melihatnya dengan pandangan yang dingin.

Tubuh Azli tiba-tiba sahaja ditolak ke arah dinding bangunan. Dia terdiam dan ketakutan. Tambahan pula, jejaka itu sedang senyum sinis di hadapannya.

"Apa kau nak, ha? Kau nak bunuh aku ke?" Soal jejaka itu kepada Azli.

"Bu-bunuh? Apa maksud kau? Syam, apa maksud kau? Kenapa aku nak bunuh junior aku tanpa sebab?" Soalnya dalam keadaan menggigil.

"Oh. Kau kenal aku. Jadi, kenapa kau ekori aku? Apa tujuan kau?"

"Aku... Aku nak pergi dewan. Tadi aku pergi tandas. Kau jalan depan aku. Aku tak ikut kau la."

"Tch! Salah orang. Dah la." Katanya sebelum berlalu pergi dari situ.

"Dia... Dia, Syam... kan? Budak yang asyik berkepit dengan Bray tu. Kenapa tiba-tiba jadi seram macam ni? Aku rasa... Aku... Dah terkencing dalam seluar." Monolognya sambil memerhati langkah Syam meninggalkannya di situ.

Syam bukanlah diri Syam yang sebenar kerana dia ialah RaSIS.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now