BAB 4

281 22 16
                                    

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

25 April 2017 - 9:40 malam

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


25 April 2017 - 9:40 malam.

Glock-17 telah meragut tiga nyawa di hadapan mataku. Aku tidak dapat melihat wajah mereka kerana mereka ditembak dari belakang. Aku hanya mampu berdiri dan melihat situasi di hadapanku. Kemudian, mataku melihat pula ke arah seseorang yang melepaskan tembakan terakhir itu. Jam tangan pada pergelangan tanga kiri dilihat sekilas, 9:40 malam.

Kejadian tersebut berlaku di tempat letak kereta berhampiran hotel lima bintang. Kereta yang dipandu oleh mangsanya ialah BMW berwarna hitam, CCG 2017.

Si pembunuh terus pergi dari situ selepas menyelesaikan misi pembunuhannya. Beberapa tapak sahaja dia melangkah sebelum sebuah Alza hitam berplat AVN 1267 berhenti di sebelahnya. Dia terus masuk ke dalam kenderaan tersebut.

26 April 2017

9:40 pagi

Sebuah buku diari ditenung oleh si penulis. Dia sedang berfikir cara untuk mengembangkan ideanya itu supaya para pembaca dapat memahami hasil penyampaiannya. Itu hanya idea kasar berdasarkan mimpinya. Penulisan cerpennya masih belum bermula. Setiap mimpinya juga dicatat di dalam sebuah buku diari berwarna hitam sebelum dia memulakan cerpen di dalam 'DREAM CASE'. Si penulis gemar menggunakan gaya huruf ciptaannya sendiri. Bagaikan sebuah kod rahsia. Bentuk tulisan ini dikenali sebagai RAVEN oleh BLACK_BOOK.

"Rashdan." Panggil si ibu kepada si anak yang berada di dalam bilik. Si ibu pula berasa di atas tangga berhampiran bilik anaknya itu.

"Ya." Sahut Rashdan dengan kuat supaya ibunya dapat mendengar sahutannya.

"Ada orang call." Beritahu ibunya sebelum berlalu pergi ke kawasan dapur.

Buku diari tersebut ditutup. "Sekejap." Katanya seraya dia berdiri dari kerusi dan keluar dari biliknya.

Dia berlari pantas menuju ke arah sebuah meja telefon yang berada di ruang tamu. Ganggang telefon dipegangnya sebaik sahaja dia tiba di situ.

"Hello?"

"Hello. Ini En. Mohd. Rashdan Bin Mohd. Hamid ke?"

"Ya. Saya, Mohd. Rashdan Bin Mohd. Hamid. Ada apa, ya?"

"Saya, Inspektor Cong. Saya ada berita buruk untuk diberitahu. En. Salman telah dibunuh di parking hotel. Saya harap encik boleh beri kerjasama untuk membantu pihak kami menjalankan siasatan."

Rashdan tergamam tatkala mendengar laporan tersebut. Dia terduduk di situ. Hatinya terasa sebak kerana dia telah kehilangan rakan baiknya. "O-Okay." Panggilan segera ditamatkan.

*

Syam membaca cerpen terkini milik BLACK_BOOK. Cerpen tersebut bertarikh 25 April 2017. "Kenapa cerpen dia tulis pendek sangat. Eh? 'Sorry sebab cerpen pendek. Saya ada masalah. Bye.' La..."

Pintu bilik kerja tersebut diketuk sebelum seseorang masuk ke dalam bilik itu. Dia melihat sekeliling sebelum mengajukan soalan kepada Syam yang berada di ruang tamu bilik kerja tersebut. "En. Syam? En. Badri mana?"

Syam melihat ke arah Hamzah yang berdiri di hadapan pintu. "Bray pergi tandas kejap. Kenapa?"

"CEO MESRA Holding dah sampai. Meeting dalam masa 10 minit lagi." Beritahunya selepas dia melihat jam tangannya sekilas.

"Pergilah ketuk pintu tandas tu." Kata Syam tanpa melihat ke arah Hamzah. Matanya masih tertumpu kepada skrin telefon pintar. Dia berasa hairan terhadap cerpen yang terlalu pendek baginya itu.

"Eh?"

*

Rashdan berdiri di sebelah kanan jenazah sahabatnya yang merupakan wartawan bebas. Dia mendapat laporan daripada forensik bahawa sahabatnya itu ditembak dari belakang. Peluru melekat pada jantung dan meninggal dunia serta-merta. Dia juga telah ditunjukkan pakaian milik sahabatnya itu sebelum dia masuk ke dalam bilik mayat.

Pihak polis dan hospital telah cuba menelefon ahli keluarga mangsa. Namun, tiada sesiapa yang menjawab panggilan tersebut. Maka, mereka menelefon Rashdan.

Rashdan terus bersandar pada dinding bangunan bilik mayat selepas keluar dari bilik mayat tersebut. Fikirannya berserabut dan kesedihan. "Macam mana boleh jadi macam ni? Apa salah dia? Pakaian tu... Sama macam mimipi aku. Salah seorang daripada tiga orang mangsa..."

Dia mengetuk dinding yang berada di belakangnya. "Kenapa?" Air matanya menitis membasahi lantai tatkala dia menangis.

Air mata dikesat menggunakan lengan baju t-shirt. "Aku kena cari pembunuh tu." Tekadnya.

"Alza hitam. AVN 1267." Katanya sebelum berlalu pergi dari situ.

*

Sebuah Alza hitam berplat AVN 1267 dipandu laju menuju ke arah destinasinya. Di dalam kereta tersebut terdapat dua orang jejaka, seorang pemandu dan seorang penumpang belakang yang kelihatan seperti seorang bos.

"Dah cek isi kandungan kamera tu?" Soalnya kepada si pemandu.

"Dah, tuan. Saya dah padam semuanya." Jawabnya.

"Bagus. Sekarang, tak ada sesiapa yang boleh jatuhkan aku. Termasuk wartawan-wartawan macam mereka. Macam mana dengan BLACK_BOOK? Ada apa-apa maklumat?"

"Tak ada, tuan. Pasukan saya masih mencari maklumat tentang BLACK_BOOK. Dengar cerita, sahabat tuan pun cari maklumat BLACK_BOOK."

"Apa kaitan dia dengan BLACK_BOOK?" Dia berasa hairan.

"Dengar cerita, orang-orang dia kena tangkap sebab ramalan BLACK_BOOK. Dia minta hacker asing untuk cari BLACK_BOOK tapi masih gagal." Jelasnya sambil memandu.

"Menarik." Katanya lalu menyilangkan kedua-dua lengannya pada dada.

"Teruskan pencarian BLACK_BOOK sampai jumpa." Arahnya kepada pemandu tersebut.

"Baik, tuan.


[BUKU DREAM CASES / DIARI BLACK_BOOK]

[Saya wujudkan buku ni semalam dengan hobi membuat buku nota sendiri

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


[Saya wujudkan buku ni semalam dengan hobi membuat buku nota sendiri.😶]

A.K.U : BLACK_BOOKOù les histoires vivent. Découvrez maintenant