BAB 16

186 23 0
                                    

Urat-urat pada tapak tangannya diperhati dengan teliti sebelum dia terdengar bunyi ketukan pintu bilik. Dia berdiri dari kerusi lalu keluar dari bilik tersebut. "Where is he?"

"He is at the toilet." Jawab pembantu peribadinya.

"Bawa dia ke bilik operasi." Arah Harris lalu berjalan menuju ke arah bilik operasi yang terletak di bawah tanah terlebih dahulu.

"Okay, boss."

Tidak lama selepas itu, Harris mendapat panggilan daripada seseorang. Dia terus menekan butang alat penghubung yang sudah dipasang pada telinga kanan. "What?"

"Boss, police have attacked our area. I don't know who gave them the location information. Jeson, Benjamin and our customer have been arrested. Police have confiscated three boxes of BLUE ICE." Laporan daripada orang bawahannya yang bertugas sebagai pengadar dadah di Australia.

"Shit! You. Don't come to my place. I will send someone to investigate this case."

"What I should do now?"

"Stay at your house. Wait until I call you." Arahnya kepada orang bawahannya itu. Panggilan segera ditamatkan.

Pintu bilik operasi dibuka dan dia masuk ke dalam bilik tersebut. Pintu bilik dihempas kerana terlalu tertekan terhadap kerugian yang dihadapinya. Dia telah mengalami kerugian yang besar kerana tiga kotak dadah bersaiz besar tapak tangan telah dirampas oleh pihak polis Australia. Tempat persembunyian atau lokasi pengedaran dadah itu juga telah berjaya dikesan oleh pihak polis. Walhal selama ini tiada sesiapa pun yang tahu lokasi tersebut.

"Siapa pembelot? Aku perlu cari pembelot." Jeritnya lalu menumbuk pintu bilik operasi tersebut.

*

Ryzan baru sahaja menerima panggilan daripada pihak polis. Misi serbuan pihak polis ke atas sarang pengedaran dadah atau lokasi persembunyian itu telah berjaya dilaksanakan berdasarkan maklumat siasatan daripada pihak Aquilinae Empire.

"Harris. Aku akan tetap jejak perbuatan kau." Katanya dengan perasaan yang penuh dendam. Namun, adakah dia tahu bahawa Harris itu ialah rakan baik Hanan?

Pintu bilik kerja yang sudah dibuka luas itu diketuk oleh seseorang sebelum dia masuk ke dalam bilik kerja tersebut. "Ini fail kes pembunuh bersiri yang dah lari ke Malaysia." Sebuah fail hitam berlogo Aquilinae Empire diletakkan di atas meja yang terletak bertentangan dengan Ryzan.

Fail tersebut dibuka. Maklumat peribadi penjenayah dilihat. "Aku akan bertolak ke Malaysia esok. Misi ni aku pegang. Pablo akan jaga empire di Rusia. Kau, balik Australia."

"Siapa yang akan pergi sana teman Master?" Soal orang kanan yang berkhidmat dengan Ryzan selama dua tahun ini, Jonney.

"Senior kau."

"Aryan Rizki?"

"Ya. Dia akan bertolak dari Itali terus ke Malaysia."

"Kalau senior ada. Saya tak risau sangat."

*

Bray baru sahaja selesai bermesyuarat. AGENDA Corp masih dalam masalah walaupun satu kes telah selesai. Namun, sesi siasatan seterusnya masih dijalankan lagi. Para pekerja baru telah didedahkan dengan peraturan-peraturan AGENDA Corp. Tiada lagi alasan 'majikan tidak memberi peringatan atau penerangan'.

Fail kes syarikat AGENDA Corp dihempas di atas meja sebaik sahaja Bray tiba di dalam bilik kerjanya. "Macam mana Tan Lue boleh meninggal? Kes sama macam Sufian ke? Bunuh diri juga? Aku tak pecat la, wei. Tak akan nak protes juga?" Soalnya kepada Hamzah yang baru sahaja masuk ke dalam bilik kerja tersebut. Wajahnya kelihatan sangat marah.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now