BAB 45

195 18 24
                                    

Rashdan terkebil-kebil melihat wajah Hanan yang berada di hadapannya pada ketika ini. Hanan pula hanya senyum melihat wajah sepupunya itu. Manakala, Ryzan sedang menahan dirinya daripada menangis kegembiraan kerana abangnya sudah sedar daripada koma.

Hanan menepuk kedua-dua belah tangannya di atas sofa pada sebelah kanan dan kiri. Dia memanggil mereka berdua untuk duduk di sebelahnya. Rashdan dan Ryzan hanya menuruti. Kedua-dua kepala mereka digosok oleh Hanan selepas mereka duduk di sebelah Hanan. Mereka dilayani seperti budak-budak. Ryzan pula sudah tidak tahan untuk menangis. Hal ini menyebabkan dia memeluk Hanan lalu menangis.

Rashdan hanya melihat keadan Ryzan. "Abang Ryzan ni manja rupanya. Ketua Aquilinae Empire yang manja."

Hamid datang ke ruang tamu bersama-sama dengan sebuah dulang berisi empat buah cawan teh susu dan sepinggan donat. Donat itu dibeli oleh Hamid di sebuah kedai donat berhampiran hotel tersebut. Dulang diletakkan di atas meja.

"Bau ni macam kenal. Dashing cool? Kejap. Siapa lelaki bertopeng tu? Bukan Denny." Fikir Rashdan tatkala dia melihat lelaki tersebut duduk di sebuah sofa bertentangan dengan mereka bertiga.

Rashdan melihat pula ke arah tangan kiri Hamid. Cincin milik keluarga Aquilinae Empire kemas dipakai pada jari tangan kiri tersebut. "Family Aquilinae Empire? Siapa? Kejap. Kenapa aku rasa macam kenal je gelang tangan tali tu?" Kali ini dia melihat pula ke arah pergelangan tangan kiri Hamid ketika lelaki itu sedang mencapai secawan teh susu untuk diminum.

"Ayah?"

Hamid segera melihat ke arah Rashdan kerana terkejut apabila nama gelarannya sebagai ketua keluarga dipanggil. "Rashdan?" Soal Hamid yang sudah tidak mengenali anaknya sendiri kerana wajah Rashdan telah banyak berubah berbanding wajahnya ketika masih kanak-kanak.

Rashdan terdiam seketika. "Ayah ke?"

Ryzan turut terkejut apabila Rashdan menyebut perkataan 'ayah' tadi. "Pakcik Hamid?" Dia turut menyoal kepada Hamid.

"Ya." Jawab Hamid.

Rashdan segera berdiri dari sofa dan menghampiri bapanya. Bapanya dipeluk dan dia menangis. "Ayah. Jangan tinggalkan kami lagi. Kami tak boleh hidup tanpa ayah. Malam-malam ibu menangis sebab teringatkan ayah. Ke mana ayah hilang selama ini?"

Hamid membalas pelukan tersebut. "Maafkan ayah sebab terlalu lemah untuk berlawan."

Rashdan melepaskan pelukan. "Esok kita jumpa ibu di kampung. Esok Rashdan cuti. Ibu rindu ayah."

Hamid memegang topengnya pada wajah. "Tapi... Ibu mesti dah tak terima ayah sebab muka ayah dah rosak. Mustahil ibu kenal ayah lagi."

Rashdan memegang tangan kanan bapanya itu. "Cinta tak akan lupa pasangannya. Rashdan yakin. Ibu boleh terima ayah." Katanya dengan penuh keyakinan selepas berhenti menangis.

Hamid melihat ke arah Hanan. Hanan senyum dan menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju terhadap kata-kata Rashdan tadi.

"Baiklah. Ayah akan jumpa ibu." Itu keputusan terakhir Hamid walaupun dia masih berasa ragu-ragu untuk bertemu isterinya.

"Terima kasih, ayah."

"Sama-sama."

"Nak ikut juga. Kita pergi rumah nenek sekali." Kata Ryzan sambil mengelap air matanya pada bahu kiri Hanan.

"Eh, budak ni. Suka sangat lap air mata pada pakaian orang lain. Nasib baik dia tak lap hingus sekali." Telinga kanan Ryzan dijentik selepas dia berkata sedemikian di dalam hatinya.

Rashdan melihat ke arah Ryzan. "Abang Ryzan kata lepas tangkap Fortino. Kalau tak tangkap dia. Maknanya, tak boleh balik kampung jumpa nenek."

"Esok abang tangkap dia. Lepas tu, kita balik kampung jumpa nenek." Ujarnya dengan bersemangat.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now