BAB 30

192 26 7
                                    

Reza masih menunggu berita daripada orang bawahanya. Namun, dia masih belum dapat berita tersebut. Orang bahawannya juga tidak menelefonnya.

"Aku call pun tak angkat. Berapa lama lagi dia nak suruh aku tunggu? Selagi BLACK_BOOK tu tak mati. Ramai orang-orang aku kena tangkap dengan polis. Majid pun dah mati. Siapa yang bunuh dia? BLACK_BOOK bunuh dia?" Ujarnya lalu berdiri dari kerusi. Dia keluar dari bilik kerja yang berada di tingkat satu di dalam rumahnya itu.

*

Berita kematian Majid tidak diketahui oleh umum. Hanya ahli keluarga Majid, orang terdekat dan Reza yang mengetahui hal tersebut. Syam juga masih dalam keadaan tidak stabil tatkala terkenangkan kejadian pada malam itu.

"Awak tak nak bawa dia balik ke?" Soal Dr. Syamila kepada tunangnya di dalam bilik doktor.

"Biarlah dia tinggal di wad buat sementara waktu ni. Lagi pun, dia akan tertekan kalau dia balik rumah saya. Syam tak suka Ayuni. Awak pun tahu, kan?" Kata Raz yang duduk bertentangan dengan Dr. Syamila.

"Betul juga. Tapi buat masa ni. Saya tak galakkan dia balik rumah dia tu. Saya risau dia tertekan. Dia mesti trauma sebab kawan sendiri bunuh kawan dalam rumah sendiri."

"Majid tu pun satu hal. Haih. Tapi RaSIS dah bunuh dia." Kata Raz berdasarkan keterangan Inspektor Arman yang melihat kejadian tersebut.

"Kes ni dah melibatkan pihak polis. Kejadian tu berlaku depan mata mereka. Dalam hal ni, RaSIS yang salah." Kata Dr. Syamila.

"Ya. RaSIS nak balas dendam sebab dah bunuh Rashdan. Tapi Rashdan hidup lagi sekarang ni."

"Dia panik." Kata Dr. Syamila.

"Inspektor Arman dah jumpa Syam ke?"

"Dah. Pagi semalam. Puas saya pujuk Syam. Inspektor Arman pula ada mention pasal Syam bunuh Majid. Syam pula... Awak tahu la dia tu. Dia kata dia tak patut hidup kalau dia menyusahkan orang dan bunuh orang. Dia kata dia tak nak hidup untuk bunuh orang. Tapi tu kerja RaSIS."

"Patutlah RaSIS larang mention dia bunuh orang depan Syam. Walaupun RaSIS bunuh musuh yang buru Syam." Raz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dia ada pesan kepada awak ke?"

"Ya. Dia pesan kepada saya, Ash, Bray dengan Safuan. Rasanya sekarang ni deorang nak tubuhkan pasukan Secret GUARD. Siasat masalah dalam GUARD. Bray ada beritahu saya. RaSIS pesan. Jangan libatkan Syam dalam misi Secret GUARD. Yang terlibat hanya dia, Aron dan Erzen." Jelas Raz berdasarkan makluman sebelum ini.

"Betul juga cakap RaSIS tu. Kalau Syam tahu tangan dia tu buat kerja berdarah. Kemungkinan untuk dia bunuh diri tu adalah tinggi. Kalau dah jadi macam tu. Saya terpaksa masukkan dia dalam wad..."

Raz tiba-tiba sahaja ketawa. "Awak lupa ke? RaSIS tak suka wad special tu. Boleh histeria dia nanti kalau dia tiba-tiba muncul nanti."

Dr. Syamila turut ketawa. "Ha'ah la. Hari tu pun dia dah gelabah sebab saya ugut dia. Comel la."

Raz cuba berhenti ketawa. "Kan. Comel."

Tiba-tiba, pintu bilik tersebut dibuka. "Apa yang comelnya?"

Masing-masing melihat ke arah Syam yang berdiri di hadapan pintu bilik tersebut dengan berpakaian pesakit. Dia masuk ke dalam bilik tersebut dan menutup pintu.

Syam berjalan terus ke arah sebuah katil yang berada di dalam bilik doktor itu. Dia duduk di atas katil. Mereka berdua melihat ke arahnya.

"Kenapa pandang saya macam tu? Tak puas hati?"

"Ya. Tak puas hati. Kenapa RaSIS baling pen pada leher Majid?" Soal Raz kepada adiknya, RaSIS.

"Saya geram. Tak sangka ada polis. Siapalah yang call polis tu? Saya rasa nak patah-patahkan tulang rusuk dia. Leceh tahu tak? Hmph!" Jelas dia sangat marah ketika ini.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now