BAB 26

177 23 4
                                    

Bray membuka matanya. Wajah pertama yang dilihatnya selepas merehatkan mindanya sebentar tadi ialah wajah Syam. Syam sedang tidur bersandar di atas katil. Bray pula baring di sebelah kiri Syam. Dilihatnya pula ke arah tangan kanannya. Syam sedang memegang tangannya.

"Erk? Apa hal pula ni? Tadi kata aku macam sotong. Dia pula yang pegang tangan aku. Aku rasa aku pejam mata sejam lebih je lepas makan ubat tadi. Nasib baik Safuan datang." Monolognya.

Bray melepaskan pegangan tangan Syam pada tangannya. Syam terjaga. Dia memisat-misat matanya sebelum dia melihat ke arah Bray.

Wajah Bray direnung. "Apa kau buat atas katil aku? Bilik atas ada katil juga, kan? Saja nak berkepit dengan aku pula ke?"

Bray mengiring ke arah lain. Mengelak daripada melihat wajah sahabatnya itu. "Sorry. Aku tak sihat. Syam yang bawa aku naik atas katil ni. Aku pun tak ingin sekatil dengan kau, Erzen."

Erzen melorotkan selimut lalu bangun dari katil. "Aku nak mandi. Kau tidurlah."

"Malam-malam kau mandi?"

"Panas."

"Panas? Aku rasa sejuk je."

"Kau dah tak lama hidup. Memang la sejuk." Katanya sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Bray berasa geram terhadap Erzen. Dia duduk di atas katil. "Hmph! Aku nak balik."

"Tidur sini je la. Kau tak sihat, kan? Aku ada kerja nak buat." Kata Erzen yang berada di dalam bilik mandi.

"Kau nak keluar ke?"

"Ya. Kejap je."

"Pergi mana?"

"Jalan-jalan."

"Erzen. Kau tahu tak kau ada ramai musuh dekat luar tu?" Soal Bray yang sangat risau terhadap keselamatan rakannya itu.

"Aku tahu. Aku keluar dengan Yami." Kata-kata itu merujuk kepada pedang samurai kesayangannya.

Bray menggelengkan kepalanya. "Hati-hati. Jangan sampai kau kena tangkap dengan polis pula."

"Aku tahu la apa yang aku buat. Kau tak payah ajar aku. Kau tidur." Katanya sebelum kedengaran bunyi air pancut menghujani lantai bilik mandi.

Bray baring semula di atas katil tersebut. Dia berselimut. "Sejuknya. Aku nak demam ke? Dah lama betul tak demam."

Tapak tangan kanan diletakkan pada dahi. "Panas. Aku demam."

"Erzen. Ada ubat demam tak?"

"Apa? Tak dengar? Aku tengah mandi ni. Nanti la cakap."

"Dia ni. Tak boleh harap betul la." Monolog Bray lalu mengeluh.

*

Erzen masuk ke dalam biliknya bersama-sama dengan sebuah mangkuk berisi air dan sapu tangan bersih. Dia baru sahaja pulang ke rumah pada jam 11:30 malam.

Mangkuk tersebut diletakkan di atas meja pendek di sebelah kiri katil. Kemudian, dia melabuhkan tapak tangannya di atas dahi Bray.

Sapu tangan yang direndamkan dalam mangkuk berisi air diperah sebelum diletakkan di atas dahi Bray. Air itu bukan air biasa tetapi air asam keping yang dicampur dengan limau nipis. Kedua-duanya dibeli oleh Erzen di pasaraya ketika dia keluar tadi.

Bray terjaga kerana terasa sejuk pada dahinya tetapi dia tidak membuka mata. Kepalanya terasa pening jika dia buka mata.

"Kau rehat sini je la. Tak ada sesiapa yang boleh jaga kau dekat rumah. Mama dengan papa kau sibuk. Safuan. Jangan haraplah." Kata Erzen sambil menanggalkan jaketnya. Jaket tersebut disangkut pada kerusi.

"Thanks."

Erzen berjalan ke arah sebuah sofa di dalam bilik tersebut lalu baring di atas sofa itu. "Kalau nak apa-apa. Panggil aku."

"Kau tak tidur ke?"

"Tak. Aku nak baca komik." Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar pada sisi kanan.

"Dah makan ubat ke?" Soal Erzen kepada Bray.

"Dah."

"Tidur."

"Kau pergi mana tadi?"

"Tak payah tahu la. Yang penting aku selamat."

"Berapa orang kau dah pancung malam ni?"

"Tak ada sesiapa."

"Rare betul tak ada musuh cari kau."

"Dah. Tidur." Tegasnya.

*

Safuan masuk ke dalam bilik Syam. Dilihatnya ke arah Bray yang masih lena di atas katil syam. Selepas itu, dia melihat Syam yang berada di atas sofa. Sedang tidur berselimutkan sejadah.

Safuan menghampiri Syam. "Syam. Bangunlah. Dah siang ni." Bahu kanan Syam digongcang.

Syam membuka matanya. "Dah pukul berapa?"

"Pukul 7:30 pagi dah."

"Aku ada kelas pukul 9:30 pagi." Dia mengeliat.

Ditenungnya sofa tersebut sebelum dia melihat ke arah katil. "Siapa atas katil aku? Aku tak nampak."

"Bray la. Dia demam. Bukan kau yang jaga dia malam tadi?"

"Aku jaga dia?"

"Ha'ah. Tu ada mangkuk dengan sapu tangan. Ada mangkuk bekas makanan, ubat dan cerek air. Eh? Cerek? Kenapa bawa cerek sekali?" Kata Safuan berdasarkan pandangannya terhadap dua buah meja pendek pada sisi kanan san kiri katil tersebut.

"Erzen kot." Kata Syam sebelum berdiri.

"Erzen?"

"Tu. Jaket dekat kerusi tu. Dia punya." Syam menguap sebelum dia masuk ke dalam bilik mandi.

"Erzen jaga Bray? Serius la? Tak logik, wei. Dia tu kan... Macam mana pula dia boleh jaga Bray? Macam mana kalau dia pancung Bray? Aku risau."

"Woi. Aku hidup lagi la." Kata Bray selepas mendengar kata-kata Safuan tadi.

Safuan berlari ke arah Bray. "Kau okay ke? Erzen ada belasah kau ke?" Soal Safuan dengan cemas.

Bray mengeluh. "Dia tak sejahat tu la. Ish, kau ni."

"Aku risau. Dah la malam tadi kau kena hadap budak tak cukup umur tu. Tapi... Budak tu menangis minta maaf masa kau tidur."

"Budak. Biasa la tu." Bray ketawa kecil.

"Yang sedihnya. Aku kena halau. Dia siap cakap 'Biar saya jaga abang. Abang saya. Abang ni pula main jauh-jauh.' Sejak bila kau jadi abang dia?"

Bray melihat tapak tangannya yang pernah dipegang oleh Syam berusia enam tahun itu. "Entah. Tiba-tiba pula aku rasa aku ada adik."

"Kau memang hebat sebab boleh berdepan dengan deorang. Kalau aku... Aku takut. Tapi aku cuba berhadapan dengan deorang. Budak tu okay je, kan?"

Bray menempatkan tapak tangan kanannya pada dahi. "Budak tu sangat sensitif. Kau kena banyak bersabar. Aku pun hilang sabar layan dia malam tadi."

"Eh? Ni lagi teruk dari Aron ke?"

"Kau rasa?"

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now