BAB 43

185 21 24
                                    

Harris keluar dari sebuah pejabat setelah segala urusannya selesai. Langkahnya pada ketika ini menuju ke arah sebuah restauran mewah yang berhampiran. Ketika dalam perjalanan ke sana, langkahnya melencong ke arah sebuah lorong di sebelah bangunan restauran tersebut.

"Selama mana lagi kau nak ikut aku?" Soal Harris kepada seorang gadis berusia 22 tahun yang menyorok di sebalik tong sampah besar di situ.

Gadis itu keluar dari tempat persembunyiannya dengan berhati-hati. Kedua-dua tangannya sudah bersiap sedia untuk mengambil senjata di sebalik jaket kulit berwarna hitam.

Harris pusing ke belakang dan melihat ke arah gadis tersebut. "Rem. Dah lama tak jumpa. Sihat?" Katanya dengan senyuman mesra.

"En. Harris."

"Kau datang sini atas arahan Aquilinae Empire, kan? Kau dalam misi memburu aku, kan?" Soalnya kepada Rem.

"Ya. Kau dah ganggu Tuan Hanan. Aku datang untuk balas dendam terhadap perbuatan kau." Tangan kanannya mencapai sepucuk pistol berjenama HK USP lalu diacukan ke arah Harris apabila dia melihat Harris mengacukan Colt M1911A1 ke arahnya.

"Aku kacau dia? Mana ada aku kacau dia. Aku suruh dia rest je. Lagi pun, Aquilinae Empire dah ganggu kerja aku." Tembakan dilepaskan selepas berkata sedemikian.

Rem mengelak tembakan tersebut di sebalik tong sampah. Kemudian, dia melepaskan tembakan ke arah Harris. Pelurunya tersasar. Harris pula melepaskan tembakkan bertubi-tubi dan menukar magazine peluru. Masing-masing menggunakan penyerap bunyi.

Satu das tembakan dilepaskan dari kedudukan yang jauh dan mengena tepat pada tubuh musuhnya tetapi tersasar daripada target asalnya. Harris terundur sedikit ke belakang kerana tulang selangkanya telah ditembak oleh musuh. Darah pada atas bahu kanannya meleleh dengan banyak.

Harris melihat ke arah bumbung bangunan yang terletak bertentangan dengan lorong tersebut. "Tak guna. Ada sniper rupanya. Kenapa tak ada seorang pun yang hubungi aku?" Monolognya lalu melarikan diri dari situ.

Dua das tembakan dilepaskan dari jarak yang berbeza ke arah Harris. Harris tidak dapat mengelak tembakan tersebut. Jantung dan kepalanya telah ditembak dari belakang. Harris rebah ke lantai dan mati serta-merta.

Rem menekan alat penghubung pada telinga kanannya kerana dia mendapat panggilan daripada seseorang. "Laporan."

"Saya dah bersihkan tempat persembunyian mereka. Hawk 02 dah bersihkan orang bawahan dia di kawasan kapten berada." Laporan diberikan daripada rakan sepasukannya.

"Bagus."

"Hawk 01. Hawk 01. Laporan dari Hawk 03." Pintasan talian berlaku oleh ahli pasukannya yang lain.

"Teruskan."

"Ada dua sniper di kawasan berhampiran. Keluar segera."

Rem berjalan keluar dari kawasan tersebut. Namun, satu das tembakan dilepaskan ke arahnya. Pada masa yang sama Hawk 03 yang berada di atas bumbung tersebut segera melepaskan tembakan ke arah sniper yang berada di sebuah bangunan yang menjadi sasarannya sebagai serang balas. Tembakannya mengena tepat pada kepala musuhnya.

Rem terselamat daripada tembakan tersebut kerana dia telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang muncul di situ. "Rem. Okay ke?"

"Denny? Kenapa kau ada di sini?"

"Arahan Tuan Hanan. Tuan Hanan ada di Malaysia." Jelasnya.

"Tuan Hanan dah sedar?" Soal Rem dengan perasaan seperti tidak percaya.

"Ya."

"Syukurlah."

Sementara itu, Hawk 03 menjadi sasaran seorang lagi sniper. Namun, tembakan tidak sempat dilepaskan. Sniper tersebut telah ditembak  oleh seorang lelaki bertopeng dari belakang. Sasarannya tepat pada kepala sniper tersebut.

Alat penghubung pada telinga kiri lelaki bertopeng itu ditekan. "Owl. Dah selesai."

"Okay. Terus kepada Tuan Hanan." Arah Denny kepada orang tersebut.

"Roger."

*

Hanan melihat gambar mayat Harris yang sudah rebah di atas tar jalan. Gambar tersebut di hantar oleh Denny kepadanya melalui aplikasi WhatsApp. "Aku tak suruh bunuh. Tapi..."

Hanan memejamkan matanya. "Sekarang masa untuk kau rehat. Boleh kurangkan dosa yang kau bakal buat nanti."

Pintu kereta dibuka. Seorang lelaki bertopeng masuk ke dalam kereta tersebut. Hanan segera membuka matanya. Lelaki bertopeng itu melihat ke arah cermin pandang belakang. Hanan berada di tempat duduk belakang.

"Hanan. Okay ke?"

Hanan hanya menganggukkan kepalanya sahaja kerana dia telah hilang keupayaan untuk bertutur selepas kejadian di Australia sebelum ini.

"Kita akan terus ke hotel. Denny tengah uruskan situasi. Arman akan datang jumpa dia nanti." Kata lelaki bertopeng tersebut.

Hanan hanya mengangguk.

Enjin kereta dihidupkan oleh lelaki bertopeng tersebut. Kemudian, kereta dipandu keluar dari situ.

*

Inspektor Arman terkejut melihat mayat Harris di kawasan kejadian. Dia tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku. Kemudian, dia melihat ke arah Rem dan ahli pasukan  Hawk dengan pandangan yang serius.

"Siapa yang bunuh dia ni?" Soal Inspektor Arman kepada mereka kecuali Denny.

"Hanan suruh bunuh ke?" Soalnya lagi.

"Tak." Rem menjawab.

"Habis tu?" Inspektor Arman menyoal mereka dengan tegas.

Masing-masing mendiamkan diri. Mereka tidak berani mengangkat wajah untuk melihat wajah Inspektor Arman. Inspektor Arman pula kelihatan marah. "Ikut saya ke balai untuk jelaskan hal ni." Arahnya sebelum dia berjalan ke arah kereta miliknya.

Hawk 03 berlari ke arah Inspektor Arman. Dia berdiri di hadapan Inspektor Arman. "Saya yang bertanggungjawab dalam hal ni. Tuan boleh tangkap saya. Ahli lain tak ada kaitand dalam hal ini." Dia mengakuinya dengan berani di hadapan Inspektor Arman.

A.K.U : BLACK_BOOKOù les histoires vivent. Découvrez maintenant