BAB 15

196 20 0
                                    

"Hanan ada di mana sekarang ni?" Tanya seseorang menerusi panggilan video WhatsApp.

Hanan memusingkan kerusinya supaya komputer riba berada di belakangnya. Telefon pintar miliknya diangkat tinggi ke atas menggunakan tangan kanannya. "Ada di rumah la. Tengah cuba cipta kod baru untuk sistem cyber security yang baru. Demi kemajuan Aquilinae Cyber." Ujarnya denga bersemangat.

Lelaki yang berada dalam talian itu ketawa terhadap gelagat Hanan. "Sorry la ganggu."

"Abang Arman tengah buat apa sekarang ni?" Soal Hanan kepada abangnya, Inspektor Arman.

"Tengah tengok TV. Tak ada cerita best la malam ni."

"Tak kerja?"

"Cuti. Semalam seharian duduk balai. Hadap fail kes."

"Bagus. Bagus. Jangan memaksa diri sangat." Dia pusing kembali ke arah komputer riba yang berada di atas meja.

"Ryzan dah balik Australia ke?" Soal Inspektor Arman kepada adiknya.

"Adik bongsu abang tu dah lupa abang kedua dia di sini. Dia dah sibuk dengan Aquilinae Empire dia di Rusia tu. Entah bila la nak balik sini." Jawabnya lalu meletakkan telefon pintar di hadapan monitor komputer riba.

"Kerja apa pula dia buat kali ni?"

"Luaskan kawasan pencarian."

"Masih dalam misi cari Pakcik Hamid ke?"

"Ya. Dah dekat lima tahun... Tujuh tahun kot. Entahlah. Masih tak jumpa Pakcik Hamid." Jelasnya kepada abang sulungnya.

"Hilang dalam misi. Misteri betul. Langsung tak ada jejak. Tapi kenapa Ryzan pergi Rusia?"

"Cari ahli baru untuk cawangan negara sana la. Luaskan Aquilinae Empire. Malaysia dah ada tapi macam tak ada sambutan. GUARD pun... Dengar ceritanya, dalam krisis." Kata Hanan berdasarkan maklumat yang diperolehinya.

"Tak apalah. Hati-hati duduk sana. Kirim salam dekat Ryzan."

"Abang tak call dia?"

"Pernah dia angkat call abang ke?"

"Errr..."

"Dah macam penjenayah lari daripada polis."

Hanan terketawa. "Adik bongsu kita tu bukan penjenayah. Cuma penyegan. Hahaha..."

"Penyegan apanya? Awek ramai. Bila tanya hal kahwin. Terus tak angkat call."

"Abang tu, ha. Bila nak cari kakak ipar untuk kami? Jangan asyik tanya kami je. Abah dengan ibu pun dah tak sabar nak bercucu." Tegur Hanan kepada abangnya.

Inspektor Arman mengaru kepala yang tidak gatal. "Errr... Abang sibuklah. Abah dengan ibu sihat ke?"

"Ibu sihat. Alhamdulillah. Abah... Macam biasalah. Masih di hospital lepas kena serang hari tu. Tapi musuh tu dah mati pun. Ryzan punya hal. Geram sangat katanya."

Inspektor Arman mengucap panjang. "Apa nak jadi la adik aku seorang ni?"

"Abang pun tahu, kan? Ryzan tu jenis tak boleh dicucuk-cucuk nanti meledak." Kata Hanan kepada Inspektor Arman

"Tahu."

"So, jangan risau. Tu hal dia. Aquilinae Empire, dia punya. Hanan jaga Aquilinae Cyber. Abang pula... Itu pilihan abang. Nak tinggal di Malaysia dan berkhidmat untuk negara sambil jaga nenek di sana."

"Ya."

"Sepatutnya, abang yang ambil alih Aquilinae Empire." Hanan tongkat dagu di atas meja.

"Tapi abang tak minat kerja-kerja ala-ala mafia ni. Status pun mafia walaupun tak buat kerja haram. Tapi sebenarnya... Pengintip polis, pencari maklumat dan pengawal keselamatan Black Code." Inspektor Arman menggelengkan kepala tatkala terkenang pekerjaan warisan keluarga bapanya sejak zaman nenek moyang bapanya.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now