BAB 35

192 22 12
                                    

Bray merebahkan dirinya di atas sofa. Dia berasa sungguh penat pada hari itu. Penat kerana terpaksa melayani karenah Syam berusia enam tahun dan Aron Raiz pada malam tadi. Dia juga telah lewat datang ke pejabat untuk bermesyuarat pada hari itu. Sudahlah mesyuarat tersebut melibatkan bapanya dan syarikat lain. Dia juga terpaksa meminjam pakaian Syam kerana mustahil dia sempat pulang ke rumah untuk menukar pakaiannya. Nasibnya baik kerana beg kerja miliknya berada di dalam kereta.

Hamzah masuk ke dalam bilik kerja Bray bersama-sama sebuah fail. Fail tersebut tertinggal oleh Bray di dalam bilik mesyuarat kerana dia terlalu mengantuk sehingga terlupa tentang kewujudan fail tersebut. Fail diletakkan di atas meja kerja.

"En. Badri okay ke?" Soal Hamzah kepada Bray kerana dia risau jika Bray tidak sihat.

Bray menempatkan lengan kanan di atas kedua-dua matanya. "Aku okay. Cuma mengantuk je."

"Tak pernah En. Badri datang lambat ke pejabat. Hari ni datang lambat. Apa yang dah berlaku? Kenapa En. Badri tak datang dengan En. Ramlee je?" Hamzah berdiri di hadapan Bray.

"Aku tak balik rumah malam tadi. Aku tidur di rumah Syam. Nasib aku malang malam tadi sebab perlu berhadapan dengan masalah-masalah besar."

"Maksudnya?" Soal Hamzah kepada Bray dengan perasaan hairan.

"Kau pun tahu pasal Syam, kan? Pasal semua alter yang dia ada tu."

"Tahu."

"Malam tadi. Syam umur enam tahun kacau aku lagi. Kalau la aku tahu RaSIS buat kenduri KFC malam tadi. Sah-sah aku tak datang."

"Apa kaitannya?"

"Budak tu akan datang kalau ada kenduri KFC. Aku tak tahu kenapa banyak sangat Dr. Syamila belanja RaSIS. Yang pasti budak kentang putar tu muncul lepas RaSIS tidur." Beritahunya kepada Hamzah dalam posisi sedemikian.

"Budak kentang putar?" Soal hatinya.

"Tak apalah. En. Badri rehatlah dulu."

"Nak tidur 30 minit. Nanti kejutkan. Kalau ada yang nak jumpa. Suruh dia tunggu lepas 30 minit." Arahkanya kepada Hamzah.

"Okay."

*

Enes berjumpa dengan Erzen di sebuah kedai sushi. Erzen mahu meminta pertolongan daripada Enes untuk memanggil Syam keluar daripada tempat persembunyiannya di dalam dunia dalaman. Namun, bantuan Enes telah gagal. Syam tidak juga memberi sebarang respon terhadap kata-kata Enes.

"Kau betul cintakan dia ke? Atau kau main-main je?" Soalan Erzen telah membuatkan Enes berasa geram.

"Aku cintakan dia. Aku sayang dia. Aku tak main-main." Tegas Enes.

Erzen menongkat dagu menggunakan tangan kirinya. "Habis tu. Kenapa Syam tak beri respon? Mungkin dia tak sayang kau."

Enes terdiam.

"Mungkin hanya kau yang bertepuk sebelah tangan. Dia anggap kau kawan je kot." Tambahnya lagi.

"Mustahillah. Dia sendiri yang beritahu aku dulu. Dia cintakan aku. Siap bagi hadiah lagi." Enes membangkang.

"Mungkin hanya kata-kata dari mulut. Bukan dari hati." Erzen memberi pendapatnya terhadap keikhlasan cinta Syam kepada Enes.

"Saya yakin. Syam bukan orang yang macam tu. Itu hanya Aron." Tegasnya.

Erzen bersandar pada kerusi. Tangan kanannya mencapai secawan teh hijau lalu diminum dengan tenang sebelum dia berbicara. "Aku akan cuba cari orang lain untuk panggil Syam."

"Family dia. Kau dah cuba ke?"

"Belum."

"Pergilah cuba."

"Nak mula dengan siapa?"

"Mama dengan papa dia. Raz. Ash. Siapa-siapa je la."

Erzen berdiri selepas menghabiskan teh hijau di dalam cawan. "Aku balik dulu. Terima kasih sebab dah teman aku makan. Nanti tolong bayar sekali. Bye." Dia berlalu pergi dari situ meninggalkan Enes sendirian.

"Eh? Aku fikir dia yang nak bayar sebab dia yang call aku."

*

Ryzan menjadi tumpuan manusia-manusia yang berada di dalam bangunan Aquilinae Empire sebaik sahaja dia masuk ke dalam pejabat baru tersebut. Bangunan tersebut merupakan bangunan milik Aquilinae Empire di Malaysia.

"Good morning, Master Ryzan." Sapa seorang pekerja perempuan dengan tabik hormat gaya Aquilinae Empire kepada Ryzan.

Ryzan hanya menganggukkan kepalanya sebagai membalas sapaan tersebut. Langkahnya terus menuju ke arah bilik kerjanya. Dia juga menerima banyak sapaan daripada para pekerja di dalam pejabat tersebut. Mereka ialah ahli rasmi Aquilinae Empire yang berada di Malaysia.

Ryzan masuk ke dalam bilik kerja lalu terus menuju ke arah tingkap. Dia berdiri di hadapan tingkap dan melihat pemandangan di luar bangunan tersebut. Menara KLCC dan menara Petronas menghiasi pandangannya seketika sebelum dia berjalan ke arah sebuah kerusi yang menjadi tempat duduknya di dalam bangunan ini.

Sebuah fail berwarna hitam dengan lambang Aquilinae Empire dilihat di atas meja. Fail tersebut dibuka. Dilihatnya gambar seseorang yang terdapat di dalam maklumat peribadi milik seorang pembunuh upahan bernama Joshey Lucen. Orang itulah yang telah melepaskan tembakan ke arah Jonney pada malam tersebut.

Telefon pintar miliknya dikeluarkan dari dalam poket pada bahagian sisi kanan. Skrin kekunci ditekan kata laluan sebelum dia mencari nama seseorang di dalam senarai kenalan. Nama 'Kyle - Verita Org' ditekan.

"Hello?" Sapa Ryzan sambil melihat ke arah nama kumpulan yang disertai oleh Joshey Lucen, Verita Organization.

"Hello, Ryz. How are you?"

"I'm fine. I want your help."

"As you wish. What should I do?"

"Kill someone. Joshey Lucen."

"Are you crazy? He is my best sniper." Kyle terkejut mendengar nama orang bawahannya disebut.

"He killed Jonney."

"What?" Dia sangat terkejut apabila dia diberitahu bahawa penembak tepat terbaik miliknya telah membunuh ahli Aquilinae Empire yang merupakan rakan kerjasama Verita Organization di Itali.

"Help me or we will end our contract?" Ujarnya dengan wajah yang serius.

Kyle menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskan nafas. "Okay. I will help you. But I want evidence."

"I will send evidence to you."

"Okay. Thanks."

"You're welcome."

Panggilan ditamatkan oleh Ryzan. Kemudian, dia menelefon pula Aryan untuk meminta Aryan menghantar rakaman CCTV di tempat kes pembunuhan Jonney berlaku. Aryan segera menghantar rakaman tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Ryzan pula terus menghantar rakaman itu kepada Kyle melalui email bersama-sama dengan dokumen kes Joshey Lucen.

"Aku akan tuntut kematian kau, Jonney." Ujar Ryzan lalu duduk di atas kerusi.

*

Harris berdiri di sebalik bangunan berhampiran sebuah hospital. Dilihatnya di hadapan kawasan hospital tersebut. Terdapat beberapa orang lelaki yang dapat dikenalpastinya sebagai ahli Aquilinae Empire. Mereka telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Hanan yang berada di dalam hospital tersebut.

"Aku dah agak." Kata Harris sebelum dia meninggalkan kawasan tersebut.

Harris tersenyum. "Sorry Hanan. Aku tak dapat datang melawat kau. Aku hanya mampu berdoa untuk kau supaya kau dapat rehat selama-lamanya. Esok, aku akan ke Malaysia. Bercuti. Tenangkan fikiran daripada asyik berfikir tentang kau."





A.K.U : BLACK_BOOKحيث تعيش القصص. اكتشف الآن