BAB 19

190 22 0
                                    

Harris menekan puntung rokok di dalam bekas habuk rokok. Dia baru sahaja selesai menghisap rokok. Kes kawasan pengedaran dadah dan tempat persembunyian telah pun selesai disiasat. Dia juga sudah membuat keputusan untuk membalas serangan tersebut tetapi dengan cara halus.

Harris mencapai telefon di atas meja di hadapannya lalu menelefon seseorang. "Hello, Hanan? Malam ni datang?"

"Mestilah datang. Sekarang ni aku tengah beli hadiah untuk kau."

"Kau nak aku datang ambil atau..."

"Tak apa. Aku boleh drive. Kau jangan pula paksa aku minum sampai mabuk. Aku tak boleh minum. Kau je la minum."

"Ala~ Hal lama. Jangan dikenang. Aku tahu. Kau tak minum. Aku tak letak apa-apa la." Katanya dengan penuh helah di sebalik senyumannya.

"Dah meningkat usia kau satu tahun lagi. Tapi muka... Macam umur kau tak gerak langsung. Nampak muka remaja 20 tahun. Apa rahsia kau?" Kata Hanan melalui panggilan telefon tersebut.

"Makan makanan seimbang dan vitamin. Yang penting. Jaga kulit muka. Jaga permakanan. Kau tu makan hanya untuk otak." Dia ketawa.

"Kita berbeza." Hanan turut ketawa.

"Ya. Kau dengan jalan kau. Aku dengan jalan aku. Jalan kita dah tak sehaluan." Nada suara Harris mula serius.

"Ya. Kau dengan kerja kau. Aku dengan kerja aku." Begitu juga dengan Hanan.

"Aku tunggu kau, Hanan. Hati-hati."

"Okay."

*

Hanan bersandar pada kerusi. Telefon pintar diletakkan di atas meja kafe bertentangan dengannya. Hanan menanggalkan sebentuk cincin miliknya dari jari tangan kiri. Cincin diserahkan kepada seseorang yang berada di hadapannya.

"Apa-apa jadi kepada aku. Serahkan cincin ni kepada Abang Arman. Jangan beri kepada orang lain. Ini amanah dari aku. Kau akan uruskan Aquilinae Cyber." Arahnya kepada lelaki itu sambil meletakkan cincin tersebut dalam tangan lelaki yang sudah lama menjadi orang kepercayaannya.

Lelaki itu tergamam. "Kenapa saya? Saya tak layak..."

"Tanpa kau, Aquilinae Cyber tak maju. Kemampuan aku seorang je tak memadai." Kata Hanan dengan yakin.

"Tapi kenapa cara bos bercakap..."

Hanan senyum. "I can see my future. I know who will come to me."

"Musuh? Saya boleh hubungi perlindingan." Katanya lalu cuba untuk mencapai telefonnya.

Perbuatan tersebut dihalang oleh  Hanan. "Aquilinae Empire akan berada dalam masalah besar. Biar aku uruskan. Musuh tu nampak kecil tapi dia besar. Nampak jauh tapi dekat. Dia tak perlu turun padang. Hanya berharap. Sasarannya pasti akan mati."

"Malam ni... Saya ikut."

"Tak perlu. Malam ni. Pergi jaga ibu dengan abah. Ryzan tak ada untuk jaga mereka. Ini arahan." Katanya dengan tenang seperti selalu. Sentiasa senyum.

"Aku tak faham. Dia tahu dia akan mati tapi masih tak mahukan perlindingan." Monolog lelaki yang sudah kerisuan itu.

*

Tiga jam sebelum sambutan hari lahir Harris. Harris berada di dalam bilik operasi. Dia baru sahaja selesai menyediakan dua kapsul dadah berbeza jenis, iaitu Blue Ice dan Fun.

Pintu bilik diketuk dan dibuka. Harris yang berkot labuh berwarna putih itu segera berdiri dari kerusi di sisi kanan katil operasi.

"Silakan masuk." Kata Harris dengan senyuman mesra.

Dua orang remaja lelaki berusia 20-an masuk perlahan-lahan ke dalam bilik tersebut. Pintu bilik itu segera ditutup dan dikunci oleh seseorang yang membawa mereka berdua tadi. Mereka berdua cuak.

"Jangan takut. Tak sakit pun. Sikit je. Siap nanti. Korang boleh balik Malaysia semula." Nasihat Harris kepada mereka berdua.

Mereka berdua berdiri tercegat tidak jauh dari katil operasi. Harris memerhati mereka dari atas sehingga ke bawah.

"Buka pakaian." Arah Harris dengan senyuman.

Mereka berdua saling berpandangan. Harris pula berjalan ke arah sebuah meja yang terdapat dua buah kapsul tadi.

"Dua-dua. Buka pakaian. Semua sekali. Aku nak tengok. Korang sihat atau tak. Aku tak nak barang-barang aku rosak." Hanya alasan semata-mata.

Mereka terkial-kial membuka pakaian walaupun berasa malu dan hairan. Tiada seutas benang dibenarkan. Harris pula hanya menikmati pandangan indah bagi dirinya itu.

"Hmm... Boleh tahan. Dari negara mana?" Soal Harris tanpa pedulikan kesejukan yang mereka alami.

"Malaysia." Jawab seorang remaja lelaki yang memakai rantai perak. Dadanya bertatu tetapi bukan tatu kekal.

"La. En. Reza tak hantar orang asing. Anak bangsa sendiri dihantarnya." Harris ketawa mengejek.

"Kenapa korang terima kerja ni?" Soal Harris kepada mereka lagi.

"Sebab gaji lumayan. Pergi keluar negara dan balik. Free. Tak ada risiko kena tahan sebab naik helikopter peribadi." Jawabnya lagi. Seorang lagi hanya diam sahaja.

"Kalau macam ni la keadaan korang. So, perfect. Korang layan aku. Aku bagi tiga kali ganda gaji korang." Harris angkat kening kepada mereka.

"Layan?" Soal mereka kepada Harris. Mereka tidak memahami makna tersirat bagi perkataan tersebut.

"Yes. On the bed. Malam ni birthday aku. Aku beri korang dua hari untuk tinggal dalam rumah ni sebelum aku masukkan dua kapsul dalam badan korang."

"Macam mana nak masuk? Besar tu." Soal remaja yang hanya berdiam diri tadi. Matanya melihat ke arah kapsul tersebut.

"Your butt. Paling senang. Atau kau nak telan? Boleh je. Tapi aku bukan jenis pengotor." Jawab Harris lalu tersengih-sengih.

"Malam ni, aku bagi korang urutan renggang-renggangan otot dulu. Esok baru aku letak baby kapsul ciptaan aku. Ala~ tak sakit. I will be gentle." Kata Harris lalu menjilat bibirnya sendiri.

"Pakai pakaian. Lepas job ni, korang buat kerja apa?" 

"Rempit." Jawab remaja berantai tadi. Dia sedang memakai pakaiannya. Begitu juga rakannya.

"Korang patut fikir masa depan. Rempit tu bahaya. Kalau tak tahu tujuan hidup. Boleh call aku. Korang boleh jadi bahan uji kaji untuk drug tester. Kalau korang nak."

"Kami tak isap dadah." Kata rakannya.

Harris ketawa. "Aku pun. Aku buat dadah untuk ubat. Jangan risau. Cara aku tak buat dadah tu pecah dalam usus korang. Tak ada risiko." Katanya dengan yakin walhal kebenaran itu tidak pasti.

Harris berjalan ke arah pintu bilik operasi. "Siapa nama korang?"

"Zack."

"Usen." Jawab si pendiam.

"Panggil aku, Master." Kata Harris seraya membuka pintu bilik operasi.

Seorang lelaki berkot hitam memberi tunduk hormat kepada Harris. "Bawa mereka ke bilik freshman. Sediakan pakaian dan makanan. Mereka akan join party malam ni." Arahnya kepada pembantunya.

"Baik, tuan."

*

Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Hanan memerhati kotak hadiah yang berada di tempat duduk penumpang hadapan. Di dalam kotak tersebut terdapat sebuah jam tangan yang baru dibeli olehnya. Jam tangan itu berjenama Rolex. Namun, jam tangan itu telah diubahsuai dalam masa yang singkat olehnya untuk meletakkan alat pengesan dan perakam.

Hanan memejamkan matanya seketika. "Harris. Aku perlukan bukti untuk aku teruskan sisatan aku. Kau ada kaitan dengan kes kehilangan Pakcik Hamid. Dalam rumah kau dah ada empat CCTV aku letak. Aku masih tak jumpa apa-apa."

Matanya dibuka. Kotak hadiah  dicapai sebelum dia keluar dari kereta tersebut. Langkahnya terus menuju ke arah destinasinya.

"Aku terima takdir aku."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now