BAB 31

188 27 6
                                    

Harris berpusing-pusing di atas kerusi sambil memegang tabung uji berisi cecair jernih. Pusingan kerusi tersebut dihentikan. Tabung uji diletakkan di dalam sebuah lubang rak tabung uji yang terletak di atas meja bertentangan dengannya.

"Hanan masih hidup. Koma. Hilang fungsi kesedaran otak. Subjek pertama aku. Perfect. Otak pun perlukan rehat. Kau rehat la ya, Hanan. Jadi, sleeping beauty. Selama-lamanya~ Tak ada sesiapa yang boleh sedarkan kau dari mimpi yang panjang tu. Walaupun puteri cantik kiss kau." Harris ketawa.

"Aku nak pergi lawat dia atau tak? Kalau aku pergi lawat dia..."

Harris memejamkan matanya. Dia senyum sinis. "Aku akan mati. Aquilinae Empire tak bodoh. 15 tahun aku kenal kau. Aku tak pernah tahun pun kau letak CCTV dalam rumah aku. Baru sekarang aku jumpa semua tu. Kau memang bijak, Hanan. Sebab tu aku namakan produk ni  dengan nama kau. Kau ilham aku."

Matanya dibuka. Dia berdiri dari kerusi dan keluar dari bilik operasi tersebut.

*

Denny melihat ke arah Hanan yang sudah kembali koma. Hari ini hari keempat Hanan kembali koma. Doktor juga berasa hairan terhadap kejadian tersebut. Namun, hanya Denny yang tahu hal sebenar.

"Selama Rashdan take over badan Tuan Hanan. Macam-macam soalan pelik dia tanya. Tapi semua buatkan aku sedar. Banyak benda yang aku tak tahu tentang Tuan Hanan yang patut aku tahu. Sebab itu aku gagal lindungi Tuan Hanan. Tapi hal password laptop Tuan Hanan tu. Sah-sah la aku tak tahu sebab bukan aku punya laptop. Tapi macam mana dia boleh hacking dengan mudah? Potral sebelum ni pun. Macam mana dia boleh hacking sampai dapat master code? Sah-sah la tak dapat kesan kalau aku tak buka potral tu masa tu. Master code hanya aku dengan Tuan Hanan je yang tahu selain family Tuan Hanan. Tiba-tiba, password aku masuk tak lepas open. Memang pelik la. Tapi tak ada data yang hilang. Rashdan tu Tuan Hanan 2.0 ke? Tapi setakat yang aku kenal dia ni... Apa-apa potral atau page yang dia nak masuk tapi dia tak dapat masuk. Dia hacking je. Mudahnya." Bebelnya sendirian di dalam wad tersebut.

"Tapi macam mana dia boleh baca tulisan Raven code dengan Raven Language? Aku lupa pula nak tanya. Double Raven code je dia tak tahu. En. Hamid ada ajar ke? En. Hamid tahu pasal Raven code? Setahu aku, ahli BLACK BOOK je yang guna. Elder sendiri pun jarang guna. Macam dah pupus Raven code dengan Raven Language tu." Katanya tanpa mengalihkan pandangannya daripada Hanan yang berada di atas katil pesakit.

"Macam mana keadaan Rashdan sekarang ni? Masih hidup lagi ke? Tapi dia kata dia dah dibunuh. Roh dia merayau ke lain kot. Entah-entah... Dia cari rumah Harris. Ish! Apa la aku ni. Fikir pasal dia pula." Terasa seram tiba-tiba.

Denny terkejut apabila telefon pintar miliknya berdering. Dia segera mengeluarkan telefon tersebut dari poket seluar pada sisi kanan. Dilihatnya nombor yang tidak dikenali sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello?"

"Hello, Denny."

Kedengaran suara yang riang pada talian di sebelah sana. Denny pula berasa hairan. Sekali lagi dia melihat nombor telefon tersebut sebelum dia bertanyakan soalan kepada si pemanggil.

"Siapa ni?"

"Rashdan Hamid."

Denny terkejut. "Hantu?"

"Aku hidup lagi la." Rashdan bengang.

"Macam mana boleh dapat nombor telefon saya?" Dia cuba tertenang.

"Abang Arman beri. Abang Hanan macam mana?"

"Tuan Hanan masih koma."

"Bila agaknya Abang Hanan akan sedar?"

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now