BAB 33

173 24 10
                                    

RaSIS kebosanan di dalam kuliah sejak pagi sehingga petang. Dia selalu sahaja tidur di dalam kuliah sehingga ada pensyarah yang menegurnya. Namun, dia tidak lupa untuk merakam setiap pelajaran di dalam kuliah-kuliah yang dihadiri olehnya.

RaSIS berjalan seperti orang malas ke arah tempat letak kenderaan. Kedua-dua telinganya pula disumbat dengan earphone. Dia sedang mendengar lagu melalui telefon pintar di dalam poket seluar pada sisi kirinya.

"Balik balik balik balik. Aku bosan duduk sini lama-lama. Aku bosan~" Dia menyanyi mengunakan liriknya sendiri. Pintu kereta pada bahagian pemandu dibuka selepas butang hijau kunci kereta ditekan.

RaSIS mahu masuk ke dalam kereta tetapi niatnya terbantut apabila motorsikal milik seseorang berhenti di belakang keretanya. Orang tersebut mengacukan pistol ke arahnya lalu melepaskan tembakan ke arah RaSIS. RaSIS tidak sempat mengelak. Bahu kirinya telah ditembak walaupun tidak kena tepat. Hanya sipi-sipi tetapi tetap berdarah.

"Jahanam kau! Aku dapat kau. Aku robek-robek mata kau." Marahnya kepada si penunggang motorsikal yang telah berlalu pergi dari situ selepas melepaskan tembakan tadi.

Kejadian itu menjadi tumpuan para pelajar yang berada di kawasan tersebut. Tambahan pula, mereka mendengar bunyi tembakan tersebut dengan jelas.

RaSIS masuk ke dalam kereta lalu menanggalkan earphone pada kedua-dua telinganya sebelum dia menanggalkan jaket jeans yang dipakai olehnya. Sebuah kotak kecemasan dikeluarkan dari laci kereta di hadapan tempat duduk penumpang hadapan.

Kotak kecemasan dibuka. Dia merawat lukanya sendiri seperti biasa.

*

Jaket jeans dicampak di atas sofa sebelum dia duduk di atas sofa ruang tamu. Luka pada bahunya dilihat. Kemudian, dia berdiri dan menuju ke arah kawasan dapur.

"Syam. Nak makan ke? Aku belum masak lagi. Aku baru je balik kerja tadi." Tegur Syafiq sambil berjalan masuk ke kawasan dapur.

RaSIS membuka peti sejuk lalu mencapai satu tin Wonda coffee berperisa latte. "Masaklah. Aku tak lapar lagi." Katanya sambil menutup pintu peti sejuk.

"Kenapa kau nampak stress je ni?"

"Tak payah tahu la. Bukan urusan kau pun." RaSIS kembali ke arah ruang tamu. Jaketnya diambil sebelum dia menuju ke arah biliknya.

"Sejak akhir-akhir ni muka dia serius je. Langsung tak senyum masa borak." Fikir Syafiq yang berada di hadapan periuk nasi.

RaSIS merebahkan dirinya di atas katil bersama-sama dengan jaket dan tin minuman yang diambilnya tadi. "Aku bosan."

Dia bergolek ke kanan. "Nak buat apa ni?"

Tin minuman diletakkan di atas dahinya. "Lepak dekat pejabat Bray? Bosan juga."

"Cari mamat tak guna tadi? Nak cari dekat mana?" Tin minuman dicampak ke atas bantal.

Dia berguling-guling di atas katil. "Aku bosan. Syam. Sampai bila kau nak suruh aku take over badan ni? Aku nak rehat la."

RaSIS menggaru kepalanya sehingga berserabut. Dia duduk di atas katil. "Aku pergi kacau Dr. Syamila la kalau macam ni. Tapi... Arghhhhh! Lebih baik aku pergi mandi."

Dia terus bangun dari katil dan masuk ke dalam bilik mandi.

*

RaSIS menirap di atas bumbung keretanya. Terlalu bosan berada di dalam rumah selepas mandi. Kemdian, dia duduk di atas bumbung kereta.

"Abang Syam buat apa tu?" Tegur Rashdan yang baru sahaja pulang dari tempat kerja.

"Aku bosan."

"Bosan?'

"Ya. B-O-S-A-N. Bosan."

"Dah nak Maghrib ni. Jom la masuk. Syaitan banyak di luar ni." Kata Rashdan sambil membuka pintu rumah.

RaSIS turun dari bumbung kereta lalu masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Rashdan turut masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumah.

RaSIS baring di atas sofa ruang tamu. Alat kawalan televisyen dicapai. Butang 'on' ditekan. Siaran televisyen diubah sesuka hati sehingga dia terlihat cerita thriller orang barat.

RaSIS duduk di atas sofa dengan perasaan gembira. "Yes. Cerita ni dah keluar TV."

Rashdan hanya memerhati. Dia berjalan ke arah tangga bilik. "Aku rasa. Tu Abang RaSIS. Tapi dia nampak bosan betul hari ni. Semalam dah la termenung atas tangga. Kalau tak ada meeting semalam. Lagi membosan la dia."

*

"Syam tu tak nak balik. Rasa nak heret-heret je dia tu." RaSIS mengadu masalahnya kepada Raz melalui panggilan telefon.

"Abang pun tak tahu nak tolong macam mana. Esok RaSIS pergi jumpa Dr. Syamila. Mungkin dia boleh tolong."

"Saya masih merajuk dengan dia."

"Haih."

"Dia tak belanja KFC lagi."

"..."

*

"RaSIS. Saya tak tahu nak buat apa. Hanya Syam saja yang mampu selesaikan masalah ni." Kata Dr. Syamila pada waktu pagi yang indah di sebuah hospital.

RaSIS berguling di atas katil di dalam bilik doktor. "Dah seminggu. Seminggu. Nasib baik ada Aron dengan Erzen. Kalau tak... Saya akan mati kebosanan dalam masa seminggu ni."

"Ish! Jangan cakap macam tu la." Tegah Dr. Syamila.

"Tu kenapa dengan bahu tu? Luka?" Dilihatnya ke arah pembalut luka pada bahu RaSIS.

"Ha'ah. Ada syaitan amatur tembak semalam. Kena sipi je. Nasib baik pakai jaket jeans."

"Lain kali hati-hati."

"Tiba-tiba je kena serang. Sekali lalu naik motor. Mana sempat nak elak."

"Tetap kena berhati-hati."

"Saya tahu la. Kalau saya dapat orang tu. Saya robek mata dia, potong tangan dengan kaki dia. Sunat dia." RaSIS masih geram terhadap musuhnya itu.

Dr. Syamila hanya mampu geleng kepala selepas mendengar kata-kata bakal adik iparnya itu. "Alahai budak ni."

"Buat gulai daging manusia pun sedap juga."

"Jangan buat kerja gila la, RaSIS. Nak masuk wad special ke?"

RaSIS menutup kepalanya menggunakan bantal. "Tak nak. Tak seronok duduk dalam tu. Seram."

"Imaginasi dia melampau kalau cakap pasal wad special tu."  Monolog Dr. Syamila.

"Nak tidur. Bye."

"RaSIS. Nak tidur, balik rumah la." Dr. Syamila mengeluh.

"Saya dah tidur."

"Tidur apa kalau boleh bercakap lagi?"

"Tidur-tidur ayam KFC." Jawab RaSIS.

Dr. Syamila terketawa.

A.K.U : BLACK_BOOKOù les histoires vivent. Découvrez maintenant