BAB 34

193 31 27
                                    

Syam duduk termenung di atas katil selepas 15 minit menyedarkan diri. Matanya melihat ke arah jam digital yang berada di atas meja pendek di sebelah kanan katil tersebut. Jam menunjukkan detik 9:30 malam dan bertarikh 3 November 2017.

Dia baring semula di atas katil dan memejamkan matanya. "3 November."

"Woi. Kau jangan nak lari lagi. Assignment dah bertimbun." Tengking suara di dalam minda Syam.

Syam kembali duduk di atas katil. "Aku tahu la."

*

Langkah Syam terhenti di kawasan ruang tamu apabila dia melihat Rashdan sedang menonton televisyen. "Rashdan?"

Rashdan melihat ke arah Syam apabila dia terdengar namanya dipanggil. "Abang Syam. Sini la tengok TV sama-sama."

"Kau masih hidup lagi?"

"Ya. Terima kasih sebab dah tolong saya hari tu."

"Majid macam mana?" Soal Syam yang masih berdiri di situ.

Rashdan mendiamkan diri. Dia tidak tahu cara terbaik untuk dia menjawab soalan tersebut.

"Tak apa. Aku faham." Kata Syam  yang kelihatan muram.

Rashdan terus berdiri dan berjalan ke arah Syam. "Ni bukan salah Abang Syam. Jangan salahkan diri sendiri." Dia panik. Risau jika Syam membunuh diri tatkala dia teringat pesan RaSIS kepada Inspektor Arman sebelum ini.

Syam memaksa dirinya senyum. "Aku okay. Aku cuba terima kenyataan." Katanya sebelum berjalan ke arah kawasan dapur.

"Abang Syam nak makan ke? Saya pun nak makan juga." Rashdan mengekori Syam. Dia risau jika Syam mengambil benda-benda tajam untuk membunuh diri selepas dia terkenang kata-kata Inspektor Arman sebelum ini.

Syam membuka tudung saji di atas meja. Dilihatnya ayam masak merah dan sayur campur seraya dia meletakkan tudung saji tersebut ke atas sebuah kerusi di sebelah kanannya.

"Abang Syam duduklah. Saya ambilkan nasi." Kata Rashdan yang berjalan ke arah rak pinggan mangkuk. Dua buah pinggan dicapai sebelum dia berjalan ke arah periuk nasi.

Syam duduk di atas kerusi. "Kau okay ke?"

"Saya okay. Kalau saya tak okay. Saya masih di wad sekarang ni." Jawab Rashdan sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.

"Barang-barang dia masih ada dalam bilik ke?"

"Tak ada. Family dia dah bawa balik."

"Apa family dia cakap pasal aku?" Soal Syam lagi.

Rashdan berjalan ke arah meja bersama-sama dengan dua pinggan nasi. Sebuah pinggan diletakkan di hadapan Syam. Sebuah pinggan lagi diletakkan di hadapannya lalu dia duduk di atas kerusi. "Tak ada kata apa-apa sebab dia yang menyerang dulu. Maklumat peribadi dia pun dah disiasat. Memang salah dia. Family dia tak boleh kata apa-apa."

"Okay."

*

Syam merenung ke arah bilik Rashdan sebelum dia masuk ke dalam bilik rahsia. Dia masih teringatkan kejadian pada malam itu. Keadaan Rashdan yang berdarah-darah itu masih bermain dalam ingatannya.

Syam terus masuk ke dalam bilik rahsia apabila dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang naik ke tingkat tiga.

Rashdan melihat ke arah pintu bilik Rahsia tersebut kerana dia terlihat pintu bilik rahsia itu ditutup oleh seseorang. "Abang Syam buat apa dekat atas ni?" Soalnya kepada diri sendiri sambil berjalan ke arah biliknya.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now