BAB 50

172 17 0
                                    

Hanan berjalan sendirian di kawasan letak kenderaan tanpa menunggu Hamid yang masih berada di dalam hotel penginapan mereka. Hamid sedang berurusan dengan pihak hotel untuk pembayaran sewa hotel tersebut.

Pintu boot kereta milik Hamid dibuka lalu dimasukkan sebuah bagasi ke dalam ruangan boot tersebut. Pintu boot ditutup tetapi tidak rapat kerana untuk memudahkan Hamid membuka pintu boot tersebut nanti.

Pada masa yang sama, Fortino sedang memerhati Hanan berdiri di hadapan pintu kereta. Ketika ini Hanan sedang membaca mesej daripada abangnya berkaitan dengan misi yang telah gagal kerana Fortino tiada di rumah ketika serbuan dilakukan.

Tanpa menunggu lama, Fortino berjalan dengan senyap dan menekup mulut Hanan menggunakan kain berisi cecair ubat pelali. Objektifnya pada ketika ini ialah untuk mendapatkan seorang penguji permainan video yang dimahukan oleh Reza. Hanan pula sedang meronta-ronta untuk melepaskan dirinya sebelum dia pengsan.

*

Hamid tiba di tempat letak kenderaan. Dilihatnya ke arah kereta miliknya. Tiada sesiapa di situ. Dia segera mencapai telefon pintar miliknya dari dalam poket seluar pada sisi kanan lalu menelefon Hanan. Panggilan tersebut tidak dijawab sebaliknya dia terdengar bunyi deringan telefon dari bawah perut kereta miliknya. Dia bercangkung dan melihat ke arah bawah perut kereta tersebut. Telefon pintar berwarna hitam diambil lalu dilihat pada skrin telefon tersebut selepas panggilan ditamatkan.

Lambang rasmi Aquilinae Empire dilihat pada skrin telefon tersebut. "Hanan punya telefon. Tapi mana dia? Tak akan la..."

Hamid segera berdiri dan menelefon Inspektor Arman. Panggilan tersebut segera dijawab oleh Inspektor Arman.

"Hanan diculik." Kata Hamid tanpa memberi salam kerana dia berasa cemas.

*

Inspektor Arman terkejut mendengar laporan tersebut lalu tertekan brek kereta tanpa sengaja ketika dia sedang memandu. Safuan yang mengekori kereta tersebut juga terkejut. Dia buah kereta tersebut hampir berlanggar. Namun, nasib mereka baik kereta Safuan cepat menekan brek dan tiada sebarang kenderaan di laluan tersebut selain daripada kereta mereka berdua.

Mereka berdua baru sahaja memandu keluar dari kawasan balai polis selepas mereka selesai berbincang tentang tindakan seterusnya untuk menangkap Fortino.  Sekarang, mereka sepatutnya berkumpul di bangunan Aquilinae Empire untuk perbincangan selanjutnya dengan pengelibatan Ryzan dalam perbincangan tersebut.

"Terkejut aku. Apa hal Inspektor Arman tekan brek tiba-tiba. Nasib baik aku tak bawa laju. Nanti tak pasal-pasal masuk berita, kes kemalangan di hadapan kawasan balai polis. Wartawan zaman sekarang ni laju je. Yang tak berbayar tu lagi laju sebar berita. Tak pasal-pasal muka aku jadi viral." Safuan membebel di dalam keretanya.

Tiba-tiba, telefon pintar milik Safuan berdering. Dia segera mencapai telefon tersebut di atas tempat duduk penumpang hadapan. Panggilan segera dijawab. "Hello? Kenapa Inspektor Arman tekan brek tiba-tiba? Nasib baik saya tak terlanggar belakang kereta tadi."

"Sorry. Tak sengaja. Tadi baru dapat call daripada pakcik saya. Hanan kena culik."

"Hanan? Macam mana boleh kena culik?"

"Tak tahu. Masih dalam siasatan. Saya akan ke kawasan hotel tu. Kamu pergi jumpa Ryzan. Fokus sekarang ni ialah cari Hanan. Saya akan beritahu kes ni nanti."

"Baiklah."

*

Bray melihat permandangan bandar dari cermin tingkap di dalam bilik kerja miliknya. Dia baru sahaja sedarkan diri daripada lena selama 30 minit selepas makan ubat migrine. Ketika ini mindanya masih lagi bekerja walaupun terasa sedikit  berdenyut pada bahagian kanan kepalanya.

A.K.U : BLACK_BOOKМесто, где живут истории. Откройте их для себя