BAB 42

205 20 20
                                    

Kepala Syam tiba-tiba sahaja berasa pening lalu rebah di atas lantai sebaik sahaja dia keluar dari bilik mandi pada ketika ini. Tidak tahu penyebab yang membuatkan kepalanya berasa pening dan  pengsan secara tiba-tiba di dalam bilik ini.

20 minit berlalu. Syam membuka matanya. Dia duduk di atas lantai seketika sebelum dia berdiri. Langkahnya menuju ke arah almari pakaian untuk mencari pakaiannya.

Setelah dia selesai berpakaian. Dia melihat wajahnya di hadapan cermin. Imej wajah pada cermin ditumbuk tanpa reaksi wajah. Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan.

"Kenapa lelaki?" Soalnya kepada diri sendiri.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu nafas dihembuskan. "Lelaki pun lelaki la. Tapi aku tetap diri aku, Sharon Rafael."

Dia berjalan ke arah katil lalu duduk di atas katil. Dicapainya patung beruang milik Aron. Dia merenung wajah patung beruang tersebut. "Wei, serius la. Lelaki tidur dengan patung beruang. Banyak pula tu. Dia ni dah kenapa? Nak kata khunsa. Aku tengok tadi, lelaki sejati."

Diketuknya kepala patung beruang tersebut sebelum dia meletakkan kembali patung beruang itu di tempat asal. "Aku rasa, dia ni anak manja."

Kedengaran bunyi pintu bilik diketuk. "Syam. Ryzan, Aryan, Bray dengan Safuan datang. Aku nak pergi kerja ni." Kata suara seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Izwan.

"Syam? Nama owner badan ni ke? Siapa orang tadi? Kawan? Ada orang datang la pula. Apa aku nak cakap ni? Dah la first time datang sini." Dia berdiri dari katil lalu menuju ke arah almari pakaian.

Sharon mencari sesuatu. "Mana pula tudung ni? Tak ada tudung ke?" Pintu almari dihempas kerana geram.

Dia terlihat wajahnya pada cermin pintu almari pakaian tersebut lalu dia menepuk dahinya menggunakan tangan kanan. "Sharon. Kau lelaki. Mulai hari ni. Kau lelaki. Tak payah cari tudung. Tudung tak akan wujud dalam bilik ni. Kau lelaki. Terima realiti." Dia memberi nasihat kepada diri sendiri sebelum dia keluar dari bilik.

"Syam. Jom naik atas. Ada benda penting kita nak bincang." Kata Bray. Dia menapak naik anak tangga menuju ke tingkat tiga.

"Siapa dia tu? Boleh tahan kacak juga dia tu. Tapi... aku lelaki sekarang ni. Arghhhh! Tak selesanya." Biacara hati Sharon. Dia menapak naik anak tangga menuju ke tingkat tiga juga.

Sharon mengekori Bray ke bilik rahsia. Bray membuka pintu bilik rahsia dan masuk ke dalam bilik tersebut diikuti oleh Sharon.

Sharon melihat ke arah lima orang lelaki yang berada di hadapannya. "Aku seorang je perempuan?" Monolognya.

Sharon duduk di atas kerusi kosong. Bray pula menutup pintu bilik tersebut.

"Syam. Kitaorang datang sini sebab nak bincang pasal misi menangkap Fortino. Aku harap kau faham. Kitaorang perlukan RaSIS." Kata Bray. Dia duduk di sebelah kanan  Sharon.

Sharon melihat ke arah Bray dengan pandangan yang penuh kehairanan. "RaSIS? Siapa dia?"

"Eh?" Bray terkejut. Dia segera berdiri.

Empat orang jejaka yang berada di hadapannya juga berasa hairan. "Dia tak kenal RaSIS?"

Kecuali Ryuu. "Siapa RaSIS?" Fikirnya.

"Kau siapa?" Soalan Bray kepada Sharon.

"Sharon Rafael."

"Sharon Rafael? Dr. Syamila tak pernah sebut nama kau." Kata Bray.

"Hari ni first day aku. Untuk pengetahuan korang. Aku ni perempuan. So, jangan macam-macam. Kalau rasa sayang nyawa. Kalau tak sayang nyawa. Sini aku sepak telur ayam sekor-sekor sampai mandul. Puas hati aku. Tapi kalau mati. Aku campak je dalam loji kumbahan."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now