BAB 41

204 25 5
                                    

Seorang lelaki berusia 38 tahun sedang berdiri bertentangan dengan meja kerja milik Ryzan. Orang itu baru sahaja tiba di situ bersama-sama dengan sebuah dokumen misi. Dokumen tersebut sedang disemak oleh Ryzan. Dokumen itu merupakan bukti orang tersebut di hantar oleh Elder Fabian Williem (Mohd. Ali Abdullah) dan maklumat tentang misi mereka.

Ryzan melihat ke arah orang tersebut termasuklah seorang lelaki Melayu berusia 25 tahun dan seorang perempuan Australia berusia 23 tahun selepas dia menyemak dokumen tersebut. Dokumen itu ditandatangani oleh Ryzan sebelum ditutup.

Ryzan berdiri lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki itu. Salaman disambut dengan senyuman. "En. Ariq. Selamat kembali ke Malaysia. Selamat menjalankan misi." Kata Ryzan ketika mereka bersalaman.

"Terima kasih."

Namun, di dalam hati Ryzan pada ketika ini sangat cemas. "En. Ariq! Papa Danisha. First time aku jumpa dia. Dia ketua misi ni. Dia orang hebat dalam Shadow Squad. Kawan baik Pakcik Hamid yang selalu Pakcik Hamid cerita dulu. Bakal bapa mertua aku. Aku tak sangka. Bakal bapa mertua aku pun ahli Aquilinae Empire. Hebat pula tu. Bukan senang nak join Shadow Squad. Tak hairan la kalau Danisha hebat dalam hal mencari maklumat. Sebab ni la aku sayang dia selain muka dia yang cantik dan baik. Dia pun hebat. Gadis pertama yang hebat pada pandangan mata aku. Sniper simpanan, pembantu ketua perancang strategi, ketua pencarian maklumat dan pencinta senjata." Monolognya. Salaman dileraikan.

*

Pintu bilik kerja diketuk sebelum masuk. Seorang lelaki masuk ke dalam bilik tersebut selepas dirinya dibenarkan masuk. Langkahnya terus menuju ke arah sebuah meja yang menjadi tempat majikannya berada.

Sebuah fail diletakkan di atas meja. "En. Adli. Ini fail yang perlu disemak dan ditandatangani."

"Terima kasih, Rafi. Nanti saya semak fail tu." Kata Adli sambil melihat skrin komputer riba miliknya yang memaparkan blog 'AKU MEMERHATI'.

"Saya minta diri dulu." Kata Rafi sebelum dia keluar dari bilik kerja tersebut.

Adli segera mencapai telefon pintar yang berada di atas meja tersebut. Tangan kanannya pantas mencari nama seseorang dan membuat panggilan telefon. "Hello, Reza?"

"Ya. Ada apa Adli?"

"Aku ada benda nak bincang. Malam boleh jumpa?"

"Boleh."

"Okay. Kita jumpa di tempat biasa."

"Okay." Panggilan ditamatkan.

Pada masa yang sama, Rafi sedang senyum sambil berjalan ke arah meja kerja miliknya. Dia telah mendengar keseluruhan perbualan milik Adli di dalam bilik kerja tadi melalui alat pendengar yang tersembunyi pada telinga kanannya. Hal ini demikian kerana Rafi telah meletak sejenis alat rahsia di bawah meja Adli pada bahagian hadapan ketika kali pertama dia masuk ke dalam bilik kerja tersebut beberapa bulan yang lepas.

Rafi mengeluarkan telefon pintar miliknya sebaik sahaja dia duduk di ataa kerusinya. Satu mesej ditulis berkaitan dengan maklumat yang diperolehinya lalu dia menghantar maklumat tersebut kepada seseorang yang bernama 'RED - B.B.M Leader'.

Pada ketika ini RED - B.B.M Leader sedang berada atas talian. Dia segera membalas setiap mesej Rafi melalui aplikasi WhatsApp.

Tidak lama selepas itu, satu mesej daripada 'GRAY - B.B.M Sniper' muncul dalam perbualan berkumpulan tersebut. Rafi segera membuka mesej berkumpulan tersebut.

GRAY - B.B.M Sniper : Reza dengan Adli akan berjumpa malam ni. Tempatnya di Venus Club. Aku akan ke sana malam ni.

Rafi : Okay. Hati-hati. Apa-apa hal. Call aku.

A.K.U : BLACK_BOOKOnde histórias criam vida. Descubra agora