BAB 14

185 24 0
                                    

Rashdan berasa teruja apabila dia melihat email daripada syarikat AGENDA Corp. Dia telah diterima bekerja oleh syarikat tersebut walhal pada hari semalam, dia telah gagal dalam temubual di AGENADA Corp.

"Ini mesti tapisan CEO AGENDA Corp. Abang Bray. Tapi kenapa? Aku dah gagal dalam interview, kan?" Soalnya kepada diri sendiri di ruang tamu.

Majid menjeling ke arah telefon pintar milik Rashdan tatkala dia berhenti seketika di belakang Rashdan. "Dapat kerja ke?"

"Ha'ah. Baru dapat. Tapi tak sangka. Lucky day aku hari ni kot." Dia ketawa kecil.

Majid terus berjalan ke arah pintu rumah. "Tahniah. Aku nak keluar kejap." Tombol pintu rumah dipulas lalu pintu rumah dibuka.

"Okay." Katanya sambil melihat skrin telefon pintar. Email dibaca sekali lagi.

Majid keluar dari rumah. Pintu rumah kembali ditutup.

Syam menapak turun anak tangga menuju ke arah ruang tamu. Lengan baju kemaja berwarna merah dilipat kemas ke atas. Langkahnya berhenti di hadapan meja televisyen. Laci meja tersebut ditarik. Rashdan hanya memerhati tingkah laku Syam yang menghalang pandangannya untuk melihat televisyen itu.

"Tch!" Laci kembali ditutup dengan wajah yang tidak berpuas hati.

"Cari apa?" Soal Rashdan yang berada di atas sofa bertentangan dengan televisyen.

Syam melihat ke arah Rashdan. "Kau siapa?"

"Eh? Saya, Rashdan. Tak akan Abang Syam dah lupa? Dah lebih sebulan saya tinggal di sini."

"Oh. Umm... Tak apalah." Dia terus berlalu pergi ke arah tangga untuk menuju ke destinasinya.

"Kenapa pelik semacam je perangai Abang Syam hari ni?"" Fikir Rashdan.

Syam atau lebih tepat lagi ialah Aron Raiz sedang mencari sesuatu di dalam bilik rahsia di tingkat tiga. Diselongkarnya semua almari, laci dan rak yang berada di dalam bilik tersebut termasuklah di bawah katil.

"Tak ada. Mana pistol yang aku bawa balik hari tu?" Seekor patung beruang dicampak di atas katil kerana terasa sangat geram. Barang yang dicarinya itu tiada di tempat yang disimpan olehnya sebelum ini.

"Aku dah buang." Kata seseorang yang berada dalam minda Aron.

Aron terdiam. Dia duduk di atas katil lalu mencapai patung beruang yang dicampaknya tadi. Patung beruang tersebut dipeluknya pada dada. "O-okay." Dia berubah menjadi budak baik.

"Aku nak keluar ni. Tak ada apa-apa senjata ke? Aku risau kena serang nanti." Kata Aron kepada suara yang berada dalam mindanya.

"Guna pisau aku. Ada dalam laci meja. Dalam bilik Syam." Katanya.

"Pistol tak ada?"

"Kau nak atau tak nak?" Soal suara itu dengan nada yang dingin.

"Ya. Ya. Aku nak. Ala, RaSIS. Janganlah marah-marah. Aku budak baik." Pujuk Aron.

"Balik la sangat. Kau nak pergi mana?"

"Aku nak pergi kedai kek. Dah lama tak makan kek." Jawabnya dengan perasaan yang sangat gembira.

"Hati-hati. Satu hal lagi. Tugas kau, jaga keselamatan Rashdan."

"Rashdan?"

"Ni misi SG. Tak ada bantahan. Kalau kau budak baik. Kau buat kerja kau. Nanti aku belanja kek." Ujarnya dengan tegas.

"Okay. Aku nak kek blueberry."

"Buat kerja dulu."

"Ya la." Katanya dengan nada malas.

*

Aron tiba di rumah ibu bapa Syam. Dia mengetuk pintu dan memberi salam. Pintu rumah dibuka oleh Raz. Raz melihat adiknya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki sambil menjawab salam.

"Aron. Kau beli kek?" Soal Raz ketika dia melihat sebuah plastik berisi sekotak kek dari kedai Secret Recipe.

Aron melangkah masuk ke dalam rumah. "Ha'ah. Aku beli sebiji kek blueberry untuk aku."

Raz ketawa kecil. "Aku dah beli kek coklat tadi." Katanya lalu menutup pintu rumah selepas Aron masuk ke dalam rumah mereka.

"Mama dan papa mana?"

"Mama dan papa pergi shopping mall. Cari hadiah untuk Ayuni." Jawab Raz.

"Ayuni mana?" Soalnya lagi. Dia berjalan ke arah kawasan dapur.

"Ada dalam bilik Ash. Dia jaga. Pergilah tengok Ayuni tu. Kek tu letak dalam peti sejuk dulu." Kata Raz. Dia duduk di sebuah sofa yang terletak di ruang tamu. Dirinya kembali menghadap komputer riba untuk menyelesaikan tugasan praktikalnya.

Aron membuka peti sejuk lalu meletak sekotak kek ke dalam peti sejuk tersebut.  Dia segera berlari ke arah bilik Ash sebaik sahaja pintu peti sejuk ditutup. "Ayuni~ Abang datang~" Katanya dengan penuh bersemangat.

Pintu bilik Ash diterjah. Ash terkejut. "Salam tak beri." Ash marah tanpa berfikir panjang.

"Assalammualaikum?"

"Waalaikummusalam." Jawab Ash.

Aron masuk ke dalam bilik Ash. Dia menghampiri seorang bayi yang berada di atas katil. Aron duduk dibirai katil. "Comelnya dia. Dah makan ke belum?" Pipi Ayuni dicuit oleh Aron.

"Dia dah makanlah. Sebab tu dia tidur." Jawab Ash sebagai wakil Ayuni.

Aron menjeling ke arah Ash. "Eh? Aku tak tanya kau pun."

"Ya la. Ya la. Kau jaga dia. Aku nak mandi." Ash bangun dari katil lalu keluar dari biliknya.

"Okay. Kita berdua je." Ujar Aron sebelum mengucup pipi lembut milik Ayuni yang masih bayi itu.

*

Sambuatan hari lahir Ayuni dilakukan secara sederhana. Bray dan Safuan turut hadir dalam majlis sambutan hari lahir Ayuni. Selepas majlis selesai, Aron terus pulang ke rumah milik Syam. Dia langsung tidak bermalam di rumah ibu bapa Syam walaupun Datin Baizura telah mengajaknya untuk bermalam di situ. Namun, Aron tahu sesuatu akan berlaku sekiranya dia bermalam di situ.

Syam tidak suka terhadap kewujudan Ayuni dalam keluarganya.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now