BAB 23

198 25 4
                                    

Inspektor Arman melihat sampul surat berwarna hitam. Pada sampul surat tersebut terdapat logo yang sangat dikenali olehnya. Surat itu baru sahaja dikeluarkan oleh Inspektor Arman dari dalam peti surat bersama-sama dengan bil elektrik pada bulan tersebut.

"Kenapa Aquilinae Empire hantar surat? Ryzan boleh call kalau dia ada benda nak bincang tapi kenapa surat? Atau bukan dia yang hantar?" Katanya sambil berjalan masuk ke dalam kereta yang sudah berada di luar pagar rumah.

Sampul surat tersebut dibuka selepas dia menutup pintu keretanya. Dikeluarkannya sekeping surat berwarna hitam dengan tulisan yang berwarna putih. "Erk? Macam mana aku nak baca ni? Tulisan ni sama macam tulisan dalam dokumen Hanan."

Inspektor Arman membelek-belek surat tersebut. "Tak ada nama pemberi."

Tiba-tiba, pandangannya tertacap kepada dua buah perkataan yang tertera pada penutup sampul surat yang berada pada tangan kirinya. Perkataan tersebut diperhatinya. '"3L(?)CV 3(?)(?)V...? Apa benda?"

Sebatang pen diambil dari dalam laci di hadapan tempat duduk penumpang hadapan. Inspektor Arman cuba menyelesaikan misteri perkataan tersebut dengan menambah beberapa garis pada huruf-huruf tersebut sehingga membentuk perkataan 'BLACK BOOK'.

"BLACK BOOK? Kejap. Ini... Nama dokumen Hanan, BLACK BOOK. Maklumat pasal musuh dia ada dalam tu. Tapi siapa pula BLACK BOOK yang ni? Tulisan ni... Dia mesti kenal Hanan. Aku kena cari dia. Tapi siapa? Di mana? Aku tak dapat baca isi kandungan surat ni. Tak boleh tulis guna tulisan normal ke?" Inspektor Arman menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

*

Rashdan menutup buku diari miliknya selepas dia mencatat mimpinya pada hari ini. Logo pada kulit buku dilihat olehnya. Mindanya mula mengingati mimpi yang pernah dialaminya sebelum ini. Matanya pula dipejamkan seraya dia baring di atas katil.

"Aquilinae Empire. Raven code. Cyber Security. Inspektor Arman. Dua orang lagi... Hanan. Ryzan. Siapa mereka? BLACK BOOK. Raven code. BLACK BOOK. BLACK BOOK. Raven code. BLACK BOOK. Raven code bukan ciptaan aku? Tapi tulisan tu ada dalam minda aku. Aku tak ingat sebab apa. Mimpi tu ada sebut pasal Raven code. Logo ni... Aquilinae Empire. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Itu hanya mimpi je, kan? Memori? Mimpi? Aku tak boleh bezakan antara memori dengan mimpi." Fikirnya sambil mengiring ke arah kanan.

"Hospital. Siapa yang masuk hospital hari tu?" Soalnya kepada diri sendiri tatkala dia teringat tentang mimpi dirinya dimasukkan ke dalam wad.

"Raven code bukan ciptaan aku. Tapi ada dalam minda aku. Aku pernah tengok sebelum ni? Mungkin ya."

*

Syam membaca sebuah dokumen yang diterima melalui email miliknya. Email itu dihantar oleh RyzanAquEmpire@gmail.com. Dia berasa hairan seketika kerana dia tidak pernah memberi emailnya kepada sesiapa selain urusan kerja sebagai editor dan mahasiswa.

"Kes pembunuh bersiri lari ke Malaysia. Kenapa hantar kepada aku? Kawan RaSIS ke? Kenapa tak hantar dalam email dia je? Haih. Resend kepada Bray je la. Aku tak ada kaitan dalam urusan dunia Secret GUARD ni."

Syam menghantar dokumen tersebut kepada Bray melalui email. Kemudian, dia menghantar mesej kepada Bray melalui aplikasi WhatsApp. Dia memberitahu tentang email yang dihantar kepada Bray beberapa minit yang lalu.

Bray pula segera membalas mesej tersebut dengan hanya satu perkataan. "Okay."

Selepas itu, Syam menelefon seseorang. Panggilan dilakukan sebanyak dua kali tetapi tidak diangkat. Akhirnya, panggilan yang dilakukan untuk kali ketiga dijawab oleh orang tersebut.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now