BAB 44

186 21 13
                                    

Bray membawa Sharon Rafael bertemu dengan Dr. Syamila di sebuah hospital selepas Bray memberitahu tentang alter baru milik Syam Syahrul Azmi kepada Dr. Syamila. Ketika ini, Sharon dan Bray berada di dalam bilik doktor.

"Saya, Dr. Syamila. Doktor yang memantau perkembangan alter-alter milik Syam. Boleh saya tanya beberapa soalan?" Kata Dr. Syamila.

"Boleh." Kata Sharon yang duduk bertentangan dengan Dr. Syamila.

"Beritahuhu nama penuh awak, umur, hobi, jantina,personaliti dan semua perkara tentang diri awak."

"Nama saya, Sharon Rafael. Umur 20 tahun. Saya seorang perempuan. Hobi saya memasak. Saya hebat dalam perlawanan dan saya tak lemah. Saya tak suka orang sentuh saya. Tambahan pula, orang lelaki. Saya suka shopping. Saya seorang yang tegas, baik, serius, bijak dan penyayang. Tapi kalau dah buat saya marah. Saya akan berasa geram dan rasa nak belasah orang tu." Jelas Sharon kepada Dr. Syamila.

Bray pula hanya mendengar perbualan mereka. Dia duduk di atas sebuah katil yang berada di dalam bilik tersebut.

"Apa perasaan awak apabila berada dalam badan seorang lelaki?" Soal Dr. Syamila.

"Soalan apakah ini? Stress, tahu tak? Dah la kena kencing berdiri. Nak kena pegang 'nun' pula tu." Jujur dia meluahkan perasaan tidak selesa tersebut.

"Nun?" Soal Dr. Syamila yang terbayangkan wajah watak Nun dalam filem The Nun.

Bray pula sudah menutup wajahnya menggunakan bantal kerana terasa malu ketika dia mendengar kata-kata Sharon itu. "Kenapa dia cakap pasal benda ni? Tak ada benda lain ke? Kau tu perempuan. Malu la sikit. Aku pula yang rasa malu."

*

Sharon menjeling ke arah Bray ketika Bray sedang memandu. Dia duduk di tempat duduk penumpang hadapan. Bray perasan tentang jelingan tersebut walaupun dia sedang memandu. Namun, dia mengabaikan tingkah laku Sharon itu.

"Bray. Aku rasa aku nak makan makanan western. Jom bawa aku ke sana."

"Western food? Kau suka makan makanan western ke?"

"Yes. My favourite."

"Aku pun suka juga. Jom aku bawa kau ke tempat yang aku selalu lepak kalau nak makan makanan western."

"Wah~ Aku keluar dating ke ni?" Bicara hati Sharon dengan penuh perasaan teruja.

Enjin kereta dimatikan setibanya mereka di hadapan sebuah kedai makan, AG Western Food GM 1-07 Bazaria Pantai Dalam. Bray dan Sharon keluar dari kereta. Mereka berdua masuk ke dalam kedai makan tersebut untuk memenuhi perut yang sedang kelaparan itu.

*

Hanan duduk sendirian di ruang tamu. Dia sedang berlatih untuk bertutur seperti orang normal semula selepas dia mengalami masalah bisu. Bisu yang dialaminya bukan berkekalan. Itu hanya sementara kerana kesan sampingan dadah yang digunakan oleh Harris kepada Hanan sebelum ini. Dadah tersebut memberi tindak balas yang lambat. Hanan juga mengalami banyak masalah disebabkan dadah yang memberi banyak kesan sampingan.

Sebelum Hanan mengalami masalah bisu tersebut. Dia mengalami masalah pengelihatan. Matanya tidak buta tetapi sensitif terhadap cahaya. Kemudian, selepas masalah itu selesai. Dia mengalami masalah yang lebih serius berkaitan dengan otaknya. Hanan tidak mampu berfikir. Sekiranya dia berfikir, kepalannya akan berasa sangat sakit seperti mahu pecah. Sepanjang sesi rawatan tersebut. Fikirannya kosong. Memorinya juga samar-samar.

Selepas beberapa minggu masalah tersebut selesai. Hanan menjadi bisu. Dia sendiri terkejut dan tertekan kerana tidak mampu berbicara. Disebabkan dia mengetahui bahawa Harris berada di Malaysia. Dia juga mahu ke Malaysia untuk menangkap Harris. Dia tidak mahu Harris menjadikan lebih ramai lagi manusia sebagai bahan uji kaji. Maka, Hanan menangguhkan rawatannya. Dia akan kembali ke Australia semula selepas niatnya itu selesai.

Harris sudah tiada lagi di dunia ini. Hanan pula tiada lagi sebab untuk berasa risau walaupun dia tidak menyuruh pasukan Hawk untuk membunuh Harris. Pasukan Hawk dihantar sebelum Hanan sedarkan diri atas arahan Denny. Denny mahu Harris ditangkap kerana dia mengetahui bahawa Hanan pasti tidak akan bersetuju untuk membunuh Harris sebab dia mahukan maklumat tentang Hamid.

"Hanan. Jangan paksa diri kalau tak boleh bercakap. Nanti kepala kamu sakit lagi." Nasihat seorang lelaki bertopeng kepada Hanan. Dia meletakkan secawan coklat suam kegemaran Hanan di atas meja ruang tamu sebelum dia duduk di atas sofa bertentangan dengan Hanan.

Wajah Hanan kelihatan kecewa. Dia terus mencapai alat kawalan televisyen dan menukar siaran televisyen.

"Denny ada di balai polis sekarang ni. Hawk 03 yang tembak Harris. Kemungkinan Arman beri Hawk 03 ceramah yang panjang. Tapi... Ini takdir. Memang ajal Harris macam tu. Tak boleh nak buat apa. Kalau dia hidup pun, mungkin dia dalam orang dalam di balai tu nanti." Kata lelaki bertopeng itu.

"Aaa..."

"Tch! Aku tak suka la tak boleh bercakap macam ni. Stress." Hanan mengetap bibirnya kerana geram terhadap kekurangannya itu.

"Hanan. Relax. Jangan terlalu stress. Nanti kepala kamu sakit lagi. Kamu sepatutnya ada di hospital sekarang ni. Tapi degil. Nak juga ikut Denny datang Malaysia.Kalau keadaan kamu semakin teruk. Kamu kemungkinan akan bisu selama-lamanya atau koma lagi sekali. Nak ke? Terus hilang kemampuan tu semua sebab degil sangat. Esok kita balik Australia. Di sini dah tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Denny akan uruskan hal lain di sini." Tegas lelaki bertopeng itu.

Hanan melihat ke arah lelaki bertopeng itu dengan wajah yang sedih. Dia menggelengkan kepalanya kerana dia tidak mahu pulang ke Australia dalam masa yang terdekat ini. Tambahan pula, mereka baru sahaja sampai di Malaysia pada pagi tadi.

"Haih. Kamu ni sama je macam Abang Fabian masa muda-muda dulu. Cakap sikit dah nak menangis. Benda betul la, kan?"

"Aku tak nak balik. Aku nak jumpa Rashdan. Denny kata Rashdan hidup lagi. Aku nak suruh Ryzan bawa Rashdan jumpa aku. Pakcik Hamid tak nak jumpa anak sendiri ke? Dah bertahun-tahun hilang macam tu je. Tiba-tiba, muncul depan aku masa dalam wad. Bertopeng macam tu sebab muka dah rosak. Harris punya pasal. Bertahun-tahun hilang sebab partner Harris sorok. Aku dah agak. Ini mesti ada kaitan dengan dia." Bicara hati Hanan.

"Pukul 5:00 nanti Ryzan datang sini. Pakcik dah beritahu dia, kita datang  Malaysia." Lelaki bertopeng itu berdiri dari sofa lalu meninggalkan Hanan sendirian di situ.

*

[IMBAS KEMBALI]

Hamid berada di dalam sebuah penjara. Setiap hari dia akan disuntik dengan sejenis dadah. Dadah yang disuntik sepanjang bertahun-tahun dia berada di dalam penjara ini bukan hanya satu jenis malah lebih daripada lima jenis dadah yang baru dicipta. Dia merupakan bahan uji kaji selepas sejenis dadah siap dicipta. Dadah-dadah tersebut akan diuji.

Hamid tidak pernah menduga bahawa dia akan hidup bebas kembali sebelah bertahun-tahun dia hidup di dalam penjara sebagai bahan uji kaji. Hal ini demikian kerana sebuah pasukan BLACK BOOK Aquilinae Empire telah menyerbu sebuah makmal dadah yang tersembunyi di bawah sebuah pub bernama Saiao. Serbuan tersebut diketuai oleh Denny


A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now