BAB 47

232 26 6
                                    

[DUNIA DALAMAN/INNERWORLD]

RaSIS berjalan sendirian menuju ke arah satu kawasan yang bercahaya. Kawasan yang sudah lama dia tidak kunjungi kerana dirinya terlalu sibuk sejak akhir-akhir ini. Di kawasan yang bercahaya itu, terdapat sebuah padang yang luas. Di tengah padang tersebut wujudnya sebuah rumah setingkat. Manakala, Di sebelah kiri rumah itu terdapat sebuah pondok klasik milik seseorang.

RaSIS berjalan menghampiri pondok tersebut. Kemudian, dia masuk ke dalam pondok itu. "Sampai bila kau nak bertapa di sini? Sistem ada masalah besar pun kau tak keluar juga."

"Belum tiba masanya untuk aku keluar. Ini ujian untuk kau. Aku tahu kau boleh lakukannya." Kata seseorang yang duduk bersila bertentangan dengan RaSIS.

RaSIS kelihatan geram terhadap kata-kata lelaki yang berpakaian serba putih itu. Dia duduk bersila di hadapan lelaki tersebut dengan ganas. "Bila masanya?"

"Biarlah takdir yang menentukan segalanya." Kata lelaki itu.

"Qashmir Sufi. Kau ni tak habis-habis dengan takdir. Aku dah bosan dengar pasal takdir." Kritik RaSIS lalu menurunkan hud dari atas kepalanya. Mata RaSIS yang berwarna merah itu dapat dilihat dengan jelas.

Qashmir senyum. "Sabarlah." Tenang sahaja bicaranya.

RaSIS pula sudah mengeluh lalu baring di atas lantai. "Sabar? Aku dah lama sabar dengan kau, gatekeeper. Syam ada datang sini ke?"

"Syam ada dalam rumah Raden. Pergilah panggil dia balik." Kata Qashmir kepada RaSIS.

"Kejap lagi la. Malas pula nak panggil." Dia masih berada dalam posisi sedemikian.

"Puas aku cari dia merata-rata masa dia lari hari tu. Rupa-rupanya dia menyorok di kawasan ni. Aku tak terfikir pula dia akan datang ke sini. Nasib baik Erzen tolong fikirkan untuk aku."

Qashmir ketawa kecil. "Hidup perlu bekerjasama. Jangan pikul semua tanggungjawab tu sendirian."

"Ya. Aku tahu. Tapi sekarang ni aku ada masalah lain yang perlu aku fikir."

"Sharon?" Qashmir meneka.

"Ya. Aku risau kalau dia memalukan Syam. Dia ada datang sini?"

"Tak ada. Mungkin dia tak jumpa tempat ni. Lagi pun, aku, kau, budak comel tu, Erzen, Raden dan Syam je tahu tempat ni. Aron pun tak pernah datang. Ya la. Tempat ni jauh dari 'kesedaran'. Tempat gelap tu je yang dekat dengan 'kesedaran'. Apa yang kita boleh buat lagi? Itu la takdir." Jelas Qashmir yang mengetahui tentang dunia dalaman mereka.

RaSIS duduk di atas lantai. "Kau, Raden dan Isaac masih nak sembunyikan kewujudan korang ke? Sampai bila? Dr. Syamila selalu tanya aku tentang perkembangan kalau-kalau ada alter baru wujud lagi. Tapi korang bertiga ni bukan baru. Kau wujud sekali dengan aku. Tapi aku yang dominan. Issac wujud selepas sebulan kes penculikan tu berlaku. Raden wujud setahun selepas itu. Trauma-free. Hmph! Free je masa dia. Lepak dan tidur je kerja dia. Dasar putera beradu." RaSIS tidak berpuas hati terhadap Raden kerana terlalu lapang berbanding dirinya yang selalu sibuk.

Raden hanya akan muncul jika sistem telalu huru-hara sehingga tiada sesiapa yang boleh selesaikan masalah tersebut. Namun, kewujudan Raden, Qashmir dan Isaac dirahsiakan oleh RaSIS atas permintaan mereka bertiga. Syam, Dr. Syamila dan ahli keluarga Syam tidak mengetahui tentang kewujudan mereka bertiga.

RaSIS pantas melihat ke arah pintu pondok apabila dia terdengar seseorang menapak naik anak tangga untuk masuk ke dalam pondok tersebut. "Raden? Muka baru bangun tidur."

Raden berjalan dalam keadaan mamai ke arah Qashmir. Dia duduk di sebelah kanan Qashmir lalu melentokkan kepalanya di atas bahu kanan Qashmir. "Syam bising lagi. Beta tidak dapat beradu dengan aman.

A.K.U : BLACK_BOOKTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon