BAB 25

178 25 3
                                    

"Wow. Korang buat kenduri KFC ke?" Tegur Bray yang baru sahaja masuk ke dalam rumah Syam.

Izwan, Rafi, Majid dan Rashdan sedang makan di ruang tamu. Di atas meja ruang tamu tersebut terdapat banyak makanan yang dibeli dari KFC.

"Jemput la makan. Kitaorang ni pun belum tentu habiskan semua makanan ni." Kata Rafi selepas meneguk milo ais.

Bray menghampiri mereka lalu duduk di atas sofa bertentangan dengan Majid. "Safuan dengan Syam mana?"

"Syafuan baru je pergi tandas. Syam masuk bilik lepas makan." Jawab Majid.

"Abang Bray makan la. Banyak ni." Pelawa Rashdan sebelum dia menggigit peha ayam.

Bray mencapai jejari kentang lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. "Siapa yang beli banyak macam ni?"

"Syam." Jawab mereka serentak.

"Setahu aku, Syam biasa beli sikit je. Lunch & Dinner set B atau D. Kalau macam ni dah jadi satu pembaziran kalau tak habis. Atau..."

"Atau?" Soal Izwan kepada Bray.

"Atau dia memang sengaja beli sebab nak belanja korang makan." Walhal dalam hatinya. "Atau bukan Syam yang beli."

"Fuh! Lega." Kata Safuan yang baru sahaja keluar dari kawasan dapur. Dia berjalan menuju ke arah ruang tamu.

"Kau berak batu ke, Safuan?" Tegur Izwan tanpa berlapik.

"Haah. Dah dua hari tak membuang. Okay. Aku nak sambung makan." Dia segera mencapai seketul isi ayam lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

Bray berdiri dari sofa. "Aku nak jumpa Syam kejap."

"Kejap."

Rafi menghulurkan tiga plastik makanan kepada Bray. "Makan sampai habis."

Bray menerimanya. "Haih." Dia segera menuju ke arah anak tangga untuk ke bilik Syam.

Sementara itu, Syam baru sahaja membuka matanya. Dia duduk di atas katil lalu mengeliat. "Sedapnya. Bau apa ni?" Syam terselak-selak kain selimutnya. Dia mencari sesuatu.

Pintu bilik diketuk. "Syam. Aku masuk ni."

Mata Syam melihat ke arah pintu biliknya. Seseorang yang tidak dikenalinya telah masuk ke dalam bilik tersebut. Matanya melihat pula ke arah plastik makanan yang dipegang oleh orang tersebut.

"KFC la. Abang. Abang. Nak rasa sikit, boleh?" Kata Syam kepada orang tersebut, iaitu Bray.

Bray terkejut ketika dia menutup pintu bilik Syam selepas dirinya dipanggil 'Abang'. Ditatapnya wajah Syam yang kelihatan teruja itu.

"Errr... Ya ya. Jom makan." Bray berjalan ke arah meja pendek yang terletak bertentangan dengan buaian berbentuk bola. Terasa janggal seketika.

Syam pula pantas turun dari katil dan menuju ke arah meja tersebut. "Ada kentang putar tak?" Dia duduk bertentangan dengan Bray.

Bray duduk di atas lantai. "Tak tahulah. Kita buka dulu." Kata Bray lalu mengeluarkan kotak-kotak makanan KFC dari dalam semua plastik tersebut.

Wajah Syam kelihatan kecewa. "Tak ada kentang putar."

"Sekejap aku pergi tengok dekat bawah. Tunggu sini. Kalau nak makan ayam. Pergi basuh tangan dulu." Kata Bray lalu berdiri.

"Okay." Syam terus berdiri dan menuju ke arah bilik mandi untuk membasuh tangannya.

Bray keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. "Tu bukan Syam, kan? Lain macam. Adakah... Aku rasa macam masalah besar akan berlaku. Tu mesti budak Syam yang umur enam tahun tu. Okay. Aku kena sabar. Sabar. Dia budak. Ingat pesan Dr. Syamila. Jangan marah budak tu. Budak tu sensitif sangat." Bicaranya dalam hati.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now