BAB 9

223 24 2
                                    

Rashdan, Majid, Izwan dan Rafi baru sahaja selesai bermesyuarat dengan Syam atas urusan rumah sewa tersebut. Sebagai pemilik rumah sewa itu, Syam bertanggungjawab terhadap menjaga keselamatan para pengguni di dalam rumah tersebut. Dia juga telah menetapkan peraturan di dalam rumah itu supaya berlaku keadilan dalam menguruskan hal kebersihan di dalam rumah tersebut.

Rafi memiliki tugas khas. Dia telah dilantik menjadi chef di dalam rumah sewa tersebut. Segala urusan barang dapur telah diserahkan kepada Rafi. Hal ini demikian kerana Syam berpendapat bahawa seseorang yang hebat dalam masakan perlu mengambil alih segala urusan di dapur bagi menyelesaikan masalah Izwan memasak makanan sehingga hangus. Syam juga jarang berada di rumah dan banyak mengabiskan masanya dengan aktiviti peribadinya.

Mereka empat memerhati Syam yang berjalan ke arah tangga bilik selepas selesai mesyuarat pada malam itu. Katanya, dia ada tugasan yang perlu disiapkan.

"Syam tu macam mana orangnya? Aku tengok dia tu macam biasa-biasa je." Soal Rafi kepada mereka.

Masing-masing angkat bahu sebagai tanda tidak tahu. Hal ini demikian kerana mereka tidak rapat dengan Syam. Syam pula lebih banyak menghabiskan masanya dia dalam bilik selepas pulang daripada kuliah.

"Setakat yang saya tahu, Syam jenis yang pendiam. Dia selalu buat hal sendiri kalau di fakulti. Di rumah... Jarang benar jumpa dia. Selalu dia balik lewat. Kalau balik awal, dia memerap dalam bilik." Kata Majid yang merupakan rakan satu faktulti dengan Syam.

"Syam tu okay je. Yang pasti, jangan beri dia marah kalau rasa nak hidup lama." Nasihat Izwan yang pernah melihat sisi gelap Syam Syahrul Azmi, iaitu Erzen Laiss.

"Moralnya, jangan beri dia marah." Kata Rashdan yang duduk di sebelah kanan Rafi.

*

Sebuah telefon pintar berjenama Samsung A50 diletakkan di atas meja selepas menjawab panggilan tersebut. Si pemilik Samsung A50 itu duduk di atas sebuah kerusi lalu berpusing menghadap ke arah meja yang berada di belakangnya tadi.

"BLUE ICE ada permintaan lumayan lagi. Permintaan daripada pelanggan tetap. Wah~ Tak sampai sehari aku baru je hantar ke Rusia. Sekarang dah dapat pelanggan dari Malaysia pula. Untungnya jadi saintis hebat macam aku." Ujarnya dengan perasaan bangga diri.

Kerusi yang didudukinya dipusing-pusing sambil ketawa bagaikan orang hilang akal. Namun, perbuatannya itu terhenti tatkala pintu biliknya diketuk. Wajahnya berubah serius.

"Masuk."Arahnya kepada orang tersebut.

Pintu bilik dibuka. "Tuan Harris. En. Hanan dah sampai." Beritahu seorang lelaki berusia 25 tahun itu. Dia ialah pembantu peribadi manusia yang berada di dalam bilik itu.

Harris berdiri dari kerusi dan berjalan ke arah pintu bilik. "Sediakan makanan dan minuman. Aku nak pergi tukar pakaian kejap." Arahnya kepada pembantunya.

Sementara itu, Hanan pula berada di ruang tamu. Dia sedang melayani mesej melalui aplikasi WhatsApp bersama-sama dengan abangnya yang berada di Malaysia. Abangnya sering sahaja bermesej dengannya sejak Hanan kembali ke Australia selepas urusan kerjanya di Malaysia.. Hanan merupakan seorang pemilik syarikat Aquilinae Cyber. Induk utama Aquilinae Cyber bertapak di Australia dan cabang pertamanya berada di Malaysia. Syarikat ini menawarkan khidmat keselamatan siber terutama kepada pihak bank dan perniagaan yang lain.

Beberapa minit berlalu, dua orang lelaki berseragam chef sedang berjalan ke arahnya. Masing-masing membawa sebuah dulang yang berisi makanan dan minuman. Makanan dan minuman diletakkan di atas meja ruang tamu.

Tidak lama selepas itu, Harris menapak turun anak tangga menuju ke arah ruang tamu. Dia baru sahaja selesai menukar pakaiannya. "Hanan. Dah lama tak jumpa. Kau tak beritahu aku pun kau nak datang sini. Bila kau balik?"

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now