BAB 51

166 19 0
                                    

RaSIS meramas-ramas tangan kanannya selepas sedar lima minit yang lalu. Kini dia berada di dalam sebuah rumah milik seorang penulis. Tugas Syam ialah untuk mengutip manuskrip seseorang. Namun, dia terlelap ketika menunggu orang tersebut di ruang tamu.

RaSIS bangun dari sofa dan berjalan menuju ke arah sebuah tingkap. Dia sedang memerhati seseorang yang berdiri di hadapan pintu pagar rumah tersebut. Orang itu sedang terhendap-hendap ke dalam perkarangan rumah itu.

"Apa hal dia tu? Nak mencuri ke? Siang hari pun nak mencuri ke?" Fikir RaSIS tatkala melihat kejadian tersebut.

Tiba-tiba, lelaki misteri itu melihat ke arah RaSIS yang berada di hadapan tingkap rumah. Tingkap rumah tersebut terletak bertentangan dengan pintu pagar. Orang itu segera pergi dari situ selepas terlihat RaSIS.

Pada masa yang sama, seorang lelaki keluar dari biliknya bersama-sama dengan sebuah sampul surat berisi manuskrip lengkap miliknya. "En. Syam. Sorry lambat. Saya baru siap print tadi."

RaSIS kembali ke arah ruang tamu. Manuskrip diterima olehnya. "Lain kali jangan hantar lambat lagi." Katanya sebelum berjalan ke arah pintu rumah.

Si penulis hanya mampu mendiamkan dirinya di situ.

*

Inspektor Arman tiba di tempat kejadian. Dia menerpa ke arah Hamdi yang berada di hadapan hotel tersebut. Hamdi memberitahu bahawa Fortino telah menculik Hanan di tempat letak kenderaan berdasarkan CCTV yang berada di kawasan tempat letak kenderaan tersebut. Hal ini telah menyebabkan Inspektor Arman panas hati.

"Saya dah suruh Rem jejak kedudukan Fortino. Denny juga sudah cuba untuk menjejak kedudukan Hanan berdasarkan alat penjejak pada kasut Hanan. Sekejap lagi Denny akan hantar lokasi." Beritahu Hamdi yang telah berurusan dengan Rem dan Denny.

"Saya mahukan lokasi tu secepat yang mungkin. Hanan mungkin berada dalam bahaya." Arah Inspektor Arman.

"Ya. Mereka akan cuba dapatkannya secepat yang mungkin."

*

Hanan membuka matanya. Kini dia berada di dalam dunia permainan video yang baru ciptaan oleh Reza. Dia cuba keluar dari dunia permainan video tersebut tetapi dia dapat merasakan bahawa jasadnya masih lagi diikat di atas sebuah kerusi.

"Apa yang patut aku buat sekarang ni?" Soalnya kepada diri sendiri.

Seekor raksasa telah muncul di hadapan Hanan tanpa diduga olehnya. Dia terkejut lalu melarikan diri. Manakala, pada dunia realiti pula. Hanan sedang meronta-ronta dan cuba untuk menjerit atau bercakap. Namun, suaranya tidak mampu keluar kerana kebisuan sementara yang di hadapi olehnya itu.

Reza pula sedang memerhati skrin komputer riba miliknya. Dari skrin tersebut dia dapat melihat situasi yang berlaku di dalam permaian video itu. Dia dapat melihat keadaan Hanan sedang melarikan diri di dalam permainan video tersebut. Reza terketawa.

"Penakut rupanya. Kau boleh guna kuasa elemen yang kau ada. Aku akan guide kau." Kata Reza.

"Aku nak balik!" Jerit Hanan dala hati. Perkataan itu juga yang muncul pada skrin komputer riba tersebut kerana mindanya telah berhubung dengan permainan video itu.

"Lepas selesai main game ni baru boleh balik." Kata Reza sambil tahan ketawa.

*

RaSIS sudah tiba di rumah. Dia terus menuju ke arah bilik tanpa menegur Izwan yang berselisihan dengannya. Izwan pula meneruskan perjalanannya ke arah pintu rumah untuk pergi kerja. Dia mengambil kerja sambilan pada waktu malam sekiranya dia memiliki kuliah sehingga jam 4:00 petang. Kerjanya pula bermula pada pukul 8:00 malam tetapi dia bertolak ke tempat kerja pada pukul 6:30 petang.

RaSIS merebahkan dirinya di atas katil selepas mencampak beg sandang di tepi katil. Tali leher dibuka. "Laparnya. Apa aku nak makan?"

Dia duduk di atas katil. "Mandi dululah. Kejap lagi ada meeting pula. Haih. Misi hari ni gagal sebab dia tak ada di rumah. Macam tahu-tahu je."

RaSIS bangun dari katil dan menuju ke arah bilik mandi yang berada di dalam biliknya. "Tapi siapa yang mengendap rumah author tadi? Perompak? Pembunuh? Penyibuk?"

*

Jam menunjukkan detik 8:30 malam. Syafiq baru sahaja pulang dari tempat kerja. Pada ketika ini, dia terbau sesuatu yang sangat sedap. "Bau ayam berempah. Siapa masak?"

Dia terus berjalan menuju ke arah kawasan dapur. Dilihatnya ke arah seseorang yang berada di situ. Sebuah mangkuk ayam berempah yang dicincang isinya berada di atas meja. Manakala, orang itu pula sedang mengisi sedikit demi sedikit ke dalam sebuah acuan yang sudah diisi dengan adunan kulit tart. Kemudian, isi ayam berempah yang menjadi inti tart itu ditutup dengan daging ayam yang sudah diperam bersama-sama lada hitam dan jus lemon.

Setelah segalanya selesai. 10 bekas acuan kecil diletakkan di dalam talam pembakar untuk dibakar. Sebelum dimasukkan ke dalam oven, tart tersebut dihias dengan hirisan cili berwarna merah di atasnya. Talam dimasukkan ke dalam oven dan masa telah ditetapkan.

"Resepi apa kau masa tu, Syam?" Syafiq menegur RaSIS.

RaSIS melihatke arah Syafiq. "Resepi special aku buatsendiri. Tak ada dalam buku. First time aku cuba buat tart ayam berempah."

"Semacam je aku tengok resepi dia tu." Bicara hati Syafiq.

"Kau pergilah mandi dulu. Nanti kau rasa tart aku buat ni. Sedap. Kau chef. So, kau jadi tester."

"Tak ada orang lain ke?"

"Kau je ada dalam rumah ni selain aku. Orang lain tak balik lagi." RaSIS mengemas meja selepas menyuap satu sudu isi ayam berempah ke dalam mulutnya. Masih terdapat setengah mangkuk isi ayam berempah di atas meja tersebut.

"Err... Okay."

"Aku sebenarnya risau sakit perut lepas makan masakan dia tu." Monolognya.

"Bagus. Kalau dah siap nanti. Aku panggil kau." Kata RaSIS dengan bersemangat.

*

Dua jam lebih telah berlalu sejak pandangan Hanan tiba-tiba sahaja menjadi gelap. Dia juga dapat mendengar suara bising dan dirinya diangkat oleh seseorang tetapi dia tidak mampu membuka matanya. Tubuhnya juga rasa tidak bermaya pada ketika itu. Dia tidak tahu perkara yang telah berlaku pada ketika itu.

Inspektor Arman menggari tangan Fortino yang berada di dalam bilik operasi. Bilik itu menjadi tempat 'set up' permainan video tersebut. Fortino telah berjaya ditangkap kerana kecederaan yang dialaminya akibat tindakan Rem menembak Fortino pada  bahu kanan dan peha kiri. Fortino juga telah kehabisan peluru ketika pertempuran berlaku di dalam bilik tersebut. Tujuan Fortino ke bilik itu untuk memberitahu bahawa pihak polis telah masuk ke dalam bangunan tersebut. Namun, dia tidak tahu bahawa pasukan Rem dan Denny telah masuk ke dalam bangunan itu terlebih dahulu.

Reza pula cuba melarikan  diri tetapi tidak berhasil kerana Inspektor Arman berdiri betul di hadapannya ketika dia mahu menggunakan lif untuk turun ke tingkat bawah. Denny juga berada di situ kerana dia sedang mengejar Reza pada ketika itu.

Sudah tiada jalan untuk Reza melarikan diri. Dia juga tidak memiliki senjata. Pada masa itu sudah tiada sesiapa di dalam bangunan tempat kerja itu kerana semua pekerja sudah pulang pada jam 5:00 petang.

Ryzan yang berada di belakang Inspektor Arman tadi segera keluar dari lif dan menumbuk muka Reza. "Berani kau culik abang aku!" Tengkingnya yang terlalu marah terhadap perbuatan Reza kepada Hanan walaupun Fortino yang menculik Hanan.



A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now