BAB 2

270 29 0
                                    

Safuan baru sahaja menerima panggilan daripada rakannya. Dia mendapat laporan bahawa ahli GUARD sedang bergaduh kerana misi masing-masing. Tiada sesiapa yang tahu, majikan mana yang benar. Mereka juga lebih melihat kepada kejayaan misi dan wang. Hal ini telah menyebabkan ketua atasan terpaksa membuat soal siasat dan memberi hukuman disiplin. Misi mereka terpaksa digantung.

"Assalammualaikum? Kenapa nampak stress je? Ada masalah ke?" Syam bertanya sebaik sahaja dia tiba di situ. Syam duduk di sebuah kerusi bertentangan dengan Safuan.

"Waalaikummusalam. GUARD dalam masalah. Tadi Abang Jepp call. Dia beritahu GUARD bergaduh sesama ahli sebab tak tahu majikan mana yang betul." Beritahunya lalu mengacau kopi susu di dalam cawan menggunakan sudu. Cawan itu berada di atas meja.

"Maksudnya, antara dua majikan tu mesti ada yang jahat?" Syam bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Ya. So, Pakcik Luqman terpaksa buat hukuman disiplin dan mereka digantung dari misi sementara Pakcik Luqman siasat kes ni." Jelasnya.

Syam memegang dagunya seperti seorang penyiasat sedang berfikir. "Susah juga kalau macam ni. Kau tak ada apa-apa idea ke?"

"Tak ada."

Loceng kafe berbunyi menandakan pelanggan masuk. Pelanggan yang masuk itu kelihatan sangat kemas dan bergaya. Langkahnya terus menuju ke arah Syam dan Safuan. Mereka berdua melihat ke arah lelaki korporat tersebut.

"Sorry lambat. Tadi jalan sesak sebab ada kemalangan." Dia duduk di atas sebuah kerusi di sebelah kanan Syam. Tali leher dilonggarkan.

"Tak apa, Bray. Aku faham kerja kau. Sebab tu kau datang sini dengan pakaian smart macam ni." Kata Safuan yang memahami situasi rakannya itu.

"Thanks. Beri aku tarik nafas kejap. Penat berlari naik atas. Aku fikir aku dah lambat sangat."

Syam terketawa. "Tak payah tergesa-gesa la. Lunch je."

"Aku tahu la." Kata Bray.

"Bray. GUARD dalam masalah. Apa kita patut buat? Nak tolong atau biar Pakcik Luqman je selesaikan." Ujar Safuan dengan wajah serius.

Bray memberi fokus kepada Safuan dengan pandangan yang serius seperti dirinya di pejabat. "Apa masalahnya?"

*

Sebatang rokok dicapai lalu diletakkan pada bibir sebelum api dinyalakan oleh seseorang. Rokok dikeluarkan dari mulut dan asap dihembus keluar. Ketika ini, dia sedang bersandar di belakang sebuah bangunan. Di sebelah kanannya terdapat seorang lelaki asing warga Itali. Lelaki asing itulah yang menyalakan api pada rokoknya.

"Fortino. Kau dah siasat pengguna akaun BLACK_BOOK?" Soal lelaki tersebut dengan lagak seperti seorang ketua. Rokok diletak pada bibir selepas berkata sedemikian.

"Sudah. Tapi aku belum jumpa kedudukan dia. Nama tak dapat dikenal pasti sebab email yang digunakan tidak merujuk kepada nama." Jelas Fortino yang telah menggondam akaun Wattpad milik BLACK_BOOK.

Rokok dihisap seketika dan dikeluarkan kembali dari mulutnya. Asap dihembus keluar. "Apa nama email dia?"

"FutureTeller@gmail.com"

Dia terketawa selepas mendengar alamat email tersebut. "Dah periksa email tu?"

"Akaun email tak aktif. Maksudnya, email tu khas untuk guna akaun wattpad. Kalau dia guna email tu dalam telefon. Aku boleh cuba jejak. Aku dah periksa akaun Facebook, Instagram dan Twitter. Tak ada akaun BLACK_BOOK atau FutureTeller." Beritahu Fortino berdasarkan pencarian maklumatnya.

"Dapatkan maklumat tentang dia sebanyak mana yang boleh. Aku nak tahu kenapa dia boleh tahu tentang kes-kes tu. Future Teller? Heh, semua cerita dia tulis tu ada kaitan dengan orang-orang yang aku hantar." Katanya selepas merokok.

"Dia ada kuasa untuk lihat masa depan." Kata lelaki asing itu.

"Macam mana pula dengan bodyguard yang aku upah tu? Semalam bos deorang call aku. Tak sangka. En. Osman upah GUARD untuk lindungi dia." Puntung rokok dicampak ke atas tanah selepas selesai merokok.

"GUARD dah clear. Tak ada seorang pun yang tinggal. En. Osman pun dah tak ada bodyguard. Misi mereka digantung sebab bergaduh sesama sendiri." Katanya lalu mengeluarkan telefon pintar yang berbunyi sebentar tadi. Mesej diterima daripada seseorang.

"Misi digantung. Aku tetap kena bayar half gaji deorang sebab hampir sebulan deorang kerja dengan aku. Total semua sekali, setahun." Dia menjauhkan dirinya dari dinding bangunan tersebut.

"Kau nak aku carikan bodyguard baru ke?" Soalnya sebelum mesej dibaca pada telefon pintar.

"Aku rasa, upah assassin lagi bagus. Lepas tu, guna status bodyguard. Nanti apa-apa job, boleh guna deorang terus. Tak perlu aku bazir duit untuk dua jobs as an assassin and a bodyguard." Katanya sambil berjalan ke arah pintu belakang bangunan tersebut.

"Aku akan uruskan." Telefon pintar kembali disimpan selepas membaca mesej tersebut.

*

Bray bersandar pada kerusi sambil memikirkan masalah yang dihadapi oleh GUARD di dalam bilik kerja selepas dia tiba di AGENDA Corp. "Biarkan Pakcik Luqman siasat... Dia seorang? Boleh ke? Heh, tak sangka GUARD boleh jadi macam ni."

Pintu bilik diketuk. Bray segera melihat ke arah seseorang yang masuk ke dalam bilik kerjanya. Orang itu sempat memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Sebuah fail berwarna hitam diletakkan di atas meja bertentangan dengan Bray.

"Ni fail yang En. Badri minta. Ada apa-apa lagi ke?"

Bray mencapai fail tersebut lalu dia membuka fail itu. "Kopi."

"Okay." Katanya lalu segera keluar dari situ.

"Siasat... Macam mana kalau tubuhkan unit penyiasatan? GUARD ada unit penyiasatan ke? Aku patut tanya Pakcik Luqman." Monolognya lalu menutup semula fail tersebut.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now