BAB 27

190 20 4
                                    

"Untung mati hidup mati tiada."

Inspektor Arman menggaru kepalanya selepas berjaya menterjemah bahasa Raven berdasarkan maklumat rujukan daripada Red yang memperlajari kod Raven dan bahasa Raven. "Siapa yang mati? Siapa yang hidup?"

"Aku tak faham. Perkataan semua ni macam tak ada kaitan. Hidup lari tikam - Untung mati lari rakan tikam cantas. Apa henda ni?"

Kepalanya ditempatkan di atas meja. Dia mengeluh berat. "Aku tak boleh selesaikan kod rahsia dalam dokumen ni walaupun Red dah bagi bahan rujukan. Maknanya, aku kena tunggu dia lagi dua hari."

Kepalanya kembali diangkat dan dia bersandar. "Aku WhatsApp dia je la."

*

Mesej-mesej dibaca oleh seseorang sambil menghisap vape. Kemudian, mesej segera dibalas dengan pantas.

Tuan Arman : Untung mati hidup mati tiada. [Apa maksudnya?] Hidup lari tikam - Untung mati lari rakan tikam cantas.

Red : 84140 [Saiao] 176 - 847265 [Izu Sazrun]

Tuan Arman : Nombor? Macam mana boleh jadi perkataan?

Red : Bentuk nombor. Tapi huruf terhad kalau guna nombor.

Tuan Arman : Saiao tu nama orang ke?

Red : Tu nama pub underground. Biasanya tempat tu jadi kolam besar untuk proses jual beli dadah dan manusia.

Tuan Arman : Macam mana dengan Izu Sazrun?

Red : Dia ahli Black Book yang hilang dalam misi dan dijumpai mati sebulan kemudian. Kematian disebabkan sejenis dadah beracun. Masa tu dia sedang siasat maklumat rahsia seorang artis di Australia. Artis tu ada kaitan dengan pembuatan dadah. Tapi sekarang ni artis tu dah mati sebab overdos.

Tuan Arman : Ni kes bila?

Red : Tujuh tahun lepas.

Tuan Arman : Dah lama. Bila Black Book ditubuhkan?

Red : 15 tahun lalu.

Tuan Arman : 15 tahun? Masa tu saya dah berada di Malaysia. Hanan tak beritahu apa-apa pun.

Red : Black Book ditubuhkan masa zaman universiti dulu. Mula-mula dulu ada empat orang je ahli. Saya, Hanan, Izu dan Blue. Lepas tu, kitaorang cari ahli baru masa kemasukan pelajar baru atas nama Kelab Wartawan Bebas. Ahli kitaorang terdiri daripada pelbagai warganegara. Lebih daripada lima buah negara. Penulisan kami dalam blog atas satu nama BLACK BOOK. Tapi blog masing-masing. Ikut negara. Setiap negara ada satu platform. Contoh, Malaysia ada blog 'AKU MEMERHATI'. Semua ahli di Malaysia boleh tulis artikal dalam blog tu walaupun dia ada di luar negara sekarang ni. Kami berkongsi maklumat yang sama antara ahli di negara-negara lain. Walaupun sekarang ni masing-masing dah ada kerja sendiri. Jadi wartawan bebas ni hanya sebagai hobi kami. Tiada sesiapa yang memaksa. Tapi kalau ada misi penting. Kami akan bersatu semula dan ketepikan kerja lain seketika.

Tuan Arman : So, apa kerja kamu sekarang ni?

Red : 😉 Rahsia. Mana boleh beritahu. Nanti mengganggu kerja saya.

Tuan Arman : 😑 Saya ahli Aquilinae Empire juga, ya. Tak akan tak boleh tahu?

Red : 😜 Tapi bukan ahli Black Book.

Tuan Arman : 😑 Ya la. Siapa lagi yang ada di Malaysia ni selain kamu?

Red : Ramai. Kalau sebut nama pun, tuan tak kenal pun. Minggu depan Blue balik ke Malaysia. Boleh la kalau nak jumpa dia. Dia tu banyak maklumat. Ala~ dia tu penjelajah. Tanyalah banyak-banyak soalan dekat dia.😆

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now