BAB 18

183 28 3
                                    

Aryan kelihatan teruja melihat seseorang yang telah lama dia tidak jumpa. 15 tahun masa sudah berlalu sejak kali terakhir orang itu meletak jawatan sebagai King Of Aquilinae Empire di Australia.

Aryan cuba menahan perasaan teruja itu ketika Ryzan bersalaman dengan Inspektor Arman di dalam bilik mesyuarat. Di dalam bilik tersebut juga terdapat empat orang ahli pasukan Inspektor Arman yang bertugas untuk bekerjasama dalam menyelesaikan misi menangkap pembunuh bersiri tersebut.

Aryan tiba-tiba sahaja memeluk Inspektor Arman selepas salaman antara dua beradik itu dileraikan. "King Crown. Dah lama tak jumpa. Ingat saya lagi tak? Aryan Rizki. The Leader of Ghost Sniper. Kalau la saya tak terima tawaran King Crown dulu... Dunia saya dah gelap. Saya akan buat yang terbaik untuk misi-misi Aquilinae Empire."

"Aryan. Oi! Lepaslah. Kau tak sayang kepala ke, ha?" Tegas Inspektor Arman yang terasa malu terhadap perbuatan Aryan terhadap dirinya.

Aryan segera melepaskan pelukannya. Semua mata melihat ke arah mereka. Ryzan pula menarik telinga kanan Aryan. "Kau jangan berani peluk abang aku lagi kalau kau nak kepala kau selamat."

"Ala~ Gurau je." Dia mencebik sambil menahan kesakitan pada telinganya. Terasa seperti mahu tercabut telinga itu.

"Aryan. Dengar sini. Status aku di sini sebagai polis. Inspektor Arman. Kalau kau buat masalah dalam negara ni. Aku tangkap kau. Ini amaran sebab aku kenal sangat sikap kau sejak dulu lagi." Beritahu Arman dengan pandangan yang serius.

Aryan tidak berani bertentang mata dengan Inspektor Arman. "Okay."

"Silakan duduk. Kita akan mulakan meeting." Kata Inspektor Arman yang kembali tenang.

"King Crown?" Fikir beberapa orang anggota polis yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut sambil melihat ke arah Inspektor Arman.

*

Masing-masing keluar dari bilik mesyuarat selepas mesyuarat bersurai. Inspektor Arman dan Ryzan berjalan di hadapan Aryan ketika mereka keluar dari bilik tersebut. Dua orang anggota polis yang baru bangun dari kerusi mesyuarat sedang memerhati Aryan.

"Kenapa dengan dia tu?" Soal Kumar kepada Kim.

"Macam puppy. Dari tadi asyik tersengih-sengih tengok Inspektor Arman. Siap nak jadi suka rela untuk join misi sekali dengan Inspektor Arman. Dia sepatutnya dengan En. Ryzan."

"Tak loyal." Kritik Kumar lalu geleng kepalanya.

Sementara itu, Inspektor Arman pergi ke bilik ASP untuk berbincang berkenaan fail kes yang mereka bincangkan beberapa minit yang lalu. Ryzan dan Aryan pula sudah keluar dari balai polis tersebut.

"Aryan." Panggil Ryzan sambil membuka pintu pemandu.

Aryan terkejut. Dia terus melihat ke arah Ryzan. Kemudian, dia berlari menghampiri pintu penumpang hadapan. "Ya."

"Aku nak pergi makan."

"Tak nak ajak King Crr..." Kata-katanya terhenti tatkala dia melihat renungan mata dingin yang tajam itu.

"Abang Arman sibuk. Ingat. Inspektor Arman. Bukan King Crown. Hanya aku, King of Aquilinae Empire di sini." Katanya sebelum masuk ke dalam kereta.

"Master dah marah." Hatinya mula gelisah.

*

Satu das tembakan telah meretakkan cermin hadapan kereta mewah milik Ryzan yang dibelinya di Malaysia dan disimpan di apartmennya. Mereka berdua yang berada di dalam kereta tersebut terkejut lalu mengeluarkan pistol masing-masing. Tembakan tersebut berlaku ketika kereta dimatikan enjin di tempat letak kenderaan bertentangan dengan sebuah hotel.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now