BAB 36

185 22 0
                                    

Datin Baizura bertemu dengan Syam di dalam bilik Syam. Dia ditemani oleh Dr. Syamila yang berada di atas sofa di dalam bilik Syam. Ketika ini Datin Baizura berada di atas katil di sebelah kanan Syam. Dia baru sahaja selesai memujuk Syam untuk kembali ke dunia nyata selepas hampir dua minggu Syam menyorok di dalam dunia dalamannya.

Datin Baizura memeluk Syam yang menangis teresak-esak selepas menyedarkan dirinya. Syam menangis sambil meminta maaf atas perbuatan membunuh Majid tetapi Datin Baizura tidak mahu Syam mengingati hal tersebut.

Dr. Syamila menjadi saksi kejadian yang berlaku di hadapan matanya itu. Dia juga berasa lega kerana Syam telah kembali. "Terima kasih, Erzen. Idea kau sangat bernas." Monolognya.

"Mama."

"Ya, sayang."

"Syam takut."

"Jangan takut. Mama ada. Malam ni mama tidur di rumah Syam. Mama teman Syam." Kata Datin Baizura kepada anaknya.

Syam masih lagi dalam pelukan. Dia juga memeluk ibunya. "Terima kasih, mama."

"Sama-sama, sayang." Dahi anaknya dikucup dengan penuh kasih sayang.

*

Harris telah tiba di Malaysia. Dia dijemput oleh seseorang setibanya dia di lapangan terbang KLIA. Suasana di kawasan lapangan terbang tersebut diperhati olehnya sambil berjalan keluar dari bangunan KLIA.

Pada masa yang sama, Redzuan sedang menunggu seseorang di tempat duduk dalam bangunan KLIA. Wajahnya kelihatan bosan kerana sudah sejam dia berada di situ. Permainan video yang dia main juga telah banyak kali kalah kerana berada dalam tingkat kesukaran.

"Assalammualaikum?"

"Waalaikummusalam." Redzuan menjawab tanpa melihat ke arah orang yang berada di hadapan. Matanya masih lagi memberi fokus kepada permainan video di dalam telefon pintar. Dia masih mahu bermain permainan video tersebut walaupun sudah banyak kali kalah.

Telefon pintar dirampas oleh orang yany berada di hadapannya. Redzuan terus melihat ke arah orang tersebut.

"Lama mana lagi kau nak suruh aku berdiri dekat sini? Aku penat." Kata seorang lelaki Melayu yang kelihatan bergaya seperti anak orang kaya.

Redzuan berdiri dari kerusi. Telefon pintar miliknya dirampas kembali lalu disimpan ke dalam poket seluar pada sisi kiri. "Kak Intan mana?"

"Intan tak balik Malaysia. Pergi Jepun dengan kawan dia. Dia terjumpa kawan dia masa di Australia hari tu." Jawabnya.

Redzuan segera mencapai pemegang bagasi lalu mengheret bagasi tersebut pergi dari situ. "Jom balik. Aku kena masuk kerja lepas lunch ni."

Lelaki tersebut hanya mengekori Redzuan dengan senyuman. "Rumah okay?"

"O-okay."

"Ya?"

"Ya la. Tak akan aku nak tipu. Aku dah kemas semua."

"Kemas sebab dapat tahu aku nak balik sini?" Soalnya yang berjalan beriringan dengan Redzuan.

Redzuan melihat ke arah lain. Dia tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu. "Aku kemas minggu lepas lagi. Aku tahulah macam mana nak jaga kebersihan rumah. Kau ni sama je macam kakak aku. Asyik nak membebel je."

"Bilik kau mesti dah macam tong sampah, kan?"

"Erk? Mana ada. Bilik aku bersih la."

"Okay. Nanti aku cek."

Dia segera melihat ke arah lelaki itu. "Tak payah. Nanti hilang barang-barang aku." Tegasnya.

Lelaki itu mengeluh. "Aku dah dapat bayangkan situasi bilik kau."

*

Seorang lelaki kelihatan terkejut melihat bilik rakan serumahnya selepas dia memecah masuk bilik tersebut menggunakan kepakaran membuka kunci bilik tanpa anak kunci. Dirinya pula telah ditinggalkan oleh rakannya selepas menghantarnya pulang.

"OMG! Adik ipar aku ni. Bilik macam tempat pengumpulan sampah sarap. Macam mana dia boleh berjalan dalam bilik ni? Macam mana dia boleh tidur atas katil? Katil penuh dengan plastik makanan, majalah... buku porn pun ada. Girlfriend mana nak lelaki pengotor macam dia ni? Kakak, pembersih. Adiknya... Jauh beza."

Telefon pintarnya berbunyi. Dia segera mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. Panggilan dijawab. "Hello?"

"Hello, Syawal. Dah sampai Malaysia ke?"

"Dah. Awak pula?"

"Saya dah sampai Jepun. Sekarang tengah baring-baring atas katil. Duduk rumah kawan."

"Hati-hati tinggal di sana."

"Ya, sayang. Awak buat apa tu?"

"Kemas bilik adik awak la. Macam tempat pengumpulan sampah sarap dah ni. Baru tinggal rumah sebulan lebih. Ruang tamu, bilik mandi dan tandas je bersih. Bawah karpet ruang tamu dan bawah sofa saya belum periksa lagi. Awak macam la tak kenal dengan dia. Sorok sampah merata-rata. Ada juga rupanya doktor pakar berperangai pemalas macam dia tu. Saya fikir, sampai Malaysia. Saya nak rehat. Kalau macam ni..."

"Ish, budak ni. Menyusahkan orang je la. Kesian awak. Saya balik nanti, saya kerjakan dia. Buat masa ni, awak bersabarlah."

Syawal mengeluh. "Saya malas cari gaduh dengan dia. Tinggal serumah. Tak best bermasam muka. Lagi pun, hari-hari tengok muka dia dalam rumah ni."

"Saya kagum dengan awak. Kalau saya, biasanya saya rotan je dia tu."

"Budak-budak boleh la. Ni dah besar panjang. Ada akal. Nak rotan juga ke?" Katanya yang masih berdiri di hadapan pintu bilik Redzuan.

"Dah besar pun. Apa salahnya? Rotan dia dengan belakang pedang."

Syawal menepuk dahinya. "Awak ni. Mati juga adik awak tu nanti. Dah la. Saya nak kemas bilik dia ni. Awak tu jangan ganas-ganas sangat."

"Kalau saya tak ganas. Nanti saya kena culik, kena belasah atau kena ugut macam mana? Awak tak sayang saya?"

"Haih. Ya la. Ya la. Hati-hati."

"Okay. Nanti saya belikan hadiah untuk awak. Upah sebab jaga adik saya yang perangai macam sampah tu." Gadis itu ketawa.

Syawal bersandar pada bingkai pintu. "Terima kasih."

"Satu lagi. Saya nak cari Ryuu dengan Akari. Dah lama tak jumpa." Katanya dengan teruja.

"Ryuu?" Dia terkejut.

"Awak cemburu, ya?" Teka Intan yang merupakan isteri kepada Syawal.

"Awak jangan rapat sangat dengan dia tu. Awak pun tahu dia tu macam mana."

"Playboy tu best friend awak dekat sini. Tapi kalau bukan disebabkan dia. Awak nak tegur saya masa di kampus dulu ke? Mungkin saya tak join kelab Wartawan Bebas kalau dia tak suruh awak mengorat saya masa tu." Intan mengingkit masa silam mereka.

"Errr..."

"Awak pun patut melawat dia di sini. Mesti dia rindu awak."

"Tak ada maknanya dia rindu saya."

*

Seorang lelaki berbangsa Jepun masuk ke dalam sebuah bangunan novel. Ketika ini, banyak mata memberi perhatian kepada dirinya. Langkahnya berhenti di sebuah kaunter pertanyaan di tingkat satu.

"Good Evening, sir? May I help you?" Kata seorang wanita di kaunter pertanyaan tersebut.

"En. Syam Syahrul Azmi ada?"

"Dia cakap Bahasa Melayu la." Bicara hati wanita itu yang kelihatan terkejut.

"En. Syam tak masuk kerja hari ni. Ada hal penting ke? Kalau ada hal penting, encik boleh berjumpa dengan Dato' Azmi. Dato' Azmi, bapa kepada En. Syam." Jelas wanita itu dengan senyuman mesra.

"Okay. Saya nak jumpa Dato' Azmi."

"Sekejap, ya."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now