BAB 46

190 24 7
                                    

Syam memisat-misat matanya sebelum dibuka. Kemudian, dia duduk di atas katil dalam keadaan mamai. Selimut ditarik ke tepi sebelum dia turun dari katil dan terpijak sesuatu di atas lantai. Dilihatnya ke arah sesuatu yang telah dipijak olehnya itu.

"Uh?" Dia bercangkung dan mengambil benda yang dipijaknya tadi. Dia merenung ke arah benda tersebut sambil mindanya cuba memproses perkataan yang sesuai untuk benda yang dipegang olehnya itu.

Syam terkejut lalu mencampak benda tersebut ke atas lantai apabila mindanya telah berjaya menemui nama yang sesuai untuk benda tersebut. "Macam mana boleh ada bra dalam bilik aku? Aron bawa perempuan masuk dalam rumah ni ke?" Dia mula cemas.

Dilihatnya pula ke arah situasi di atas katilnya. Terdapat tujuh jenis beg kertas daripada tujuh buah kedai yang berlainan. Syam duduk semula di atas katil lalu mencapai beg-beg kertas tersebut. Isi di dalam semua beg kertas itu dikeluarkan.

"Tudung? T-shirt? Underware? Alat makeup? Apa semua ni?" Syam mula risau jika sesuatu yang dia tidak ketahui itu berlaku dalam kehidupannya.

"Syam. Relax. Jangan risau. Benda ni kita boleh selesai dengan tenang walaupun agak menyusahkan berbanding Aron." Nasihat suara di dalam mindanya, RaSIS.

"Apa maksud kau?"

"Alter baru. Sharon Rafael. Aku dah jumpa dia tadi. Perempuan." Jawab RaSIS.

"What? Macam mana boleh ada perempuan dalam badan aku? Apa aku nak buat ni?" Syam semakin cemas.

"Bro, relax la. Aduhai, dia ni. Wei, jangan la meroyan macam ni." RaSIS juga sudah mula tertekan terhadap sikap cemas Syam.

"Dia perempuan. Kau faham tak? Dia perempuan. Aku lelaki." Kata Syam kepada RaSIS. Wajahnya mula berona merah kerana berasa malu apabila dia terfikir tentang sesuatu yang agak memalukan.

"Aku faham. Dia pun ada beritahu aku. Dia tak suka pegang 'nun'."

"Nun?"

"Kencing la, doh!"

"Siapa suruh dia pegan? Arghhh! Aku malu." Wajah Syam ditutup pada bantal.

"Eh? Dengan alter sendiri pun nak malu juga? Bukan Enes yang..."

"Diam!" Syam menengking RaSIS.

"Tch! Dia ni kan. Eeeee... Geram pula aku dengan dia ni. Rasa nak sepak je muka tu." Kata RaSIS yang sudah marah terhadap sikap Syam kerana dirinya ditengking oleh Syam.

"Aku nak tidur. Diam!"

"Tidur la kau! Aku ada meeting Secret GUARD malam ni. Tidur! Jangan bangun sampai esok. Esok aku ada misi." RaSIS sengaja meninggikan suaranya sehingga Syam menutup kedua-dua belah telinganya.

"Bangang la kau ni, RaSIS. Sakit kepala aku!" Jerit Syam.

"Kau, ulat buku. Tidur! Cepat!" Arah RaSIS.

"Kau, vampire bertopengkan manusia. Diam!" Syam membidas semula kata-kata RaSIS sambil menarik selimutnya sehingga menutupi bahagian dadanya.

Ryuu terkejut tatkala dia melintasi bilik Syam untuk menuju ke biliknya di tingkat dua. Hal ini demikian kerana dia mendengar tengkingan dan jeritan Syam sendirian di dalam bilik tersebut. Ryuu mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik Syam.

"Syam. Okay ke?" Soal Ryuu kepada Syam selepas dia mengetuk pintu bilik Syam. Ryuu mula memanggil nama 'Syam' selepas Syam meminta untuk Ryuu tidak memanggil nama penuhnya seperti sebelum ini.

"Okay." Sahut Syam yang berada di dalam bilik.

Ryuu terus menuju ke arah biliknya selepas dia mendengar sahutan tersebut. "Dia seorang je dalam bilik tu, kan?" Soal Ryuu kepada dirinya sendiri.

A.K.U : BLACK_BOOKOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz