Episode 2

3.3K 248 1
                                    

Jari itu mengetuk-ngetuk meja tidak sabar.

Sementara tiga pelajar perempuan yang berada di depan mejanya di perhatikan dari balik kaca mata bingkai tebal bentuk separuh bulannya.

Seorang dari Puak Api Hitam. Seorang dari Puak Cahaya, Seorang lagi dari Puak Bulan. Yang mana masing-masing ditangkap kerana bergaduh di laman akademi. Mujur ada yang meleraikan pergaduhan itu. Jika tidak pasti ada yang maut.

Jadi anak muda ni, ada saja la halnya! Masing-masing nak tunjuk hebat. Tak lelakinya, Tak perempuannya. Semuanya sama. Tak ada beza.

"Hei...yang kamu bertiga ni nak berdiri sampai bila?Hah?Seorang pun tak nak mengaku siapa salah siapa?"tanya Master Loui kepada mereka bertiga. Haih...tak cukup-cukup! Letih betul dia!

Diane yang berada di tengah-tengah hanya mendiamkan diri. Kedua-dua tangannya mencengkam kuat kain skirt. Menahan rasa sakit yang dirasai. Lehernya yang mempunyai bekas sepuluh jari itu kelihatan lebam dan kemerahan.

Lalu Casia pun mengangkat kepala. Dia pandang Master Loui dengan kening berkerut kesedihan. "Master semua ni Luisa yang mulakan dulu. Sebelum pergaduhan pertama lagi dia kata ayah Diane adalah seorang pembunuh dan ahli sihir jahat. Diane tak suka Luisa cakap macam tu sebab tu dia tampar Luisa tapi Master-"mata Casia berkaca. Dia menoleh. Memandang keadaan rakan baiknya yang ada di sisi. "Tapi Master lebih percayakan Luisa dari Diane, jadi dia diamkan diri dan ambil hukuman."katanya tanpa alihkan mata dari Diane sewaktu air mata mengalir turun ke pipinya.

Luisa yang dengar mengangkat kepala. Dia pandang tidak puas hati ke Casia. Alah minah ni, buat drama pulak. Sibuk nak pertahankan anak setan ni buat apa!

"Kau diam! Apa aku cakap tak ada yang salahnya pun. Dah memang betul bapak dia ni pembunuh. Sebab bapak dia amalkan ilmu hitam terlarang kemudian buang isteri dan buang anak sendiri. Lepas tu bunuh ramai orang hanya untuk kuatkan kuasa dia...."ujar Luisa dengan nada benci.

Casia jengahkan kepala ke Luisa. "Kau tu cakap boleh tak fikir dulu. Yang salahnya bapak dia bukannya Diane. Yang kau nak hukum Diane kenapa!"bidas dia dengan marah. Mahu saja dia terkam Luisa ni.

Diane sikit pun tak cakap apa-apa. Dia dah tuli dengan semua tomahan yang sering di lontarkan terhadapnya sejak dia kecil sehingga la sekarang. Tuduhan dimana ayahnya seorang pembunuh. Orang yang telah mengorban nyara ratusan orang dan kehidupan.

Luisa berdengus menyampah lantas mencebik bibir seakan mengejek kata-kata Casia. Malas nak kecoh dekat situ, dia kemudiannya silangkan tangan ke dada dan kembali memandang Master Loui. Dia yakin lelaki ni akan berpihak padanya juga.

Master Loui tidak pedulikan akan perbalahan itu. Malah sejak tadi dia hanya fokus ke Diane. Dia hairan, kenapala gadis ini sikit pun tak nak cuba pertahankan diri sendiri sedangkan sah-sah dalam situasi ini Luisa yang salah. "Diane kamu tak nak kata apa-apa untuk pertahankan diri kamu lepas apa yang terjadi ke?" soalnya tak lama lepas tu.

Tidak menjawab persoalan itu, Diane hanya mendiamkan diri, dia termenung memandang lantai batu di bawah kakinya. Malas hendak ambil peduli. Dia penat!

Penat nak pertahankan dirinya yang tak pernah nak ada gunanya.

Luisa berpaling pantas ke Diane.

"Berani anak setan ni nak bukak mulut? Memang cari maut je la!Hukum je perempuan ni! Dia patut mati terus dari hidup! Dasar manusia tak tahu malu. Tak sedar diri tu anak pembunuh. Masih berani lagi jalan mendabik dada dengan latar belakang dia macam tu!" sambung Luisa lagi.

BAM!

Tak semena meja itu di pukul dengan Master Loui bila lelaki itu meradang dan menyirap dengan Luisa yang tak habis-habis nak keluarkan kata-kata hina terhadap Diane. Memangnya Diane buat apa pada Luisa sampai benci macam ni sekali Luisa terhadap Diane?

"Kamu diam Luisa!! Seteruk-teruk Diane lagi keji kamu! Tahu tak!" bentak Master Loui kepada Luisa sehingga membuatkan gadis itu terkedu membisu. Tegang timbul urat belirat dekat leher dan pelipisnya masa bersuara.Keluar dari bilik ni sekarangarah Master Loui sambil tunding jari ke arah pintu.

Luisa yang dengar terus memuncungkan bibir lalu menghentak kaki kerana tidak puas hati. Dia pandang kesal ke Master Loui lalu berpaling dari situ dan sempat juga dia langar bahu Diane semasa mahu pergi.

Setelah itu, Casia pun mendapatkan Diane. Dia peluk lengan Diane sebelum membelek keadaan rakannya dengan air mata di pipi. Bila la nasib Diane akan terbela dan tidak lagi di sakiti! Di usap tepi lengan tu dengan kasih.

Master Loui lepaskan keluhan letih sebelum berkata saat memandang Diane. "Diane, mulai esok kamu di denda kerana berkasar. Bersihkan makmal posyen dan bangsal rumah hijau selama seminggu."arah Master Loui dengan keluhan kesal.

Diane yang dengar mengangkat kepala sebelum mengangguk kepala sekali kepada lelaki itu sebagai tanda hormat. "Baik."sambutnya dengan perlahan kerana lehernya sedang dalam keadaan sakit yang amat sekarang ni.

Mendengar balasan itu, Master Loui kemudiannya bangun dari situ lantas bergerak mahu turut keluar dari situ.

Casia menggeleng saat memandang langkah Master Loui yang berlalu keluar dari pejabat itu. Dia tak nak Diane di hukum. Tapi nak buat macam mana. Dah Diane sendiri diamkan diri tak nak cakap apa-apa. Tiada apa-apa lagi yang dapat dia katakana.

Seinci sebelum Master Loui hendak memegang tombol pintu masa itu la suara Casia menjerit kedengaran di belakang.

"Diane!Ya Tuhan! Kenapa dengan kau ni!"

Terkejut dengan suara cemas itu, Master Louis dengan laju berpaling ke belakang lantas ternampak, Casia yang sudah terduduk di lantai sambil memangku Diane yang tidak sedarkan diri di atas riba.

Master Loui yang lihat itupun berlari mendapatkan dua orang dengan segera.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now