Episode 5

2.7K 234 0
                                    

Selama beberapa hari ini, mereka tidak disapa dengan bunyi gemerincing loceng seperti biasa yang mereka dengar sebelum ni sejak berita mengenai kes dimana Luisa dan Diane saling bercakaran tak lama hari tu terjadi.

Ingatkan hari mereka akan tenang selepas itu, tapi tidak. Sebaliknya, bunyi loceng itu kedengaran lagi.

Kelincing!

Kelincing!

Beberapa kepala berpaling ke arah punca bunyi tu. Cuba cari dimanakah orang tersebut. Sekali bila mereka pandang dan pandang, muncul la, gadis berambut panjang berambut hitam berkilat jalan merentasi koridor dari hujung itu disamping rakan baiknya di sisi.

Bunyi ni bukannya datang sebab orang tu pakai gelang atau rantai berloceng. Tapi bunyi ini datang dari tenaga atau kuasa yang dimiliki oleh orang tersebut. Dan bunyi ini bukan semua orang boleh dengar dan bukan semua orang boleh rasa. Hanya mereka yang terpilih saja dapat merasainya.

Dan mereka yang dapat dengar bunyi ini digelar sebagai The Knight. Kesatria yang terpilih untuk menjadi pelindung pemilik bunyi yang mereka dengar. Dan Knight yang terpilih bakal memiliki kuasa yang tertinggi. Tapi bukan boleh jadi Knight macam tu saja. Ada pro dan kontranya untuk jadi kesatria ini. Dan ia bukan suatu yang menyeronokkan atau mudah.

Mereka yang ada di sini tahu tahu mengenai kisah silam orang ini, jadi bukan begitu saja mereka nak akui yang mereka adalah knight orang tersebut.

Dua orang itu kemudiannya berhenti di depan lokar kepunyaan masing-masing.

Rambut hitam berkilat itu perlahan-lahan bertukar warna menjadi merah apabila Diane melihat susuk kelibat Luisa tidak jauh di mana lokarnya berada. Perempuan tu kan! Ada je la dekat mana dia berada. Semak betul! Siram dengan posyen tranfigurasi tikus baru tahu! Biar menciut macam cencorot, padan muka ahli sihir mulut ular tu!

"Hi...awal-awal pagi lagi aku kena pandang dia. Sakit mata betul"keluhnya semasa membuka lokar. Mengambil buku untuk subjek seterusnya nanti iaitu kelas Sihir Ilmu Hitam.

Casia jengahkan kepala dari balik pintu lokarnya. "Siapa?"tanya dia ingin tahu sewaktu memandang Diane.

"Siapa lagi kalau bukan Luisa tu..."keluh Diane dengan malas.

Casia gerakkan kepala dia ke arah dimana Luisa berada lepas tu. Pandang saja ke perempuan itu, Luisa sedang ketawa bersama rakan sedivanya. Lalu Casia kembali memandang Diane sambil tangannya sibuk mencapai barang dalam lokar. "Sabarlah Diane. Kau gaduh dengan dia pun tak ada gunanya. Lagipun Doktor Abiel kan dah pesan kau kena rehat. Kenapa beria nak masuk kelas...parut dekat leher kau pun belum hilang lagi. " katanya sambil mengerling ke kesan seakan terbakar di leher Diane.

Diane menutup pintu lokar itu bersama pena, kertas dan buku teksnya berada dalam pelukan lengan kirinya. Lalu dia buat muka 'ada aku kisah' pada Casia.

"Parut je"balas Diane sewaktu berpaling dari situ lantas gerak mendaki tangga bersama Casia di sisi.

"Kau tahu, Master Loui jumpa aku, dia beritahu aku kalau kau dah sedar kau kena jalankan hukuman tu atau kau kena penalty.."beritahu Casia semasa mereka berdua daki tangga dengan serentak dan langkah yang seragam.

Diane tunduk memandang anak tangga terakhir yang di jejak sebelum membelok ke kanan diikuti Casia. "Hm. Yalah aku buat nanti bila ada masa."jawab Diane selamba.

Casia yang dengar memegang lengan Diane, menghalang gadis itu dari terus melangkah. Dia pandang muka tu dengan kening berkerut risau. "Diane..."panggilnya perlahan.

Diane menghadap Casia setelah badannya digerakkan oleh Casia dengan perlaham. ".Apa?"tanya Diane dengan kening berkerut juga. Ini mesti lain tak bukan nak membebel pada dia. Kalau dia ada ibu, agaknya macam ni rasanyakan bila di leteri? Rimas dan jengkel pada masa yang sama rasa seperti diambil peduli.

Cengkaman pada lengan itu di lepaskan dia sebelum berkata. "Kau ni...cubalah pertahankan diri sikit. Jangan la sentiasa mengalah. Nanti...kalau aku dah tak ada dekat sisi kau lagi macam mana?Siapa yang akan jaga kau?Siapa yang akan rawat kau?Sekurangnya kalau kau tahu nak lindungi diri kau, tak adalah aku risau"pesan Casia dengan nada perlahan dan lemah lembut.

Terkesan dengan pertanyaan itu, Diane hanya tersenyum senang. Ya, dia tahu. Sepanjang masa ni dia pun ada fikirkannya jugak. Tapi belum tentu lagi hal tu akan terjadi kan. Jadi dia tak nak la fikir banyak. Sebab itu dia bersahaja dan tak kisah kalau orang kecam dia ke apa.

Sambil tersenyum, dia merangkul bahu Casia. "Alah, kau ni risau sangat la. Cuba relaks. Tahu la aku nak uruskan diri aku. Walaupun satu hari nanti kau tak ada...aku masih boleh survive.."jawab Diane dengan ceria. Tak nak nampakkan dia bersedih dengan kemungkinan itu.

Yalah, selain Casia, dia mana ada sesiapa dekat dunia ni.

Casia menolak tangan Diane turun dari bahunya. Dia buat muka kesal dan jengkel. Diane ni tak boleh serius tau kalau dia tengah cakap benda penting macam ni. "Macam mana aku tak risau. Yang kau tu suka sangat biarkan orang lain sakiti diri kau tu kenapa"sungut Casia dengan mulut muncung ke depan.

"Ahahah...kau ni. Banyak sangat la fikir. Kau sendiri tahu kan kenapa. Tak ada hal la.."Diane merangkul lengan Casia pula. "Tak apa aku kuat. Cuma aku tak tunjuk. Kau sendiri tahu kan..."seloroh sambil jungkit-jungkit keningnya.

"Malas la cakap dengan kau. Langsung tak boleh nak dengar cakap kalau di pesan."Casia mencebik menyampah.

Sambil ketawa terpaksa, Diane pandang ke depan lalu berkata dengan nada ceria."Wei malam ni kita turun pekan nak tak?"ajak dengan nada perlahan.

"Hah?Pekan?Buat apa?"bisik Casia pula. Takut kalau ada yang dengar.

Sambil tarik sengih jahat, Diane pandang ke sisinya lalu berbisik ke telinga Casia. Tak lama Diane berbisik, Casia yang berwajah serius membuat muka suka. Lalu dia mengangkat thumbs up kepada Diane. Senang kerana Casia setuju, Diane ikut buat thumbs up!

Mereka berdua kemudiannya berpisah arah kerana menghadiri kelas yang berlainan. Diane yang merupakan pelajar dari Puak Cahaya berlainan dengan Casia yang merupakan pelajar Puak Bulan.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now