Episode 50

1.7K 157 1
                                    

Dia menunggu dengan tidak sabar. Melihat bungkusan roti sandwich itu dengan dada berdebar. Tinggal dua sahaja lagi. Mudah-mudahan tiada yang ambil. Air kotak perisa epal di capai lalu di letakkan ke dulang.

Sedang baris itu perlahan-lahan bergerak menghampiri kaunter, seseorang berdiri di sisinya lalu menarik dulang dari tangannya. Diane yang terkejut dengan hal itu pun palingkan kepala ke sisi. Memandang orang di sebelahnya dengan kening berkerut.

"Hai....kita jumpa lagi."sapa Frost dengan senyuman boyish di bibir.

Diane pandang sekejap muka handsome Frost lalu pandang ke depannya semula. Macam mana la dia boleh bertembung dengan Frost pulak ni. Susah payah dia cuba elakkan diri dari bertemu dengan lelaki ni. Nak apa lagi la."Hai." balasnya dengan pendek tak berminat.

Frost melentokkan kepala saat cuba memandang wajah Diane yang sepertinya tidak mahu memandang atau hiraukan dia di sebelah ni. "Mana kau dah pergi?Ingat ya kau ada hutang dengan aku.."ujarnya sambil mengambil buah epal dari bakul di situ lalu di letakkan ke dalam dulang Diane.

Sambil menyilang tangan ke dada, Diane berkerut kening sewaktu melihat belakang badan Kaiser. Berharap lelaki tu akan menoleh dan bantu dia supaya dapat jauhkan diri dari Frost. Tolong la! Kaiser toleh ke belakang ni hah!

"Hutang apa?"dalih Diane sambil melirik ke Kaiser yang begitu khusyuk memilih makanan. Langsung tak sedar yang dia bersama dengan lelaki menakutkan di sisi. Ugh...pergi la dari sini. Jauhkan diri dari dia! Cemas la dia!

Frost merangkul bahu Diane dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi memegang dulang. Lelaki itu mendekatkan bibirnya ke telinga Diane. "Jawapan."bisiknya.

Diane yang berasa kegelian taktala nafas tu menyapa telinganya, menolak Frost agar jauh darinya."Tak ada jawapan. Itu jawapannya." Diane merampas dulang itu dari tangan tersebut dan bergegas untuk ke Kaiser.

Frost yang ditinggalkan dekat belakang berdiri dekat situ sambil perhatikan Diane. "Kalau macam tu selagi kau tak beritahu aku jawapannya. Selagi tu aku akan jumpa kau Diane Eliane!"laung dia dengan kuat.

Diane yang terkejut terus berlari ke arah Kaiser. Menyorok di depan badan lelaki itu saat lelaki itu sedang memegang penyepit hendak meletakkan makanan di pinggan.

Kehadiran Diane tidak di pedulikan Kaiser, malah lelaki itu sikit pun tak tunjukkan reaksi terganggu bila kepala Diane halang dia untuk tengok makanan di situ. Dia hanya ambil makanan di situ dengan bersahaja.

Diane mencuri pandang Frost dari bawah lengan Kaiser. Menakutkan betul Frost ni. Tak faham Bahasa apa. Tak nampak ke dia tak berminat untuk berada dekat dengan lelaki tu. Masih jugak nak mendesak. Kalau dah tak suka buat la cara tak suka. Bukan menghantui dia siang dan malam untuk soalan yang dia tak boleh nak jawab secara terang-terang. Gila !

Kaiser bergerak ke depan, diikuti Diane yang tanpa sedar mencubit belakang baju lelaki itu. Jalan sambil tunduk memegang dulang sebelah tangan.

"Ini sahaja?"tanya makcik elf di kaunter pembayaran.

Kaiser melirik ke dulang Diane lalu mengangguk kepala selepas pandang makcik elf di depannya. "Epal sebiji, air kotak epal satu, sandwich satu, spageti bolgne pudding coklat." sebut Kaiser.

Makcik Elf tu pandang dan dengar dengan teliti akan Kaiser sebelum mengangguk kepala. "Semuanya 5 keping syiling gangsa..."ujarnya setelah itu.

Kaiser pun mengocek poket seluarnya lalu menyerahkan dua keping emas kepada makcik elf itu.

Melihat dua keping syiling emas tersebut, Makcik elf itu memandang terkejut ke Kaiser. "Banyak sangat ni!"gumamnya di balik nafas.

Kaiser hanya beri senyuman nipis sebelum beredar dari situ dan mendekati meja bersebelahan tingkap dewan. Disebabkan dia dapat rasakan tarikan yang dirasai pada baju di belakang ianya membuatkan Kaiser menarik tangan itu agar orang itu bergerak ke depan bersama-sama dengannya.

Diane dekat situ ikut patuh tanpa berkata apa-apa setelah Kaiser memegang pergelangan tangannya.

Setiba mereka di meja, Kaiser menarik kerusi dan mendudukkan Diane di kerusi itu sebelum dia duduk di kerusi berhadapan Diane. Tanpa bersuara lelaki itu makan sambil melirik ke satu arah di mana orang itu sedang menjeling ke arahnya.

Dia tak perlu dengar apa-apa dari Diane sebab dia boleh dengar dan baca apa yang bermain dalam fikiran Diane. Sebab itu Kaiser tak berkata banyak setiap kali Bersama Diane. Dia hanya cakap bila perlu sahaja.

"Makan Diane.."minta Kaiser bila perasan Diane kelihatan terganggu dekat situ. Macam cacing kepanasan.

Diane tersentak. Dia pandang terkejut ke Kaiser lepas di tegur tu. "Ah..ya.."balas Diane sambil teragak-agak hendak capai makanan di dalam dulang tu.

Kaiser yang tidak sabar memerhati tangan Diane pegang makanan itu pun gerak mencapai garfu dalam pinggan spagetinya lalu mencucuk bebola daging dari hidangannya lalu di sua ke depan mulut Diane. "Nah makan ni"ujarnya setelah itu.

Bulat mata Diane masa pandang bebola daging di depannya. Lalu dia pandang ke Kaiser pula. "Huh?"bingungnya. Gemar sungguh Kaiser menyuap dia makan. Ingat dia Budak kecik ke!

"Makan ni.."ulang Kaiser dengan nada mendatar. Dia pandang muka Diane dengan renungan 'kau macam-macam, siap' pada DIane sambil tu.

Tak tahu nak bagi reaksi apa, Diane buka mulutnya lalu gigit penuh bebola daging dengan perasaan malu. "Terima kasih."ucapnya sambil kunyap dengan mulut yang penuh.

Kaiser tidak membalas, dia kembali tunduk untuk mula makan.

Sementara Diane curi-curi pandang ke satu arah dimana Frost sedang perhatikan dia dari jauh dengan renungan laser lelaki tu.

Bila Diane terpandang mata Frost, dia cepat-cepat palingkan kepala ke Kaiser dan kunyah makanan dalam mulutnya laju-laju. Seram!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now