Episode 53

1.6K 147 0
                                    

Buku merah yang berada di rak itu ditarik keluar sehingga menyebabkan dua buku berdekatan dengan buku itu ikut jatuh ke lantai. Bersama keluhan letih, dia pun tunduk hendak mengutipnya.

Namun taktala dia hendak tunduk masa itu jugakla ada tangan lain terlebih dahulu bantu dia mengutip buku-buku tersebut.

Dengan kening terangkat, Diane berdiri tegak semula sambil memandang buku yang di sua kepadanya setelah itu. "Terima kasih"ucapnya sambil memandang orang yang menyua buku kepadanya. Dan bila dia bertentang mata dengan matanya, terus dia rasa bahang disekitar leher dan mukanya.

"Sama-sama."balas Casia dengan ceria. "Ahaha...tak sangka. Kita berjumpa lagi."ujarnya dengan suara separa berbisik. Tak berani kuat-kuat memandangkan mereka berada di dalam perpustakaan sekarang ni.

Diane hampir saja hendak terpa Casia dan peluk badan tu. Tapi dia kakukan saja dirinya di situ sambil pandang Casia dengan hati yang hiba. Dia gembira dapat bertemu dan mendengar suara ni semula. Namun dia tak boleh berbuat apa-apa selain berdiri dan pasang muka tak ada ekpresinya. Dia tak boleh buatkan Casia rapat padanya semula.

"Ya.."balasnya dengan pendek. "Saya kena pergi.."pamitnya lekas-lekas kerana takut air matanya tumpah di situ jugak. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa rindunya dia pada rakan baiknya yang satu ini. Berbulan lama dia perhatikan dari jauh saja sebab tak berani nak dekat. Sakit hatinya waktu ini cuma dia sahaja yang tahu. Betapa peritnya berpura-pura tidak kenal sedangkan sudah kenal lama.

Casia yang ditinggalkan itu hanya perhatikan langkah Diane dengan kening berkerut seakan bersedih. Dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa macam ni, tapi macam ada sesuatu yang buatkan dia mahu dekat pada Diane.

Ketika Diane jalan melintasi rak di situ, satu tangan keluar dari celah rak dengan mengejut sebelum Diane ditarik masuk ke dalam satu daripada lorong di celah rak di situ.

"What the-"pejam Diane lepas belakang badan dia terhantuk pada rak buku di situ dengan tiba-tiba. Sampai tak sedar buku yang dia pegang ikut terlepas dari tangannya. Berasa jengkel dengan tindakan orang yang tarik dia, Diane memandang orang yang ada di depannya dengan kening berkerut.

"Tengok...aku jumpa kau lagi. Kan aku cakap selagi kau tak beritahu jawapan tu aku akan cari kau." bisik Frost di depan muka Diane sambil meletakkan tangan dekat tepi kepala tu.

Tak habis-habis betul la Frost ni!

Diane memandang geram. Dia tak melawan, tapi hanya berdiri di situ dengan tangan bersilang di "Kalau saya beritahu adakah awak akan berhenti menganggu saya?"tanya dia sambil tu.

Frost lentokkan kepalanya ke kanan. "Bergantung pada jawapan yang kau berikan pada aku."katanya sebelum tersenyum.

Diane palingkan kepala ke kanannya selepas itu. Matanya di pejam seketika, cuba nak kawal diri supaya tidak melenting dalam perpustakaan ini. Lama-lama macam ni dia boleh break down dan menangis jugak nanti. Kenapa la Frost tak reti nak mengalah. Dah dia tak nak beritahu. Ya biar kan. Kenapa nak desak dia jugak. Suka ke tengok dia jadi seorang yang lemah dan kuat menangis!

"Diane..."panggil Frost dengan perlahan lepas nampak Diane pejamkan mata tak nak pandang dia.

Diane pun membuka matanya. Dia pandang nekad ke satu arah sebelum palingkan kepala ke depan semula. Fine...kalau Frost nak dengar sangat. Dia akan beritahu. Dan lepas ni kalau lelaki ni tak faham-faham jugak. Dia tak tahu nak cakap macam mana lagi. "Awak nak tahu kenapa?"tanya dia dengan nafas naik turun mahu menangis.

Frost mengangguk kepala. "Ya.."

"Sebab awak tak bersalah."sebut Diane perlahan. "Sebab awak tak bersalah la saya selamatkan awak. Ayah saya yang buatkan awak jadi macam ni...jadi saya tak nak berhutang nyawa dengan orang lain gara-gara tindakan ayah saya."jelasnya dengan sebak. Sumpah dia sedih sangat! Tapi ditahan sedaya upayanya!

Frost yang dengar terpaku memandang mata Diane. Dia terkejut sebab Diane menganggap dia macam tu sekali lepas apa dia telah lakukan pada Diane.

"Awak dah dengar kan. Sekarang tepi. Saya ada kerja yang nak di buat"Diane cuba tolak tangan Frost yang memagari dia jatuh ke bawah untuk pergi dari situ.

Jatuh saja tangannya ke bawah, Diane gerak hendak pergi dari situ, tapi dia halang dengan mencengkam lengan tu cepat-cepat. "Kalau sekarang.kau masih anggap aku tak bersalah ke?"tanya dia sambil pandang belakang kepala Diane dengan kening mencerlung.

Diane merenggus. Tengok...dah agak punya. Sama je la kalau dia beritahu atau tak, Frost tetap berkeras untuk bertanya hal yang lain pada dia. Baik tak payah beritahu langsung! "Kan saya dah beritahu jawapannya jadi urusan kita dah selesai. Lepas ni jangan jumpa saya."dengan sekuat hatinya dia menarik lengannya dari di pegang.

Berkeras tidak mahu melepaskan Diane, Frost tarik Diane supaya berpaling menghadapnya semula. "Beritahu aku dulu!"tegasnya semasa mereka berdua saling bertemu muka.

Diane balas renungan itu dengan yakin, membuatkan hidungnya bertemu dengan hidung Frost. Mata bertentang mata. Kalau ini yang Frost nak dengar...sangatdengarkan elok-elok. Dan dia tak peduli sama ada dia menangis depan lelaki ni dan nampak lemah atau tidak.

Dia dah fed up!

"Ya..awak bersalah!"lafaz Diane dengan tegas. "Sebab awak saya kehilangan satu-satunya rakan baik saya dekat dunia ni.sebab awak buat hidup saya terseksa dengan mengenangkan orang yang tidak bersalah mati kerana saya...sebab awak la hidup saya tak tenteram lagi.sebab awak saya tak boleh nak percayakan sesiapa..."desis Diane. "Semua itu buatkan saya bencikan awak!!Memang ayah saya salah...tapi bukan saya yang bunuh keluarga awak atau sakiti mereka...tapi kenapa awak balaskanya kepada saya.cuba awak letakkan diri awak dalam posisi saya. Apa awak rasa bila orang yang kita suka khianati kepercayaan yang kita dah bagi dekat dia.."luahnya dengan air mata bergenangan di kelopak.

Perlahan-lahan tangan yang mencengkam lengan Diane jatuh ke sisinya. Frost pandang bungkam ke wajah kecewa Diane. Maknanya selama ni Diane sukakan dia. Tapi dia hanya berpura-pura. Dan sekarang bila dia mahukan Diane, semua yang dia lakukan telah burukkan lagi keadaan?

"Awak dah dengar. Jadi berhenti ganggu saya mulai hari ni.."minta Diane dengan kening berkerut terdesak. "Tolong...saya merayu."lafaznya sebelum berpaling pergi dari situ dengan air mata berlinangan di pipi.

Berdiri kejung Frost dekat situ sambil termenung memandang lantai di bawah kakinya. Kedua-dua tangan di gengam erat. Hatinya ikut bersedih dengan apa yang di dengarnya sebentar tadi. Sungguh dia amat menyesal sekarang ini. Kalau la dia boleh putar balik masa dan elak semua itu dari terjadi!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now