Episode 7

2.4K 211 0
                                    

Tengah malam berlabuh

Udara dingin berembun.

Malam pula sudah menjadi hening.

Bunyi cengkerik menyanyi dan sunyi malam saja yang kedengaran sepanjang laluan kecil menuju ke akademi itu.

Namun suasana hening itu diganggu dengan suara orang menyanyi kedengaran dari balik kegelapan. Mula-mula kelibat kemudian dua bayang muncul mendekati pintu masuk akademi dengan keadaan terhuyung hayang.

Sekejap ke kanan sekejap ke kiri, ada masa tu hamper nak terjatuh pun ada. Tapi dua orang itu stabilkan diri dengan begitu bergaya sekali.

Tangannya terdepa ke udara tanpa sedar taktala kepala otaknya dikelabut dengan fikiran yang tidak jelas. "Row row row your boat deep down the stream..."nyanyi Diane dengan suara mamainya tidak sedarnya.

"SsshhShh, nanti ada orang dengar."desis Casia sambil letakkan jari dekat depan mulutnya sebelum dia ikut menyanyi juga..

Diane ketawa kecil sehingga membuatkan dia hilang keseimbangan sebelum terpelecok dan jatuh terduduk bersama Casia dekat atas rumput depan laman bangunan asrama. Terbaring je dekat situ, mereka berdua berdekah-dekah ketawa tanpa sebab.

"Hah.."hembus Casia dengan lega sebaik terbaring di atas rumput itu diikuti Diane di sisi.

Tanpa sedar, mereka berdua diam dan termenung memandang langit malam yang berbintang atas mereka tanpa berkata apa-apa buat sementara waktu. Tenggelam dalam lamunan masing-masing.

Tak lama lepas, Diane ambil keputusan untuk bersuara. "Banyaknya bintang malam ni. Kau rasa nak hujan ke?"tanya dia sambil mengangkat tangan ke udara. Cuba mengengam capai bintang di langit itu. Alangkah indahnya hidup sekiranya benar bintang boleh digapai. Akan dia gunakan hayat bintang tu untuk lanjutkan usia sesiapa saja yang sepatutnya ada di sisinya.

Lepas tu Casia melepaskan keluham panjang. Dia pandang sedih ke langit tu seperti mahu menangis. "Bulan tak ada malam ni sedihnya"komenya pula. Langsung tak dapat proses apa yang Diane baru tanyakan dia sebentar tadi.

"Wei..."panggil Diane dengan mata sekejap-sekejap terpejam mata tertutup. Namun dia gagahkan jugak matanya supaya tidak terlelap masa ni.

"Mm."balas Casia yang sedang mamai itu dan matanya sudah mahu terkatup hendak tidur. "Kenapa?"

Dengan mata berkaca, Diane tenung ke bintang yang berkerlipan dekat langit malam tu sambil tersenyum senang. "Kau rasakan kalau Puak Alam dengan Sihir bertembung apa akan berlaku?"tanya dia dengan nada mengantuk.

Casia menjungkit bahu. "Entah la...mungkin orang tu akan mempunyai kuasa yang lebih hebat?"jawabnya acuh tak acuh.

"Salah....jawapannya ialah, jadilah aku. Haih kau ni, apa lah"jawab Diane dengan ketawa kecil sebelum senyuman di bibirnya perlahan-lahan pudar. Ha'ah...jadi la dia, anak yang membawa malang pada kehidupan masa hadapan termasuk terhadap ibubapanya sendiri.

Terus Casia buka mata dia sebelum berkerut kening, dia palingkan kepalanya ke sisi lalu memandang tepi wajah Diane. "Kau...."panggilnya dengan meleret. "Kau teringatkan ibubapa kau ke Diane?"tekanya. Biasanya Diane kalua dah merepek meraban ni mesti pasal ibubapa. Kalau tidak mananya kawannya ni nak mengarut.

"Tak adalah...aku cuma tertanya-tanya. Apa alasan sebenar ibu aku tinggalkan aku Bersama dengan ayah aku sampai buatkan ayah aku digelar sebagai pembunuh dan penjenayah terbesar?"soal DIane dengan nada lirih dan perlahan. "Dan letakkan aku dalam situasi ni?Kalau dia orang tak nak aku, kenapa biarkan aku hidup...kalau cuma nak buat aku terseksa dengan menanggung salah dia orang baik aku mati..."luahnya lagi.

"Hm..."hela Casia semasa kembali memandang langit. Kepalanya yang sedang berpusing-pusing itu membuatkan matanya berat mahu tertutup."Aku tak tahu Diane. Dan aku harap aku boleh bantu kau untuk hilangkan semua ni....tapi aku tak mampu...apa aku mampu hanyala jadi teman bila kau memerlukan je."jawabnya.

Diane mengiring ke kanan sebelum memeluk tubuh Casia. "Aku tahu."ucapnya semasa menyandarkan kepala ke bahu Casia lalu melelapkan mata."Aku percayakan kau."ucap Diane perlahan sewaktu terlena. Casia turut perlahan-lahan memejam mata.

Di bawah langit malam, dua orang itu terbaring tidak sedarkan diri di atas laluan pejalan kaki depan akademi, lena diembun bayu malam. Tidak lama dua orang itu terlena. Muncul bayang hitam menyelindung kedua-dua orang yang sedang lena itu dari atas.

Dalam sekelip mata bayang tersebut kemudiannya menghilang bersama dengan dua orang tadi dalam kegelapan malam. Tidak lama kemudian tiga tahi bintang meluncur laju di langit malam sewaktu bayang itu Lenyap Secara TIba-Tiba dari situ.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now