Episode 90

1.5K 132 0
                                    

10 tahun kemudian..

Jauh dari kawasan lapang, pergunungan yang biasanya bersalji dan tidak berpenghuni itu kelihatan harmoni dengan suasana hutan yang menghijau, tumbuh-tumbuhan menjalar mekar menghiasi setiap tanah yang ada. Di sebalik gunung itu tinggalnya penempatan sebuah puak yang hidup aman dan harmoni tanpa peperangan dibandingkan dengan tempat lain, kawasan itu adalah paling selamat dan selesa untuk di huni. Malah penduduk dari puak berlainan turun berpindah ke situ.

Semua mata terarah pada wanita yang jalan sambil memegang pasu berisi pokok bunga ros. Melihat orang itu senyuman pasti akan terukir di bibir tanpa sengaja.

"Selamat petang Diane."sapa penjual buah apabila wanita yang memakai dress labuh warna biru gelap dan bersanggul tinggi itu.

Anak rambut yang menutupi matanya di selak ke belakang telinga. "Selamat petang"balas Diane sewaktu dia memandang ke arah penjual buah itu.

"Hai...."sapa seorang kanak-kanak dengan kalungan bunga kecil di tangan."Ini untuk Master."sua kanak-kanak perempuan itu kepada Diane.

Diane yang lihat terus bercakung depan kanak-kanak itu lalu tunduk membiarkan kalungan bunga itu di atas kepalanya.

"Terima kasih."ucap Diane dengan senyuman di bibir.

"Ahaha...sama-sama. Terima kasih dekat master jugak kerana izinkan saya dan keluarga saya menetap di sini.."kanak-kanak perempuan itu kemudiannya mengucup pipi Diane sebelum berlari dari situ.

Bersama senyuman senang di bibir dia bangun dari situ memerhati langkah kanak-kanak tersebut. Pejam celik sudah bertahun rupanya. Dan sampai sekarang dia masih teringat akan semua yang terjadi.

Diane kemudiannya melangkah pergi keluar dari kawasan penempatan itu. Berjalan naik mendaki bukit untuk berada di puncak di mana tempat dia bertapak sewaktu kali pertama tiba di sini.

Tempat yang telah menjadi pusat teras puak cahayanya.

Setelah bersusah payah mendaki batu-bata di situ, akhirnya dia tiba di hadapan sebuah pokok besar yang dikelilingi dengan tumbuhan renek yang berwarna warni. Diane kemudiannya duduk bersimpuh di atas tanah, meletakkan pasu berisi pokok ros itu ketepi. Dahan kayu di ambil untuk di jadikan sebagai alat untuk mengorek tanah.

Selesai menggali pokok ros itu dikeluarkan dari pasu dan di letakkan ke dalam lubang yang dibuatnya tadi. Hampir inilah kegiatannnya setiap hari, menanam pelbagai jenis pokok bunga sehingga penuh tempat itu dengan bunga-bungaan pelbagai jenis. Saja nak luangkan masa yang ada.

Dan dia harap sangat, tempat ini akan tetap segar tak kira masa. Sentiasa hidup dan berseri dengan tumbuhan yang dia tanam di sini.

"Bonda!"panggil suara kecil itu dengan riang.

Diane tersentak, lantas dia mengangkat kepala. Memandang anak kecil yang berlari ke arahnya dengan kaki kecil itu. Bersama senyuman senang, dia perhatikan anak lelakinya datang menghampirinya. "Ya saya...kamu datang seorang diri saja?"tanya dia.

Anak kecil itu melompat masuk ke dalam pelukan Diane sebelum merangkul sekeliling leher dengan erat. "Nanny Gina yang temankan"beritahunya sewaktu lepaskan pelukan itu lalu duduk di sebelah bondanya. "Bonda tanam bunga lagi?Untuk ayahanda ke?"soalnya lagi semasa tunduk mengusik kelopak bunga yang ada di situ dengan minat.

"Ya...kamu suka?"tanya Diane sambil usap kepala berambut hitam berkilat milik putera sulungnya.

"Suka...ayahanda mesti suka bila semua ni nanti dia "

Diane yang dengar tarik garis nipis di bibir lepas dengar. "Ya ayahanda kamu pasti sukakannya."

"Tuanku"panggil Nanny Gina tidak lama selepas itu sambil membawa sebuah bakul besar di kedua-dua tangan.

"Macam mana kamu tahu saya ada di sini?"tanya Diane semasa melirik ke arah bakul rotan besar yang di bawa oleh pengasuhnya.

Sebaik dia dekat Diane, Nany Gina dengan perlahan-lahan meletakkan bakul rotan itu di depan Diane. "Ke mana lagi kalua bukan tempat kegemaran tuanku suami isteri suka berada.."selorohnya sewaktu bersimpuh.

"Ada-ada saja la kamu ni.."geleng Diane semasa jengah kepala lihat ke dalam bakul rotan di depannya lalu tersenyum lebar. Mungkin hidup ni tak ada lah seteruk mana.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now