Episode 64

1.5K 133 0
                                    

Bunyi letupan dan suara jeritan memekakkan kawasan seluruh pekan. Bebola cahaya terpantul di sana sini. Penduduk mulai berlari ke sana sini menyelamatkan diri sebelum rebah ke tanah taktala diri mereka di serang.

Bebola cahaya terapung di serata tempat dekat udara sewaktu orang yang memakai topeng hitam serang setiap penduduk yang mereka temui di situ. Satu persatu kuasa teras di serap oleh mereka sehingga kering kontang badan pemiliknya menjadi debu.

Dibalik kekecohan tersebut, di sebuah rumah kedai, seorang ayah sedang kalut.

Dia tak boleh berdiam lagi. Kalau dia berlengah habis musnah satu negara ni. Jadi dia nekad untuk lakukannya.

Tangan yang sedang memeluk satu bungkusan itu berpaling risau ke sekeliling sebelum tunduk meletakkan bungkusan itu ke dalam tangan seorang nenek.

"Tolong tengok kan dia untuk saya...."minta Xavier sebelum berjalan keluar dari rumah itu.

Memandang sekelilingnya di mana mayat bergelimpangan. Puak Api Hitam yang lain sedang berlari mengejar mangsa mereka. Membunuh tanpa belas kasihan semata untuk memiliki teras kuasa di situ.

Lantas Xavier berdiri di tengah-tengah kekecohan itu. Sambil menumpukan semua teras menta yang dia miliki ke dalam tubuh, Xavier kemudiannya mendepakan tangan dan munculkan cahaya biru di atas tapak tangannya.

Sedikit demi sedikit, cahaya itu menyala dengan seterang-terangnya sebelum ia meledak kuat ke segenap pelosok dan inci yang ada dalam pekan tu.

Disaksikan dengan beberapa mata yang ada di situ.

Ledakan cahaya biru itu berjaya membuatkan ke semua orang dari puak api hitam musnah menjadi debu dalam sekelip mata.

Keadaan pekan itu menjadi sunyi sepi seketika kemudian.

Mereka yang terselamat dari serangan tadi bangun gagahkan diri namun terduduk lemah di atas lantai yang dikotori dengan runtuhan dan darah di situ.

Terpinga-pinga tidak faham apa yang telah terjadi.

Dan apa yang mereka lihat adalah Xavier yang berdiri di situ dengan muka dingin tiada perasaan.

Mereka yang menyembunyikan diri mula keluar dari tempat persembunyian, memandang lelaki yang berdiri di situ seorang diri.

Dari situ la mereka semua menyangka lelaki itu lah punca segala kejadian ini berlaku.

"Kau adalah pembunuh Xavier....tengok apa yang kau dah buat!"

"Kau kahwin dengan anak dia....dan kami yang dapat akibatnya!?"

"Berhambus kau dari sini.....sampai bila-bila kami akan kata kau adalah pembunuh!!!"

Xavier memandang mereka yang ada di situ dengan muka tidak percaya. Bukan salah dia kalau ayahanda kepada isterinya nekad untuk sakiti penduduk di sini kerana dia. Orang tua tak guna tu memang ada niat untuk sakiti penduduk Alvano Nova....dia ada di sini pun adalah untuk menghalang tindakan orang tu!

Tak lama selepas itu, seorang nenek keluar dari sebuah rumah sambil mendukung bayi di dalam pelukan. Dengan muka sedih dan terkilan, dia memandang ke arah lelaki itu dengan mata berkaca.

Xavier nampak akan kehadiran nenek itu. Bersama muka tiada semangat dia kemudiannua mendapatkan wanita itu lalu memeluk kaki itu.

"Ibu.....saya bukan seorang pembunuh." jelasnya.

Nenek itu memandang ke arah lain sambil mengeratkan lagi pelukan pada badan bayi di tangannya. "Sudah. Sekarang kamu pergi dari sini. Dan jangan munculkan diri kamu depan ibu lagi. Ibu tak ada anak yang memalukan seperti kamu. Cukuplah dengan kamu meletakkan nasib anak kamu ini. Yang mana akan malang sehingga dia besar hanya kerana kesilapan kamu.....sekarang pergi!"

Xavier menggeleng kepala.

"Tak....Ibu saya merayu izinkan saya bawa Diane bersama..."

"Anak ini tidak boleh ikut kamu."

"Ibu tolonglah..."

"Pergi dari sini. Mati atau hidup kamu bukan lagi anak ibu..."desak nenek tu lagi dengan berang. Kalau anak lelakinya ini tidak berkahwin dengan puteri

Dengan kepala, tertunduk ke bawah Xavier perlahan-lahan bangun dari situ. Dia berdiri di depan nenek itu dengan wajah sugul. Merenung buat kali terakhir wajah anaknya yang serupa dengan isterinya. Walaupun dia benci namun sayangnya masih tersisa pada anaknya itu.

"Maafkan ayah Diane...."ucap Xavier dengan lirih sebelum lenyap secara tiba-tiba.

Hilang saja kelibat anaknya itu, Nenek tersebut kemudianya tunduk memandang wajah bayi yang baru sahaja berusia sebulan itu dengan lama.

Entah apa nasib cucunya yang satu ini bila dia sudab tiada lagi.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now