Episode 94

1.5K 125 0
                                    

"Diane!Awak dengar tak apa saya cakapkan ni?"marah Kaiser.

Dia yang sedang tunduk mengemas katil buat tak dengar. Malas nak hiraukan Kaiser. Nanti kalau dia melawan, mahunya terberanak dekat sini jugak dia nanti kan!

"Awak tak boleh berterusan macam ni...Luisa hantar surat ni dua minggu lepas. Kenapa awak buangkannya?Mujur saya sempat tengoksampai bila awak nak macam ni!"

Surat jemputan untuk hadiri ke majlis perkahwinan Luisa. Dia tak nak pergi sebab dia tak nak tahu dengan siapa Luisa berkahwin, sebab itu la! Kenapa la Kaiser ni tak faham-faham.

Berasa berang dengan sikap isterinya, Kaiser dekati Diane yang se"dang berdiri dekat sebelah katil itu lalu memalingkan badan itu menghadapnya dengan paksa. "Diane Elaine...!"sebutnya dengan kening mencerun.

Dengan nafas naik turun, Diane dongak memandang Kaiser. Keningnya mencerun marah. Dia tak perlu kata apa-apa sebab Kaiser sendiri boleh dengar apa yang dia nak katakan. Malah Kaiser faham sangat dia! Kenapa masih bertanya lagi hal yang sama berulang-ulang kali macam ni!

"Awak suka ke kita bertekak sepanjang masa soal ni..?"tanya Kaiser dengan nada lembut pula.

Diane mengetap gigi memberontak. Berapa kali dia nak jelaskan. Dia tak nak pulang ke Alvano Nova semula. Dia tak nak! Kalau dia ke sana cuma nak makan hati je buat apa.

"Awak perlu balik ke sana. Bertemu semula dengan ibu dan keluarga awak sebelum awak bersalin."balas Kaiser lepas dia dengar apa yang Diane fikirkan dalam kepala. Susah sungguh nak atur Diane ni. Selama empat tahun berkahwin perkara ini yang dia hadap selalu kalau isu family di ungkit.

"Saya tak nak!"tegas Diane sambil turunkan tangan Kaiser dari bahunya dengan marah. "Kalau awak nak sangat awak pergi la sana sendiri!"lawannya.

"Sampai bila awak nak macam ni...tak kira apa sekalipun mereka tetap keluarga kandung awak Diane. Saya tak mintak awak lupakan family awak macam ni"bidas Kaiser sambil lemparkan tangannya ke kanan dan kiri dengan bengang.

Diane palingkan kepala ke kanan sambil menyilang tangan ke perutnya yang sudah memboyot kedepan itu dengan kesal. Paksa!Paksa! Tahu tak semua ni bukan mudah untuk dia!Kaiser nak dia kembali ke sana buat apa! Air mata mula bergenangan di kelopak mata.

Kaiser mencekak pinggang, nafasnya naik turun kerana cuba mengawal dirinya dari terus melenting dekat isterinya yang sedang sarat mengandung ni. "Diane...please. Temui mereka. Luisa sendiri berharap awak ada di sana...temui mereka buat kali terakhir kalau boleh"

Diane yang sudah sebak itu palingkan kepala ke Kaiser sewaktu air mata turun ke pipinya. "Kenapa awak nak saya buat semua ni?Saya ada keluarga saya dekat sini...hidup saya dekat sini...kenapa awak nak saya balik ke tempat yang telah buatkan hidup saya sengsara?"soalnya sambil tepuk dadanya. "Awak tak nak saya ada dekat sini jugak ke?"

Tangan yang mencekak pinggang itu terus jatuh ke sisi lepas dengar semua itu. "Apa yang awak cakapkan ni Diane...saya minta awak temui mereka sebab saya tahu awak jugak rindukan mereka. Awak ingat saya tak tahu setiap malam awak duduk sendirian menangis memikirkan mereka...sebab itu la.."jelas Kaiser semasa perlahan-lahan dekati Diane lalu Tarik Diane ke dalam pelukannya.

Terus terhambur menangis Diane selepas itu. Dia sembamkan mukanya ke dada Kaiser sambil melingkarkan tangan sekeliling tulang rusuk suaminya. Dia takut nak jumpa mereka. Dia takut kalau dia jumpa mereka, dia hanya akan dicemuh dan di caci maki.

Perlahan-lahan, Kaiser tolak Diane jauh dari dadanya sedikit sebelum pegang tepi muka tu untuk di dongakkan supaya memandangnya. Dan bila Diane bertemu mata dengannya, Kaiser bersuara. "Janji pada saya...kalau bukan sekarang, suatu hari nanti awak akan jenguk mereka bila awak dah bersedia. Okay?"ajunya.

Diane yang dengar kedipkan mata yang basah dengan air mata sebelum mengangguk kecil.

"Saya janji.."lafaznya.

Jawapan itu mengundang senyum di bibir Kaiser. Dia tunduk mengucup pipi Diane yang basah dengan air mata itu dengan kasih. "Saya yakin mereka pasti gembira untuk menemui awak nanti.."ucapnya selepas itu.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now