Episode 45

1.7K 158 0
                                    

Dia tunggu.

Dari sehari jadi seminggu.

Dari seminggu kepada sebulan.

Dia tunggu masa yang sesuai.

Dia tunggu orang ni akan di timpa masalah.

Tapi tak!

Sebaliknya orang ni dengan gembir jalani hidup seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Sementara dia?

Dia menderita.

Sakit!

Tidak lalu makan tidak lena tidur.

Sebab itu dia nekad. Kalau bukan sekarang, mungkin dia takkan ada peluang lagi. Sama ada dia atau orang ni yang mati dulu! Dia dah nekad untuk lakukannya!

Rambut yang diikat satu itu berhayun kanan dan kiri saat orang di depannya sedang jalan menuruni tangga. Dia yang ekori dengan senyap sejak tadi dah semakin tak sabar.

Sarah yang berada di belakang mengekori langkah orang itu Bersama renungan mencerun mahu membunuhnya.

Di tangan sudah bercahaya dengan bebola cahaya merah. Menunggu masa untuk dia lontarkan bebola cahaya ni tepat ke belakang badan di mana jantung tu berada. Biar mampus terus! Ambik ni! Sarah campak cahaya di dalam tangannya ke arah orang di depannya.

Saat kaki itu hendak menjejak anak tangga ketika itulah bebola cahaya itu meluncur laju ke belakang badannya hingga menyebabkan dia terhumban ke depan lalu bergolek-golek jatuh di timpa tangga.

Sarah apalagi, dia yang lihat akan tubuh itu sikit pun tak tunjuk perasaan serba salah. Dia malahan merenung marah ke arah perempuan yang terbaring di atas lantai bawah tangga tu. Sewaktu dia menuruni tangga orang itu cuba untuk bangun. Sampai saja depan orang tu, tanpa belas kasihan rambut itu di cekau kasar olehnya.

Sekarang rasakan apa dia rasa selama ni!

"Argh!"jerit orang itu sambil dongak memandang ke atasnya sewaktu pegang tangan yang mencekau rambutnya itu.

"Suka kau kan....ingat hidup kau boleh tenang ke lepas apa yang berlaku dekat teman lelaki lelaki aku senang-senang kau bermesra dengan lelaki lain sementara aku! Aku masih sedih meratap pemergian dia!"Sarah heret Diane sewaktu dia menuruni tangga.

Diane yang dalam kesakitan itu memegang tangan Sarah yang sedang menarik rambutnya. "Sarah apa ni! Lepaskan la"rintih Diane semasa dia terngesot-ngesot nak bangun dirinya semasa punggungnya satu persatu terduduk dekat anak tangga tu sewaktu di heret.

Tanpa berhenti, Sarah terus mengheret Diane sambil memegang rambut tu.

"Oh...sakit ya...sakit kau je kau fikir...sakit aku?Kau ada ambik kisah?"

Diane pejam mata seeratnya semasa menahan sakit. Waktu itu adalah waktu makan tengah hari yang mana ke semua pelajar berada di dewan makan. Dia baru saja pulang dari bilik air itu dalam perjalanan hendak ke dewan makan sebelum di serang oleh Sarah.

Setiba di tingkat yang dikehendaki, Sarah heret Diane sepanjang koridor sebelum berhenti di sebuah pintu. Dia kemudian membuka pintu yang mana merupakan makmal posyen.

Saat Sarah hendak buka pintu, saat itu Diane ambil peluang untuk melarikan diri. Dia menarik rambutnya sebelum bangun dan melarikan diri ke arah tangga semula. Dengan lekas kakinya menuruninya dengan tergesa-gesa.

Tersentak sekejap Sarah masa Diane berjaya larikan diri. Dia sikit palingkan kepala ke arah Diane larikan diri sebelum tersenyum senang. "Hei! Kau nak pergi mana tu hah perempuan jalang! Kau ingat kau boleh lari dari aku ke!"laung dia sebelum berlari ke arah itu untuk mendapatkan Diane semula.

Dalam keadaan tercungap-cungap penuh ketakutan, Dia berlari laju merentasi koridor yang sunyi sepi itu. Dan dalam masa yang sama, dia dapat dengar bunyi tapak kaki berlari dan suara orang mengah mencari nafas dari arah belakangnya. Yakin bahawa Sarah semakin hampir dengannya, Diane tidak susahkan diri untuk toleh ke belakang untuk lihat.

Saat Diane lintasi satu simpang dekat koridor tu, tiba-tiba bebola cahaya meluncur laju sepanjang koridor itu lalu mengenai bahu Diane.

Impak bebola cahaya itu berjaya membuatkan Diane tercampak ke lantai sejurus itu dalam keadaan meniarap.

Sarah di belakang berjalan dengan langkah yang tenang mendekati Diane sambil memegang sesuatu di tangan.

Dalam keadaan sakit itu Diane cuba bangun dari baringnya. Berdiri saja dari situ dia menghampiri tangga lalu menuruninya tergesa-gesa sambil memegang bahunya dengan pelih dingin merintik di dahi. Pedih sungguh bahunya saat ini.

"Hei kitty...kitty... nak pergi mana tu...mari la sini"agah Sarah dengan menakutkan sekali. Gadis itu sudah saling tak tumpah seperti psiko yang terlepas dari hospital sakit jiwa pun ada.

Namun saat dia hendak belok ke kanan tangga tu, secara mengejut satu rentapan yang kuat terasa dari arah belakang secara kasar sebelum tubuhnya tercampak ke belakang semula.

KEDEBUK!

Sebunya jangan cakap la! Rasa macam nak pecah pun ada dada dia waktu ini. Terbatuk-batuk menahan sakit, Diane pandang ke atasnya dengan muka berkerut. Tolong la! Sesiapa bantu selamatkan dia!

Sarah berdiri di hujung kaki Diane. Dengan sengih menakutkan di bibir, dia tunduk memandang Diane dekat situ. " Mari aku calarkan muka kau yang cantik tu..biar tak ada sesiapa pun akan suka kan kau.."katanya sambil tayangkan kuku kedua-dua tangannya.

Dengan reaksi penuh kengerian, Diane menggeleng kepala takut. Dia cepat-cepat merangkak bangun sebelum berlari ke arah pintu keluar bangunan itu. Diane membelok ke kanan sebelum tersungkur jatuh di atas lantai semula.

Tepat di depan kaki seseorang.

Sarah yang mengejar langkah Diane berhenti apabila melihat orang di depan koridor itu. Matanya terbutang kaku.

Sambil merintih menahan sakit, Diane cuba sokongkan badan dia untuk bangun dari situ, namun gagal kerana terlalu letih. Dan waktu itu la dia perasan akan dua pasang kasut yang ada di depannya. Perlahan-lahan, dia dongak memandang ke atasnya. Taktala dia berbuat begitu, masa itu jugak la sepasang tangan muncul lalu memegang bawah ketiak dia dan berdirikan dia dari situ.

Pandang saja muka di depannya itu, Diane menahan nafas terkejutnya. Terus lupa rasa sakit yang dia rasakan waktu ini.

Ramai-ramai orang kenapa lelaki ni jugak!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now