Episode 92

1.5K 117 0
                                    

Ruang tamu rumah itu di penuhi dengan ramai tatamu dari kejiranan, mereka yang bekerja dia akademi serta saudara mara. Datang untuk meraikan majlis ulang tahun kelahiran cucu putera sulung keluarga itu. Ramai-ramai di situ kelihatan seseorang yang sedang memegang satu kotak hadiah di tangan sedang terpinga-pinga melihat sekeliling.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki berlari ke arah orang itu lalu memeluk kaki orang itu dengan erat. Tanpa marah mahupun terusik dengan kejadian itu, dia tunduk pandang ke bawah sebelum bertentang mata dengan sepasang mata.

Dan masa itulah Budak lelaki tersebut mula menjerit sewaktu mencengkam kain dress biru gelpa dan bersembunyi di sebalik kakinya. "Ibu! Tolong ada raksasa nak makan Luhan!"

Wanita itu tunduk, memandang kanak-kanak itu dengan mata terbutang. Dia yang baru hendak bersuara dikejutkan dengan kehadiran seseorang dari belakang. Bersama topeng raksasa dipakai pada wajah.

"Arghh.."sergah satu suara garau yang membuatkan anak itu menjerit ketakutan.

"Raksasa nak makan!!!"jerit Budak lelaki itu.

Dengan mata terbutang luas, dia berdiri dekat situ perhatikan lelaki yang bertopeng raksasa dekat muka depannya memeluk anak kecil tersebut lalu di dukung.

"Ahhhh....tak nak!!!jerit Luhan sambil tersenyum, dia menarik kasar topeng itu hingga mendedahkan wajah tersebut.

"Ahahaha...dapat dah."ujar Frost sambil tersenyum lebar sebelum gerakkan kepala memandang ke tepi bila perasan ada yang memerhati. Sekali bila dia pandang, terus tergamam Frost dekat situ.

Diane berdiri dekat situ memandang Frost dengan renungan kosong. Kemudiannya di lirik pada anak yang berada dalam dukungan lelaki itu. Nampaknya ada yang telah Berjaya bina hidupnya semula.

"Nak turun! Nak turun!"rengek Luhan sambil menggeliang geliut dalam pelukan Frost.

Frost kemudiannya turunkan Luhan tanpa alihkan matanya dari Diane. Betapa terkejutnya lepas Nampak wajah ini semula. Selepas sekian lama dia tunggu. Akhirnya dapat juga dia temui Diane semula.

Diane berpaling hendak beredar dari situ, tidak betah untuk lama-lama di tempat yang tiada seorang pun dia kenal. Kecuali orang depannya.

Frost yang melihat Diane hendak beredar terus bersuara. "Tak nak tunggu sampai Luhan potong kek ke?"tanya dia.

Diane yang dengar tersentak lalu berpaling, memandang Frost yang sedang menurunkan Luhan dari dukungannya. Membiarkan anak itu berlari ke sana sini dengan topeng raksasa di muka.

"Tunggulah dulu. Hari lahir anak buah awak juga kan."ujar Frost lagi yang berharap Diane akan berada lama di situ.

Jadi Luisa berkahwin dengan Frost?Luisa tak beritahu pula hal ini padanya sewaktu mengirimkan surat untuk jemputan ulang tahun kelahiran Luhan hari tu. Apa dia tahu, Luisa mahu dia hadir ke sini saja. "Tak apa...saya singgah dekat sini sekejap saja."balas Diane dengan perlahan.

Frost baru saja hendak membuka mulut sewaktu muncul Luisa dari arah belakang Diane. Memanggil Frost.

"Lah...awak dekat sini rupanya. Jenuh saya mencari awak tadiawak Nampak tak Han dekat mana?Susah betul saya nak cari dia..."sungut Luisa yang belum menyedari akan Diane di situ.

Frost alihkan matanya ke Luisa lalu ke Diane silih ganti. "Luisa..ini"

Masa itu la Diane berpaling memusingkan badannya menghadap Luisa perlahan-lahan.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now