Episode 25

1.7K 156 0
                                    

"Wei kau nak tahu tak, aku dengar dari budak perempuan pagi tadi kan, Diane belasah Casia sampai dia tak sedarkan diri.."

"Hah?Belasah?"

"Iya...aku dengar teruk jugak."

"Seriuslah..."

"Bukan ke Casia kawan baik dia?Dah kenapa pulak dibelasah?"

"Aku dengar dia orang berdua gaduh..."

Sedang dua orang pelajar itu berborak, muncul la empunya cerita yang diborakkan itu.

Dalam keadaan berlebam, berbekas dan calar balar di sekitar wajah leher dan kedua-dua tangan, Diane berjalan masuk ke dalam kelas.

Dengan wajah sugul yang keletihan, Diane menarik kerusi dari bawah meja senyap-senyap. Sewaktu dia gerak hendak duduk, tanpa sengaja dia berdesis menahan sakit taktala waktu itu dia rasakan ibarat seperti ditarik-tarik setiap urat belirat dalam badan.

Sakitnya!

Matanya dipejam sekejap sewaktu dia mengeluarkan buku dari bawah laci meja kemudian diselak untuk menelaah sikit topik pembelejaran pada hari ini  sebelum kelas bermula.

Yang mana sudah menjadi rutin buat  Diane sejak awal lagi.

Mereka yang di dalam kelas tu mematai Diane. Bukan kesian ke apa. Cuma ingin tahu bila tengok semua melihat parut yang ada pada gadis tu, leher berlebam, muka bercalar, bibir lebam, lengan kanan gadis itu berbalut dan siku kiri gadis itu masih kemerahan kerana melecet.

"Teruknya..."

"Aku rasa kan dia ada masalah mental la.." bisik mereka.

Diane baru saja hendak selak muka surat seterusnya sewaktu pintu kelas ditolak ke dalam dengan kasar.

BAM!

Kuat pintu tu menghempas dinding kelas.

Membuatkan mereka yang ada di kelas pada pagi itu membutang mata kerana terkejut. Lalu mereka pandang ke lelaki yang meluru masuk ke dalam kelas untuk mendapatkan Diane.

Tanpa amaran tanpa sapaan Sky, terus menempik marah sambil mencekau kolar baju Diane lantas memaksa gadis itu bangun dari situ.

"Hei perempuan tak guna! Apa kau dah buat pada Casia hah! Kau dah gila ke!"badan Diane di goncang kuat dengan dia.

Sambil di goncang tu, Diane sikit pun tak terkutik. Malah tak melawan pun. Apa yang dia buat, Diane cuma pandang kosong ke Sky.

Sebenarnya dia mengharapkan jawapan jugak. Dari pagi tadi dia tertanya-tanya. Kenapa Casia bersikap aneh seakan mahu membunuh dia. Tapi tak dapat nak tekan langsung apa puncanya.

Sedangkan selama seminggu ni elok je Casia jalankan hidup tanpa munculkan diri di depan mata dia.

Tup..tup! Hampir mati dia dikerjakan. Salah dia ke sekarang ni?

Gara-gara lelaki di depannya ini jugak yang inginkan semua ni! Sekarang nak salahkan dia lepas semua ni terjadi? What the hell!

"Kau dah kenapa! Ada bukti ke aku yang sakiti dia!"Diane cuba leraikan cengkaman Sky sedaya upayanya. Semua rasa sakit yang dia rasa tak dipedulikan.

Sky menggocang lagi badan Diane dengan kasar. "Aku dengar kau belasah dia sampai dia tak sedarkan diri...kawan jenis apa kau ni!!!! " dengking dia sampai timbul urat dekat leher tu.

Kening Diane mencerlung marah. Suka hati je nak salahkan dia. Casia yang menyerang dirinya dulu. Ingat dia ni tak ada kerja apa nak sakit kan orang macam mana orang lain bukan dia ni!

Dada Sky terus di tujahnya dengan sisa tenaga yang dia ada. Kurang ajar betul! Kalau Sky tak mulakan semua permintaan tak guna ni!

Tak adanya semua ni berlaku!

"Hei...kau tuduh tu pandang-pandang sikit eh! Bila masanya aku belasah Casia. Kau nampak ke aku belasah dia?Hah!Kau nampak ke! Tak nampak kan!"marah Diane sehingga berjaya menolak tangan Sky jatuh dari kolarnya.

Kembang kempis hidung Sky, dia kepal penumbuk erat-erat. Mujur perempuan kalau lelaki lama dah di tumbuk muka tu cukup-cukup!

"Kalau namanya bapak borek anak rintik...memang tak ada bezanya. Kau dengan bapak kau tu sama je. Manusia tak guna! Kau ingat aku nak percaya ke!" bahu Diane di tolaknya dengan kuat sehingga buatkan Diane undur beberapa langkah ke belakang.

Diane berdiri dekat situ dengan bahu jatuh hilang semangat. Sungguh, dia tidak larat hendak melawan apalagi berbalah. Badannya sakit-sakit, kepalanya pening dan hatinya betul-betul terluka sekarang. Kalau lah ada sesiapa yang sudi hulurkan tangan saat ini. Dia berterima kasih sangat!

Tidak semena, masa itu jugak la, bunyi kerusi diseret ke belakang kedengaran tiba-tiba. Dan tak lama selepas itu, muncul tangan bersarung kulit hitam hinggap di bahu Sky.

Melompat terkejut Sky sejurus itu. Dia dengan laju palingkan kepala ke bahu yang di pegang itu dengan muka terkejut.

"Hentikannya."arah suara dalam tu.

Diane yang nampak siapakah orang di belakang Sky pandang tak percaya. Ramai-ramai orang, lelaki ini jugak yang bersuara.

"Kau dah kenapa menyibuk?"kening Sky berkerut tak suka.

"Lepaskan dia...kau lelaki ke?Berkasar dengan perempuan. Tak malu?"ujar Kaiser sambil gerak untuk berdiri di depan Sky, menghadang Diane. Wajah Sky di tenung olehnya balik cermin mata bulat bingkai tebalnya.

Sky berdengus mengejek. "Hei...Kau budak kampung, duduk tepi. Jangan nak masuk campur. Dia perempuan ke apa ke bukan masalah aku. Masalah aku perempuan tak guna ni dah sakiti teman wanita aku!"marah Sky depan muka Kasier.

Diane hanya diam menilik wajah berang Sky. Dia tahu sekarang kekasaran tidak akan dapat selesaikan masalah.

Tapi melihatkan Sky begitu nekad nak balas balik apa yang menimpa Casia, Diane buntu.

Serius dia betul-betul penat dengan semua ni!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now