Episode 36

1.7K 154 0
                                    

Dengan impak yamg kuat, belakang badan Diane di hentak ke tembok batu menara sewaktu Frost mencekik lehernya dari arah depan. Sambil dia mencekik, sambil tu dia dorong kepala Diane keluar dari tembok tu dan mengacu pisau belati dekat perut Diane dengan tangan sebelah lagi.

"Frost. Jangan macam ni...saya tahu awak.marah dan sakit hati. Tapi jadi pembunuh takkan dapat selesaikan masalah awak..."minta Diane sambil pegang tangan Frost yang ada di lehernya.

Mata Frost tunduk memandang wajah kemerahan Diane tanpa perasaan buat seketika. Setelah itu dia kerling ke bawah Menara pula. Tinggi yang berbelas kaki. Kalau Diane jatuh mahunya berderai semua tulang temulang ni. "Bagus la kalau kau dah tahu...sebab aku tak peduli! Kalau ini dapat balas balik apa ayah kau dah buat...sekalipun jadi pembunuh. Aku sanggup!"balasnya dengan deraman marah.

Sambil pandang Frost kening Diane berkerut menahan sakit. Dia tahu kalau dia minta maafkan semua masalah ini tidak akan selesai begitu saja. Tapi apa lagi yang dia boleh lakukan. Kalau dia tahu ayahnya di mana, masih hidup atau tidak. Dia akan tuntut semula apa yang ayahnya telah lakukan untuk semua orang di sini. "Maafkan saya Frost...saya minta maaf bagi pihak ayah saya sebab letakkan ada dalam situasi ni"ucapnya dengan susah payah sambal cuba bernafas.

"Ahaha...minta maaf?Kau fikir minta maaf macam tu je dapat hidupkan semula keluarga aku? Aku akan tikam kau kemudian campak kau dari sini! Lepas kau mati. Aku akan bunuh diri aku. Sebab tujuan aku hidup selama ni adalah untuk musnahkan kau!"kata Frost sambal mengetatkan cengkamannya pada leher Diane.

Baru saja Frost menggerakkan pisau belati di tangannya mahu menikam Diane, suara teriakan kedengaran dari belakang.

"Frost! Jangan! Hentikan semua ni!"panggil Goo dengan cemas di depan pintu masuk Menara tu.

Dengan laju kepala Frost pun berpaling ke belakang, Lantas terpandang Goo, Han dan Noah berdiri di situ memandang dia.

"Jangan dekat! Atau aku tikam perempuan ni!!"teriak Frost." Dan jangan sesekali kau guna kuasa kau dekat sini atau aku betul-betul akan bunuh dia!!!!"pisau belati itu didekatkan lagi pada perut Diane.

Goo, Han dan Noah dah tergerak nak maju kedepan lepas nampak. Terkejut mereka. "Frost...jangan la macam ni. Bawa bertenang."pujuk Han dengan muka merayu terdesaknya.

Noah mengangguk kepala sambil tu.

"Tak...kau tak faham apa aku rasa.."geleng Frost sewaktu pandang kecewa ke arah mereka bertiga.

Taktala Frost hilang focus, DIane ambil kesempatan dengan mengigit tangan lelaki itu. Yang mana tindakan dia itu berjaya membuatkan Frost terkejut lalu menoleh memandangnya. Dan waktu itulah Diane menghantukkan kepalanya pada hidung Frost.

"Argh!"raung Frost sebelum tertunduk menahan sakit memegang hidungnya setelah itu.

Diane apa lagi, tanpa membuang masa dia melompat turun dari situ tembok batu dan bergerak hendak berlari ke arah Goo, namun belum sempat dia buat begitu Frost muncul secara tiba-tiba di depannya dan ketika itu la kejadian itu terjadi.

Mata Diane terbutang luas saat memandang terkejut ke depan muka Frost yang begitu rapat padanya. Satu tusukan yang menyakitkan di rasainya dibahagian perut dia! Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Rasa bagai terputus nafas pun ada.

Berasa senang hati dan bangga, Frost pun tersengih puas. "Mati kau perempuan!!!"sebut Frost separa berbisik depan muka tu. Sejurus itu, Frosd menolak tubuh Diane ke belakang hingga tersandar pada tembok tu. Sebelum dia yang panjat tembok tu sebab nak bunuh diri.

Goo, Han dan Noah yang nampak tanpa berlengah terus hulur tangan masing-masing mahu lontarkan kuasa magis mereka untuk hentikan Frost.

"Frost! Jangan!" Goo dengan cemas sebelum tersasarkan kuasanya ke arah lain.

Masa itu la Frost gerak terjun ke depan.

Noah dan Han dah tersungkur dekat lantai tu sebab hilang keseimbangan tak sempat nak tangkap Frost. "Frost!"jerit mereka dengan serentak sebab terkejut.

Mulanya Frost fikirkan dia sudah terjatuh, namun apabila dia terasa tangannya tergantung dekat atas sambil di cengkam kuat dengan satu tangan, dia buka mata lalu dongak memandang ke atas.

Jari jemarinya yang basah dengan kesan darah itu gengam erat pergelangan Frost. Dia tak nak ada sesiapa lagi mati kerana dia. "Awak...jangan lepaskannya.."minta Diane sambil pandang muka Frost. "Saya percaya awak bukan orang macam ni. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya."ujarnya dari balik ketapan gigi. Dia tak kuat lagi tanggung berat Frost lama-lama lagi.

Ketika itu la muncul tiga pasang tangan dari kanan dan kiri Diane dengan serentak lalu ikut memegang lengan Frost. Perlahan-lahan mereka pun menarik lelaki itu dari ketinggian lima tingkat itu.

Mereka Tarik dan Tarik sehingga la kelima-lima mereka jatuh dengan serentak ke belakang lalu terduduk di atas lantai Bersama dengan Frost.

Dalam keadaan tercungap-cungap Goo kemudiannya menerkam Frost lalu menumbuk muka rakannya berkali-kali melepaskan marah. "Kau gila ke! Kenapa kau buat semua ni! Tak fikir ke baik buruknya pada kau!"marah dia di balik setiap tumbukan itu.

Sementara Han dan Noah cuba menghalah Goo dari terus menerus menyakiti Frost. "Sudahlah tu Goo..." halang Han dan Noah sambil memeluk lengan Goo dan Tarik lelaki tu bangun dari atas Frost.

Diane yang saksikan kejadian itu baring lemah tak berdaya di situ dalam keadaan berlumuran darah. Kepalanya berpaling ke arah yang sama semasa Frost berpaling memandangnya juga. Mereka berdua saling merenung di antara satu sama lain buat seketika. Bersama air mata turun dari tepi matanya, Diane gerakkan bibirnya tanpa keluarkan suara."Maaf."sebutnya. Dia benar-benar mintak maaf di atas apa yang telah menimpa Frost. Sikit pun dia tak salahkan Frost kerana menyakiti dia. Dia faham.

Berasa bengang kerana semua ini terjadi, Frost kemudiannya pandang ke langit dan memejam mata sebelum menangis dekat situ dengan devastated sekali.

Diane kemudiannya di dapatkan dengan Han sebelum sekumpulan pelajar dan master muncul dari pintu Menara dan mula mengerumuni mereka di situ.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now