Episode 37

1.7K 157 0
                                    

Bersama keluhan letih, dia dongak memandang ke atas sambil mengurut belakang tengkuknya.. Lenguh dibuatnya sejak tadi kerana letih dan tertekan.

Kenapa?

Yalah, sejak kebelakangan ni ada saja halnya.

Tak itu, ini.

Tak ini, itu.

Tak satu masalah selesai, timbul lagi satu masalah.

Kalau masalah kecil tak apa la jugak. Ini sampai melibatkan nyawa bagai.

Haih

Doktor Abiel keluar dari bilik pejabatnya lalu dekati katil dimana Lady Jane sedang berdiri. Jururawat itu sedang uruskan pesakit yang sudah dua hari tidak sedarkan diri setelah alami kecederaan parah di bahagian abdomen kerana di tikam. Dan sepanjang dua hari ini la dia tidak berehat sepenuhnya kerana perlu pantau pesakitnya yang satu ini.

Kalau bilik rawatan ni adalah rumah, ianya sudah pun menjadi tempat persinggahan kedua selepas dorm pesakit sendiri. Dah kerap sangat keluar masuk bilik rawatan. Sampai dia yang menghadap pun jadi stress.

"Macam mana?Masih sama lagi ke keadaan dia?"tanya Abiel sebaik saja berdiri di sebelah katil menghadap Lady Jane di seberang katil itu. Matanya menilik wajah pucat milik Diane dengan renungan redup.

"Ya doctor. Masih sama. Tiada sebarang perubahan. Disebabkan tusukan itu mengenai organ dalamannya sehingga buatkan Diane kehilangan darah, dia hadapi sedikit komplikasi. Saya cuba salurkan kuasa penyembuh saya, tapi badan dia menolak seakan ada kuasa lain yang sedang mendinding tubuhnya saat ini."jelas Lady Jane sambal mengemas peralatan membersihkan luka di dalam dulang peralatan.

Sekali lagi, buat kali ke berapa, Abiel pun melepaskan keluhan panjangnya. Dia menguak rambut panjangnya ke belakang dengan kesal. "Macam mana dengan Frost?Apa khabar dia?"soalnya sambil tu.

Lady Jane angkat kepala. Dia pandang Doktor Abiel dengan kening terangkat. "Hah?Siapa?Frost?"soalnya semula.

"Urm."angguk Abiel dengan malas.

Lady Jane ketap bibir buat seketika. Dia pandang Diane lalu pandang ke Doktor Abiel semula lantas berkata. "Frost telah di bawa ke JAbatan Hukuman dan Tindakan oleh Dekan dan dua orang master petang tadi lepas kes di sebutkan. Setelah itu saya tidak pasti lagi apa yang terjadi pada budak tu." jawabnya.

Abiel tidak berkata apa-apa lagi. Dia hanya diam memandang sayu ke Diane. Hatinya ikut bersedih bila lihat tubuh kurus tidak berdaya ini asyik terlantar sepanjang masa dan dalam keadaan cedera. Memangnya Diane ni hidup hanya untuk dijadikan sebagai bahan untuk diseksa dan lepaskan geram oleh semua orang ke? "Saya harap dia cepat sedar."ucapnya sambil mencapai jari jemari itu lalu di ramas dengan perlahan.

Lady Jane pun ikut termenung lepas tu. Dia pandang Diane dengan kening berkerut kerana risau. Kalau Diane lama-lama tak sedarkan diri, ianya akan beri kesan pada tenaga menta dalam tubuh tu. Untuk kekalkan kesinambungan kuasa, Diane perlu sedar dan stabil. "Doktor rasa kan berapa lama agaknya dia dapat bertahan di sini?"soal dia dengan nada khayal. Anak semuda ini di beri ujian sebesar begini, ianya bukan la perkara mudah untuk di tangani seorang diri.

"Entah la...saya harap dia akan bertahan sampai bila-bila."hela nafas di lepaskan Abiel setelah itu. Selimut di badan Diane dibetulkan olehnya. Nampaknya dia perlu ringankan sedikit tekanan Diane. Hanya dengan cara ini saja dia dapat kurangkan masalah dari menghurung Diane.

"Apa yang doctor akan cuba lakukan kali ni?"duga Lady Jane. Bukannya dia tak tahu betapa bondingnya Doktor Abiel terhadap Diane. Memang la Doktor Abiel tak tunjuk, tapi dia tahu apa saja yang melibatkan Diane, pasti Doktor Abiel akan ambil peduli dan kisahkan. Sebab itu dia bertanya. Mana la tahu, kali ni Doktor Abiel nak lakukan sesuatu untuk Diane.

"Buat apa lagi...seperti biasa la."ujar Abiel sambil menanggalkan jubah putih dari badannya.

Lady Jane capai jubah itu lalu digantung ke atas lengannya. Dia perhatikan Doktor Abiel siap sedia hendak lakukan ritual biasa setiap kali wanita ini mahu gunakan kuasa. "Perlu ke kita hapuskan ingatan mereka tentang kejadian ni?"tanya dia sambil tu.

Abiel kerling ke Lady Jane sewaktu seluruh tubuhnya mula mengeluarkan cahaya dan rambutnya berubah warna." Saya hanya akan hapuskan apa yang perlu. Tidak seperti yang saya lakukan sebelum ni." ujarnya.

Lady Jane buat muka. Dia pandang kasihan pada Diane sewaktu kerutkan kening. "Tapi macam mana dengan Diane. Adil ke untuk dia kalau semua orang lupa tentang apa yang dia dah hadapi selama ni?"tanya dia lagi.

Abiel menghela nafas Panjang. Kalau boleh dia tak nak buat. Tapi untuk buatkan semua orang yang ada dalam akademi ini tidak terlalu membencikan Diane. Dia terpaksa. "Saya hanya hapuskan kesemua memori dari kes Casia, bagaimana kematian Daniel berlaku dan apa yang Frost telah lakukan. Apa yang saya tinggalkan hanyalah apa yang patut mereka ingat saja."waktu itu getaran seperti gelombang mula bergema di sekitar ruangan bilik rawatan tu.

Lady Jane menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan. Kalau itu keputusannya dia terima. Tiada apa-apa lagi yang dia dapat katakan lagi.

Setelah itu satu ledakan cahaya merebak keluar dan dalam kawasan akademi. Tinggal meninggalkan sebarang ceruk mahupun manusia, cahaya itu meresap ke setiap inci dinding dan manusia yang ada di situ, termasuk la Lady Jane sendiri.

Beberapa saat kemudian, tubuh Doktor Abiel kembali kepada keadaan sediakala dan rambutnya tidak lagi bercahaya seperti tadi. Dan keadaan dalam ruangan tersebut menjadi senyap seketika setelah itu.

"Jane?"panggilnya dengan perlahan apabila perhatikan Lady Jane diam termenung memandang DIane seperti patung. Adakah magisnya Berjaya?

Lady Jane tersentak. Dia pandang Abiel dengan kening terangkat. "Ya saya?"sambutnya.

"Macam mana? Adakah awak ingat apa-apa?"tanya Lady Jane dengan kening terangkat mahu menduga.

Lady Jane pandang kanan dan kirinya kehairanan. "Tentang apa Doktor Abiel?"soal dia yang kelihatan bingung dengan soalan itu.

Abiel kecilkan mata tidak pasti. "Apa yang dah berlaku pada Diane?"soalnya teragak-agak nak bertanya.

"Oh..."Lady Jane kemudiannya pandang ke Diane pula. "Dia terjatuh dari tangga kan?"jawabnya sambil pandang muka pucat Diane.

Abiel yang dengar melepaskan hela nafas lega lalu mengangguk kepala. "Ya...betul tu.." tipunya. Bagus la kuasanya berjaya hapuskan ingatan mereka.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now