Episode 68

1.5K 127 0
                                    

Matanya meliar mencari bayang orang itu. Dia pasti ada sesuatu yang telah berlaku sehingga dia tidak mengingati sesuatu perkara itu. Dia bukan jenis cepat lupa. Orang yang selalu dia jumpa itu membuatkan dia tertanya-tanya.

BUK!langgar Casia ke badan seseorang semasa dia menoleh kanan dan kiri tetapi tidak memandang ke depan. Casia tunduk memegang dahi sebelum memohon maaf.

"Maaf....maafkan saya..."ucap dia sambil tunduk memohon maaf. Dan bila Casia pandang orang yang di langgarnya, dia terus terpaku sebaik melihat lelaki berambut kelabu asap di depan dia.

"Kau tak apa-apa ke?"tanya Frost masa pandang Casia dengan kening berkerut serba salah. Tak sengaja, dia nak belok, tiba-tiba je Casia muncul dekat depan dia.

Kening Casia berkerut entah kenapa tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang menakutkan setelah terpandang lelaki asing ini.

Rasa macam kenal tapi entah kenapa sikit pun dia tidak ingat apa-apa mengenainya.

"Ah...ya. Saya tak apa-apa."balas Casia dengan kekok.

Frost pandang Casia sambil tersenyum nipis. Patutnya dia yang minta maaf.

" Tak apa. Lain kali hati-hati..."pesan Frost sebelum beredar.

Casia berdiri dekat di situ buat seketika sebelum terdengar lelaki tadi menyebut satu nama.

"Hai Diane!"

Casia pun berpaling ke belakang. Dia pandang dengan kening terangkat tinggi. Terkejut mendengar nama itu dan juga melihat wajah si empunya nama.

Hati dia terdetik serta merta.

Kenapa nama ini tidak asing buat dia?Kenapa ianya buatkan dia terasa sesuatu yang sedih dekat hatinya? Dia kenal ke dengan pelajar perempuan bernama Diane ni?

Toleh saja Casia ke arah itu, Frost sedang mendepakan tangan di depan Diane yang memakai dress hitam cekak leher lengan panjang paras lutut. Mahu memeluk gadis itu.

Sebaliknya, Diane cuba mengelakkan diri dari di peluk.

"Apa kena dengan awak ni...malu lah orang tengok.."marah Diane sewaktu dia di peluk secara paksa dengan Frost.

"Alah...sekejap je.."kata Frost sambil eratkan pelukannya.

"Lepaslah!"gelut Diane dengan muka tak puas hati.

"Makin kau marah makin aku sayang..." ujar Frost sambil meletakkan beg kertas ke tangan Diane. "Ni ada sandwich tuna kegemaran kau dengan air kotak..."

Diane memandang beg kertas itu lalu pandang ke Frost. "Dah kenapa awak baik sangat sediakan sarapan untuk saya bagai ni?"

"Kau kan susah sangat nak makan, lagipun kebetulan aku pergi dewan makan tadi untuk cari makanan, teringat kan kau, itu yang aku bagi ni.."jelas Frost sambil seluk tangan ke dalam poket seluar.

Diane tak ambil beg kertas tu, yalah mana tahu dalam makanan tu ada racun ke apa ke. Nanti kan dia ambil kemudian di makan, tak ke sia-sia dia hidup selama ni. "Tak payah. Awak ambik saja makanan ni." tolaknya.

Frost tersenyum mendengarnya. "Tak apa...ambik je." dia letakkan beg kertas tu ke tangan Diane dengan paksa. "Aku pergi kelas dulu. Kau makan ya. Jangan tak makan."pesan dia lepas tu sambil tepuk lembut pipi Diane.

Sambil buat muka bercemberut tak puas hati, Diane pegang beg kertas tu. Dia tunduk pandang melihat isi beg tersebut sebelum kembali berjalan.

Taktala dia angkat kepala pandang ke depan, Diane bertembung dengan Casia yang kebetulan berdiri dekat arah bertentangan di koridor tersebut.

Sempat dia lirik ke Casia, namun langkahnya tidak di perlahankan. Dia hanya maju ke depan begitu saja seakan tidak perasan kehadiran Casia di koridor itu.

Casia sendiri yang perasan akan hal itu termenung memandang ke depan buat beberapa saat sebelum tersentak lantas berpaling untuk memanggil nama itu.

"Diane!"

Terhenti terus kaki Diane lepas tu. Dengan mata terbutang dia bungkam pandang hujung koridor. Mendengar suara Casia panggil nama dia buat kali pertama sejak beberapa bulan lamanya buatkan dada dia sebu dan senak tiba-tiba.

"Tunggu sekejap."panggil Casia lagi.

Diane  perlahan-lahan menoleh ke belakang. Menghadap Casia dengan mata terbuka luas dan kening terangkat. Casia ingat namanya?

Buat beberapa saat mereka saling merenung antara satu sama lain.

Casia hampir saja hendak mendekati Diane dan berkata.

Diane pula hampir hendak tersenyum senang.

Namun semua itu terhalang apabila Sky, muncul tiba-tiba dari arah bertentangan memanggil nama Casia.

"Casia!"panggil suara itu.

Diane buat muka kecewa selepas melihat lelaki tinggi dada bidang itu jalan menghampiri Casia lalu Merangkul pinggang itu.

Casia pun menoleh memandang Sky. Terus terlupa akan niatnya mahu menegur Diane.

"Baru turun ke?Saya cari awak dalam kelas tadi. Awak tak ada tengok-tengok dekat sini rupanya..."kata Sky.

Dengan wajah mendung tiada semangat, Diane pusingkan badan dari situ dan pergi menjauh dari pasangan tersebut.

"Ah..ya saya. Baru turun." angguk Casia yang kembali memandang ke depan, mencari bayang Diane tetapi gadis itu telah pun tiada.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now