Episode 15

1.9K 179 0
                                    

Keesokan harinya....

Di dewan makan,

Han memandang pelik orang yang duduk di depannya.

Noah di sisi pula mengunyah makanan sambil berkerut kening.

Hairan mereka. Macam kena sampuk pun ada kawan mereka yang seorang ni. Sejak bangun tadi sampai la sekarang mereka perhatikan. Kawan mereka ni tergesa-gesa semacam dah kenapa.

"Wei...kau dah kenapa Frost?Macam kena kejar hantu je aku perhatikan. Cuba la makan tu perlahan-lahan."ujar Han.

"Entah...aku yang menengok sendiri pun rasa nak tercekik.."kata Noah pula sambil buat muka kengerian.

Tidak mempedulikan kata-kata rakannya, Frost meneguk jus orennya semasa mulutnya penuh dengan roti bakar. Dia kena lekas. Itu je yang bermain dalam fikirannya sejak tadi.

Goo yang ada di sebelah Frost kelihatan mamai dan mengantuk gara-gara tidur lewat malam tadi. Dia mengunyah roti bakar di dalam mulut seperti seekor unta sedang makan. Nyam!Nyam!Nyam!

Membuatkan Han yang lihat ketawa kecil. "Peliklah kau orang berdua ni. Kita orang yang minum banyak malam tadi, kau orang pulak yang terover?"selorohnya.

Noah yang nakal itu pun capai kentang goreng miliknya dari pinggan lalu di baling ke muka Goo.

Balingan itu tepat mengenai muka Goo, tapi dia sikit pun tak peduli untuk membalasnya semula. Tak kuasa! Mengantuk dia menguasai segalanya.

Selesai sarapan apa yang patut, Frost kemudiannya bangun dari situ dengan lekas lalu gerak mahu pergi dari situ. "Aku pergi dulu..."pamitnya dengan lekas.

"Ka-"Han pandang bingung ke belakang Frost semasa perhatikan lelaki tu keluar dari dewan makan begitu saja sebelum dia sempat nak habiskan kata-katanya. Entah apa-apa je la. Gelengnya sebelum kembali menyambung makan.

Sementara Noah masih mahu menyakat Goo untuk lihat reaksi lelaki tu.

Menggunakan kuasa teleportasinya, Frost melangkah saja keluar dari pintu dewan itu, dalam seklip mata dia sudahpun berdiri di depan pintu masuk bilik umum pelajar selang beberapa saat kemudian. Nafasnya di Tarik lalu dihembus dengan perlahan untuk sediakan diri. Dalam kiraan tiga, Frost pegang pemegang pintu kayu itu lalu menolaknya ke dalam.

Terbuka saja pintu itu, Frost di sapa oleh beberapa orang pelajar yang sudahpun berlegar-legar sekitar bilik umum tersebut. Teringat dimana kali terakhir dia letakkan dua orang itu, dia kemudiannya mendekati empat buah sofa yang berada di sebelah tiang besar tak jauh dari pintu masuk tersebut. Dia jengahkan kepala dari belakang sofa itu lantas melihat orang itu masih lena dalam kedudukan sama kali terakhir dia nampak malam tadi.

Tanpa sedar, Frost melepaskan nafas leganya lalu mengambil tempat di sofa single seat bersebelahan dengan sofa dimana orang itu sedang berbaring. Dengan berhati-hati tanpa menghasilkan sebarang bunyi, dia henyak punggung di situ sebelum menyandarkan badannya ke belakang. Setelah itu baru la dia palingkan kepala ke tepi. Matanya meneliti wajah yang tiada celanya itu buat seketika. Sambil ditemani dengan bunyi degupan jantung milik orang itu dalam kepala.

Dup!

Dup!

Dup!

Dup!

Tenang saja bunyinya. Buatkan dia yang dengar ikut bertenang.

Hanya detak jantungini saja yang satu-satunya bunyi yang dia mahu dengar di dalam akademi ini. Tiada bunyi lain, kerana bunyi detakan jantung orang ini membuatkan dia terasa tenang sejak kali pertama dia mendengarnya di bilik rawatan tempoh hari.

Baru saja dia nak cari ketenangan di situ, tak lama dia nak pejam mata, satu sentuhan hingga dari tepi Bersama suara sergahan. "Wei!"sergah satu suara yang membuatkan Frost berpaling dengan laju.

What the f*ck!

Matanya menjegil bulat kerana jengkel!

"Kau kenapa Han....Shhh.senyap!"desis Frost dengan kening berkerut sambil tunding jari ke sofa di sebelahnya.

Kening Han terangkat tinggi, dia pelik, sekali lepas dia jengah kepala untuk pandang ke tempat yang di tunjuk Frost, dia terus menekup mulut sebaik saja melihat dua orang gadis sedang lena berbaring di atas sofa panjang depannya itu.

"Eh?Bukan ke dia orang berdua ni yang kita nampak dekat bar malam tadi?"tanya Han semasa pandang wajah gadis berambut pendek di sofa depannya. Lalu ke gadis berambut panjang pula.

Masa itu la muncul dua orang lagi dari belakang dengan tiba-tiba." Oh...Sebab ni ke kau kalut makan tadi? Kau bawa dia orang ke sini?"tanya Noah di balik bahu Han.

Han terkejut, dia palingkan kepala ke Noah lalu ke Goo pula bila dua orang tu muncul secara tiba-tiba di situ macam angin.

Goo yang muncul kemudiannya mendapatkan tempat di sofa satu tempat duduk sebelah kiri berhadapan Frost lalu terlelap terus di situ. Nak sambung tidur dia memandangkan dia tidur jam 3 pagi lepas berjaga tanpa sebab.

Setelah keempat-empat mereka selesakan diri dan duduk mendiamkan diri di situ untuk seketika, ketika itula seorang dari dua orang gadis tu bergerak-gerak lalu jatuh bergolek ke lantai. Kejadian itu buatkan Mereka yang lihat terkejut.

Frost gerak hendak mendapatkan Diane namun orang itu terlebih dahulu bangun dari situ lantat bertentang mata dengan dia. Kejung sekejap dia dekat situ lepas terpandang mata tu. Keningnya terangkat tinggi sebab terkejut dengan tindakan tanpa sengajanya!

Sh*t! Dia dah terpandang mata ni!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now