Episode 11

2.1K 188 0
                                    

Tangan yang mempunyai tatu berbentuk seakan api itu memegang erat bola cahaya api yang dihasilkannya sebelum di baling ke arah lawannya yang berada tidak jauh darinya.

Bunyi letusan kecil kedengaran dari jauh taktala bola api itu mengenai seseorang sebelum ada yang jatuh terbaring di atas tanah.

"Dua jatuh.Frost! Belakang kau!"laung Han dari jauh kepada rakannya si berambut kelabu asap itu.

Frost berpaling laju ke belakangnya sebelum dia melihat bebola api sedang menuju laju ke arahnya. Belum sempat dia hendak mengelak, bebola api itu kemudiannya tepat mengenai lengan kanan dia. Membuatkan lengan baju kemeja akademi terbakar dan kulitnya melecur sedikit.

Namun sikit pun Frost tidak mengerenyet mata atau tunjukkan rasa sakit.

"Frost kalah!!Ketua kumpulan kau orang dah tumbang!"teriak satu suara yang membuatkan ke semua yang ada di padang berhenti. Mereka memandang ke arah Frost dengan muka dumbfounded.

"Apa!?Siapa yang tembak...alah baru je mula dah kalah?"keluh ahli kumpulan Frost dari kejauhan selepas itu.

"Noah yang baling bola api tu!"laung suara yang lain pula.

Frost menggaru kepala sambil tersengih kambing. Alahai...kalah pulak. Dia baru je nak menangkan ahli kumpulannya. Last nya dia yang kalah dulu. "Sorry!"laungnya sebelum dia melihat lengan kanannya yang pedih dan kepanasan itu. Merah habis kulitnya!

"Dah la, jomlah pergi bilik rawatan tangan aku dah melecur ni"ajak mereka semasa jalan dan berkumpul membentuk satu kelompok berdekatan dengan Frost.

Han mendapatkan rakannya itu. Memeriksa keadaan tangan Frost sewaktu berdiri di sisi. Tak risau mana. Benda dah biasa. Lagipun api ni kawan mereka. Cedera macam mana sekalipun, mereka dah lali rasa sakit terbakar tu. Itu la bertuahnya kalau dilahirkan dengan kuasa api.

"Kau okay tak?"tanya Han semasa Frost berjalan Bersama mereka semua keluar dari kawasan padang tu.

Frost angkat kepala dia dari memandang lengannya lalu pandang ke Han dengan senyuman di bibir. "Sure...Aku okay jer." balasnya setelah itu sambil menepuk perlahan belakang Han.

Tak lama lepas tu mereka semua pun tiba la di Menara utara dimana terletakkanya bilik rawatan. Dah macam rumah kedua buat mereka dekat situ, dengan bersahaja mereka masuk ke situ dan ambil tempat di katil dimana mereka selalu terima rawatan kalau tercedera. Dah kerap sangat mereka kunjungi bilik rawatan ni, sampaikan katil dekat sini dah reserve khas untuk mereka semua.

Kecoh dengan suara borak dan ketawa mereka, tempat itu di dekati dengan seorang jururawat bertugas beberapa ketika selepas itu.

"Sekali lagi?Seriously?"keluh jururawat wanita tersebut dengan muka jengkel dia sewaktu memandang mereka semua di situ. Budak-Budak ni kan suka sangat la bagi dia kerja! Hairan betul tahu tak! "Memangnya kamu semua ni dah tak ada benda lain apa nak dibuatnya?"bebelnya.

Mereka semua di situ palingkan kepala dan pandang ke jururawat tersebut dengan senyuman goofy masing-masing di wajah.

"Ahaha...Hai Lady Jane!"sapa mereka dengan serentak.

Jururawat itu menjuling mata menyampah.

"Cantik macam selalu ya..."puji mereka pula.

Dah lali dengan mulut manis mereka, Lady Jane sikit pun tak tersenyum atau terkutik, malah semakin jengkel adalah! Ingat dia nak termakan ke pujukan mereka ni! Memang tak! Dia tengah marah ni! Dasar Budak-Budak menyusahkan!

"Tolonglah berhenti main benda berbahaya ni...suka sangat sakit kenapa?"pesan dia semasa meletakkan dulang berisi posyen penyembuh di atas meja setiap katil. "Kamu tahu tak leceh nak sediakan semua posyen penyembuh ni dalam suatu masa dengan banyak?Gara-gara kamu saya kena bersekang mata nak siapkan posyen ni"bebel dia sambil letakkan botol kaca berisi posyen penyembuh ke atas meja setiap katil di situ.

"Baik!"balas mereka dengan serentak. Sedang mereka semua tunduk menyapu posyen di kawasan lecur masing-masing, secara mengejut pintu bilik rawatan di rempuh kuat dari luar hingga ia terbuka ke dalam lalu menghentak dinding.

Terkejut dengan bunyi bising itu, mereka angkat kepala dari tunduk masing-masing untuk pandang. Sekali bila di pandang, mata mereka terarah pada lelaki yang sedang mencempung seseorang dan berjalan laju menuju ke arah katil.

"Diane!"panggil suara tu dengan esakan yang cemas.

Frost menjengah kepala, dia turun dari katil untuk melihat apa yang berlaku. Dan setelah dia berdiri dekat situ, perkara yang dia Nampak adalah tangan yang terkulai lemah ke tepi katil saat Lady Jane berada di atas katil. Terus keningnya berkerut hairan.

"Asal tu?"tanya Noah yang turut menjengah kepala ingin tahu.

Han dekat belakang Frost pula bersuara. "Diane?Budak bermasalah tu ke?"

"Kenapa dengan dia?Nak mati dah ke?"soal mereka yang lain.

"Hish...kau ni. Ada ke cakap macam tu. Tak elok tau tak!"tegur rakan yang lain pula.

"Tak adalah aku tanya jer kan..."balas orang yang sama.

Walaupun jauh, Frost dapat memandang mata yang tertutup rapat itu dengan kening berkerut. Dari tempat dia berdiri lagi dia dapat mendengar betapa lemahnya detakan jantung itu. Sangat lemah sampaikan dia sendiri rasa sesak dekat dada.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now