Episode 13

2K 184 1
                                    

"Beritahu aku kenapa aku berkawan dengan kau orang?"tanya dia dengan muka penat. Serius. Sampai sekarang dia tertanya macam mana boleh end up dengan tiga mahkluk tak cukup akal ni?Dia orang ni kan ada je tau idea gila yang di buat. Kalau tak libatkan diri dia tak apa jugak. Ini tak dengan dia-dia sekali kena heret dengan mereka.

"Alah...kau ni tak ada chill la."ujar Goo dekat depan.

Chill!Chill!Kepala otak chill! Tahu tak apa yang mereka tengah buat sekarang ni?

Malam itu mereka keluar ke pekan, menyelinap keluar tanpa kebenaran untuk lepak di kedai yang terkenal dengan minuman yang enak. Kalau kena tangkap tak ke naya nanti!

"Kalau kita kena tangkap, kau orang siap sedia je la."ugut Frost dengan nada menyampah dia.

Empat sekawan yang bermantel hitam itu akhir tiba di sebuah bar dekat pekan itu. Bersama senyuman lebar di bibir masing-masing mereka berjalan masuk ke dalam bar itu dan mengambil tempat di sebuah meja tidak jauh dari kaunter bar sejurus itu. Tempat biasa mereka lepak di sini.

Tak lama mereka duduk, seorang pelayan datang mengunjungi meja mereka.

"Datang pun...ingatkan tak datang. Aku dah reserve minuman yang kau orang suka tu..amacam nak tak?"tegur pelayan lelaki itu kepada Han dan Noah yang merupakan pelanggan tetap bar itu sejak awal semester lagi mereka di sini. Jadi dah macam kawan-kawannya sendiri.

Noah tersengih lebar. Dia menepuk senang lengan pelayan tu. "Baguslah kau ni Roddyn....ini yang buat aku nak datang ke sini je"selorohnya. Saja nak bermanis mulut biar boleh dapat harga murah. Maklumla...customer tetap la katakan.

Roddyn, si pelayan mendabik dada bangga. "Mesti la pelanggan adalah keutamaan kami di sini...so kau nak aku hidangkan sekarang ke?"

"Bagi double. kalau macam tu."arah Han pula.

"Okay...boleh je."ujar Roddyn sebelum beredar dari situ dengan senyuman di bibir.

Frost yang duduk di antara Noah dan Han meraup muka kerimasan. Tak pasal-pasal betul la semua ni! "Kalau kau orang nak minum, minum lah sendiri, asal ajak aku, aku ngantuk kau tahu tak.."sungutnya sambil menguak rambutnya ke belakang saat tunduk seketika. Satu hari suntuk ni dia hadap kelas, temankan dia orang berlawan, kemudian siapkan tugasan dan esei yang berjela-jela muka surat panjangnya. Haih! Lalu dia angkat kepala semula. Dengan malas matanya mengerling ke sekeliling bar.Cuba hilangkan rasa bosannya saat ini.

"Relaks lah bro....tak lama mana pun. Sebelum tengah malam kita balik."Goo merangkul bahu Frost. Cuba sedapkan hati rakannya yang sepertinya tiada mood nak sertai mereka malam ni. Biasanya okay je kalau di ajak.

Frost menolak tangan Goo turun dari bahunya. "Yalah tu, kau ingat aku tak faham kau orang ni macam mana? Kau orang tu kalau dah minum sampai esok belum tentu habis.."selorohnya sambil buat muka tak percaya dengan kata-kata Goo.

Noah dan Han yang dengar hanya tersenyum. Mereka berborak buat seketika sehingga la pesanan mereka tiba. Empat koleh yang berbusa itu dihidangkan ke meja mereka oleh Roddyn.

"Ini dia pesannya...enjoy."sapa dia semasa hendak berpaling dari situ.

"Thanks!"ucap Goo.

"Ahaha...terbaik!"Han berkata dengan mata bersinar sewaktu pegang koleh tu.

KERINCING!

Pelayan itu kemudiannya beredar, mendapatkan pelanggan yang baru masuk sebaik mendengar bunyi loceng pintu.

Frost memandang ke arah pintu apabila bunyi loceng kedengaran. Dia pandang dari balik bahunya sebelum terlihat dua orang gadis berdiri depan Rodyyn tersenyum senang. Setelah itu, Roddyn iringi mereka ke sebuah meja. Dua orang itu pun berjalan mengekori pelayan lelaki itu dan duduk di sebuah meja berdekatan dengan meja di mana sekumpulan lelaki sedang bermain terup berada.

Han di sisi menyinggul lengan Frost tiba-tiba. Membuatkan lelaki itu berpaling memandang Han dengan terkejut. "Huh?Asal?"tanya dia bingung-bingung.

"Kau tengokkan apa...minum la. Sedah tahu tak"ajak Han sambil menolak koleh milik Frost ke depannya.

Matanya tunduk memandang koleh di depannya sambil buat muka lantas di tolak jauh darinya tak lama lepas tu. Frost menggeleng kepala tak nak. "Tak apalah kau minum je"balasnya sebelum memandang semula ke orang yang memakai dress labuh berwarna merah jambu bunga sakura dan ditemani rakan baik di sisi tadi.

Namun tak lama dia pandang, tiba-tiba pintu bar itu di rempuh kasar sebelum seorang lelaki berjalan masuk dalam keadaan mabuk. Lelaki bertubuh gergasi itu mulanya jalan terhuyung hayang sebelum dengan mengejut jatuh tepat atas meja di mana kumpulan pengunjug sedang bermain daun terup tadi.

Noah, Han dan Goo yang dengar bunyi kekecohan itu ikut berpaling. Mereka memandang terkejut ke bila dua orang lelaki di situ bergelut tak lama lepas lelaki mabuk tadi terjatuh sebelum ada yang bertumbuk.

Secara automatik, mereka pun bangun hendak menenangkan keadaan tersebut namun tak sempat nak bergerak dari situ, mereka semua terhenti apabila dua lelaki itu tumbang ke atas lantai dalam keadaan kejung seperti terikat.

Frost yang perhatikan kejadian itu sejak tadi perasan segalanya. Dan dia Nampak akan lingkaran putih seakan tali yang menjalar di lantai semasa ia menjalar naik lalu membendung dua tubuh tersebut sehingga tumbang. Dan bila orang dalam bar tu gerak menghalau lelaki mabuk tadi, Frost baru Nampak wajah sepenuhnya siapakah pemilik lingkaran putih tadi.

Diane Elaine.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now