Episode 46

1.6K 158 1
                                    

Sarah menyeringai garang, menayangkan giginya dengan bengis masa pandang lelaki yang sedang memeluk tubuh Diane rapat ke tubuh tu.

"Lepaskan perempuan tak guna tu. Berikan dia kepada aku!"tempik Sarah dengan lantang. Nafasnya naik turun hilang sabar.

Diane memandang wajah itu dengan kening terangkat tinggi. "Frost?"panggilnya dengan perlahan.

Lelaki beramput kelabu asap itu palingkan kepala memandang Diane dengan senyuman nipis di bibir. "Hai...lama tak jumpa"sapanya.

Ekoran rasa sakit akibat serangan Sarah tadi, Diane lentokkan kepalanya ke bahu Frost dengan mata terpejam menahan sakit. Tangannya longlai di sisi. Tak larat nak pegang badan tu sekali!

"Ke tepi aku kata! Aku nak uruskan perempuan tak guna ni. Sebab dia Daniel mati!"jerit Sarah semasa berlari ke arah Frost dan Diane dengan hysteria sekali.

Serta merta Frost angkat tangan kirinya lalu menghasilkan sihir pentagram di depannya sebagai dinding pelindung. Dan taktala Sarah menghampirinya, gadis itu terlanggar akan dinding pentagram tu sebelum tercampak ke belakang lalu jatuh terduduk di lantai itu.

Setelah itu Frost pun berkata sambil memeluk erat Diane dengan tangan kanannya."Daniel mati sebab dia minum air yang aku letak racun untuk meracun Diane. Kalau dia tak minum, semua ni takkan terjadi. Jadi dalam hal ni aku yang salah. Bukan Diane. Kalau kau nak balas dendam, kau bunuhlah aku bukan Diane"

Diane yang dalam keadaan mamai itu cuba membuka mata, nafasnya tersekat-sekat mencari Udara. Dengan sisa tenaga yang ada dia cengkam kain baju kemeja Frost kuat-kuat nak elakkan dirinya dari terduduk rebah di situ.

Kening Sarah berkerut. Dia memandang pelik ke arah Frost. "Apa maksud kau?Racun Diane?"

"Ya...niat aku nak bunuh Diane. Tapi Daniel ambil minuman tu dari Diane. Itu yang jadi macam ni. Jadi kalau kau nak balas dendam lakukannya terhadap aku...jauhkan diri kau dari Diane atau kau akan terima padahnya."ujar Frost dengan renungan serius mencerunnya pada Sarah.

Berasa tak percaya dengan apa yang di dengar Sarah menggeleng kepala.Menafikan semua pengakuan Frost. "tak kau tipu. Daniel mati sebab Diane. Perempuan s*al ni!"tempiknya dengan nyaring.

Frost melepaskan keluhan Panjang masa perhatikan Sarah."Ikut kau nak percaya atau tidak..tapi itu la yang sebenar-benarnya."

Sarah yang berada atas lantai itu menggeleng kepala dengan mata terbutang memandang Frost sebelum menekup telinganya. "Tak!Tak! Kau tipu! Arghh! Daniel...uhuk...huhu"nangis dia yang berkelakuan seperti orang tidak waras.

Frost tunduk, dia mencempung tubuh Diane gaya pengantin lalu lenyap secara tiba-tiba bersama gadis itu ke bilik tidurnya sendiri.

Sampai saja di tepi katil, Tubuh itu di baringkan dengan berhati-hati sebelum lampu tidur sebelah katilnya dihidupkan.

Seusai itu, Frost gerak ke dalam bilik air lalu muncul bersama dengan tuala bersih di tangan dan duduk di atas katil. Menyeka peluh yang merintik di dahi itu dengan perlahan.

TIdak lama selepas itu, mata yang terpejam itu pun pelahan-lahan terbuka sebelum memandang Frost dengan lama sebelum tersentak bangun dari baring lekas-lekas.

Diane pandang kanan dan kirinya lalu ke muka Frost dengan cemas. Nafasnya naik turun dengan kencang. "Apa awak cuba lakukan hah?"tanya dia sebelum berdesis kesakitan apabila terasa tusukan kuat pada tulang rusuknya. Urgh!Sakitnya!

Frost pandang wajah pucat Diane yang basah dengan peluh dingin itu. Dai mintak maaf. Kalau bukan disebabkan dia, Sarah pasti tidak akan mengejar Diane macam ni sekali. Mujur la dia dengar degupan jantung cemas Diane tadi. Kalau tidak, entah apa akan terjadi pada Diane, tiada siapa yang tahu. "Kau ada dalam bilik aku sekarang. Kau perlukan rawatan Diane, nampaknya tulang rusuk kau dah patah..."ujarnya dengan perlahan.

Diane pandang Frost dengan mata kemerahan dan air mata bergenangan di kelopak. Dadanya naik turun menahan sabar. "Saya tak perlukan rawatan dari awak. Biar saya balik ke tempat saya semula!"tegasnya di balik ketapan gigi. Sebab Frost dia jadi macam ni. Sebab idea tak guna lelaki ni la telah buatkan hidup dia tungang langgang macam ni!

"Diane...izinkan aku. Biar aku tolong kau.."minta Frost sambil memegang tangan Diane yang sedang memeluk sekeliling tulang rusuk. "Aku boleh tolong hilangkan sakit ni.."pujuknya sambil dekatkan diri pada Diane dengan senyap-senyap dan meletakkan tangannya ke kiri perut di mana tulang rusuk Diane telah patah.

Terkilan dan kecewa...itula perasaan yang dia rasa selama beberapa bulan ni kerana Frost. Dan sekarang lelaki ni apa?Cuba bantu dia! Patutnya Frost lakukan hal ni dari awal lagi. Bukan sakiti dia kemudian bantu dia macam ni..

Ingat dia ni apa!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now