Episode 3

2.9K 264 4
                                    

Awalnya senyap sunyi je ruangan bilik rawatan yang terletak dekat menara sebelah kanan akademi tu. Sekali tu, bunyi pintu terbuka secara tiba-tiba menggegarkan dinding ruangan tersebut. Lalu ia diikuti dengan suara tanggisan yang tiba-tiba kedengaran. Serta merta ia menyentak mereka yang berada di dalam bilik rawatan itu.

Dari staf bertugas sehingga la pelajar lain yang mahu terima rawatan di situ. Mereka semua palingkan kepala ke arah kekecohan tersebut.

"Diane!"panggil suara itu dengan sedih sekali.

Mereka di situ melihat seorang pelajar perempuan sedang mengejar langkah seorang master yang mencempung tubuh seorang lagi pelajar perempuan ke arah sebuah katil dengan lekas.

Pelajar lelaki yang sedang menerima rawatan kerana bermain api di situ saling menjengah kepala ingin tahu saat sedang menerima rawatan melecur masing-masing. Tertanya-tanya sendiri. Apa yang sedang berlaku tu?Siapa yang cedera?Ada orang mati ke?Itu la yang otak mereka sedang fikirkan.

Tidak lama selepas itu, seorang jururawat bilik rawatan mendapatkan Master Loui dan juga Casia sewaktu lelaki itu membaringkan Diane di katil.

"Apa yang telah terjadi?"tanya Lady Jane kepada mereka berdua. Sambil tu,tangan wanita itu melekap pada dada Diane, memeriksa detak jantung dengan kuasa kinestetiknya dari bawah tapak tangan tersebut. Dengan kening berkerut risau, dia pun berkata. "Degupan jantung dia lemah,saya kena berikan rawatan kecemasan kepada dia...."ujarnya dengan tergesa-gesa. "Doktor Abiel!Kecemasan!" panggil Lady Jane sewaktu naik ke atas katil. Dia membuka kot yang berada di badan Diane tergesa-gesa. Khuatir sekiranya dia membuang waktu lagi, anak ini mungkin tidak dapat diselamatkan lagi!

Casia yang berdiri di tepi katil itu hanya mampu memerhati dengan linangan air mata di pipi. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa supaya Diane tak apa-apa!

Lady Jane meletakkan kedua-dua tangan ke dada Diane sebelum menekan-nekan dada tersebut untuk bantu jantung gadis itu berdegup semula. Cuba berikan bantuan kecemasan sementara menunggu.

"Ada apa ni?"muncul la Doktor Abiel yang baru keluar dari pejabat sesaat kemudian. Dia ambil tempat di sebelah katil satu lagi sebelum tunduk memandang wajah pucat kebiruan Diane sebelum terlihat kesan jerut pada leher Diane. Setelah itu dia pandang ke Master Loui dan Casia silih ganti. "Dia kena sihir ke?"soalnya lagi.

Casia mengangguk kepala, wajahnya yang dibasahi air mata itu memandang takut ke arah doktor itu. "Ya....tadi Luisa, dia cekik Diane guna kuasanya.Diane tak melawan. Sebab itu la...tolong saya doktor....tolong selamatkan kawan saya...jangan biarkan apa-apa terjadi pada dia..."rayu Casia teresak-esak. Hanya Diane saja yang dia ada sekarang ni!

Doktor Abiel mengerutkan kening lepas dengar. Dijerut? "Luisa tu dari puak mana?tanya dia semasa menanggalkan kot putihnya dan sarung tangan kulit. Setelah itu dia isyaratkan Lady Jane supaya turun dari katil tu dengan tangan saja.

"Puak Api Hitam. Tadi saya cuba halang, tapi saya di larang menggunakan kuasa terhadap rakan akademi yang lain sebab tu...sebab tu Diane jadi macam ni"sedu Casia. Dia mengigit hujung jari saat berdiri di sisi Master Loui."Saya merayu.tolong selamatkan Diane."nangisnya lagi apabila melihat wajah pucat kebiruan Diane.

Lady Jane turun dari situ dan berikan ruang untuk Doktor Abiel melakukan kerjanya.

Master Loui yang memerhati sejak hanya tenang. Langsung tidak cemas sebab dia kenal akan kemahiran dan kepakaran Doktor Abiel ini. Tak kira apa sekalipun kes itu, wanita ini akan dapat selesaikannya dengan mudah!

"Api hitam?"tanya Doktor Abiel dengan nada terkejut sewaktu tangannya mengeluarkan cahaya seakan api biru dikedua-dua tapak tangan kiri dan kanan. "Kenapa awak tak bawa dia terus ke sini selepas kejadian tu berlaku. Bukannya selepas dia pengsan begini." marah dia semasa melekapkan tangannya tepat di mana jantung Diane berada.

"Sebab saya tahan dia...."jawab Master Loui dengan mendatar. Sikit pun tiada reaksi serba salah mahupun nada kesal kedengaran.

Mendengar jawapan tersebut, Doktor Abiel, dia palingkan kepala ke Master Louis lalu pandang tak percaya ke lelaki itu buat seketika sebelum kembali kepada Diane. Tiada kata-kata yang dapatkan dikatakan lagi. Memangnya tak ada hati atau perasaan apa! Tak kesian apa pada anak ni? FIkir la sikit!

Lady Jane memeriksa Diane semula. Dia letakkan dua jari di nadi leher Diane dan diam seketika untuk membaca detak denyut nadi tersebut. Setelah beberapa saat berlalu, dia pandang ke Doktor Abiel lantas berkata. "Doktor, nadinya telah kembali kepada denyutan yang normal."ujarnya.

Doktor Abiel mengalihkankan tangannya sebelum tunduk mendekatkan telinga pada bibir Diane. Memastikan deru nafas Diane kembali normal. Dan setelah dia dapat rasakan telingannya di sapa dengan nafas Diane, baru la dia jarakkan diri lalu berdiri tegak semula.

Sambil memandang wajah pucat Diane, Doktor Abiel pun berkata. "Sekarang dia dah tak apa-apa. Saya dah pun alihkan kuasa tersebut dari badan Diane. Cuma kesan pada lehernya tu ambil masa untuk sembuh."maklumnya semasa palingkan kepala ke Master Loui. Dia pandang Loui dengan kening mencerun tak puas hati. "Awak nak sangat dia mati ke!?Awak kan seorang master, sepatutnya tahu kesannya kalau seseorang tu kena kuasa api hitam...kenapa tahan dia sekalipun nak hukum dia? Patutnya bagi dia rawatan dulu apa-apahal!"

Seperti tadi Master Loui hanya tunduk memandang Diane tanpa menunjukkan sebarang ekspresi di wajah. Renungan matanya pun kosong macam tiada ertinya dia tenung Diane macam tu.

Lantas Casia mendapatkan Diane. Sambil sedut hingus yang mahu turun, dia tarik kain selimut di bawah kaki Diane lalu gerak menyelimutkan tubuh itu hingga ke dada.

"Maafkan aku Diane.." ucap Casia sebelum kepala Diane diusap lembut. "Sebab dia orang semua nak kau matilah mereka buat macam ni dekat kau..."sebutnya semasa termenung memandang muka tu. "Yang salahnya ayah kau....bukannya kau, Diane...tapi kenapa dia orang sanggup sakiti kau macam ni sekali. Kau tak salah....sesiapa tolong la hentikan semua ni"mintanya sambil tunduk sembamkan muka ke bahu Diane.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now