Episode 72

1.5K 142 0
                                    

Setiba di sebuah lapangan, dimana sekelilingnya terdapat pokok besar yang lebat daunnya, Luisa pisahkan kedua-dua itu.Sendirian dia ikat Diane terlebih dahulu. Lalu diikuti Kaiser yang tidak sedarkan diri di biarkan baring di hadapan unggun api yang dinyalakan olehnya selepas itu.

Dengan muka tak ada perasaannya, Luisa kemudiannya jalan ke hulu dan hilir membaca mentera pendinding sekeliling tempat itu agar tiada sesiapa boleh keluar mahupun masuk ke dalam ruangan yang diciptanya itu.

Dekat 10 minit Diane perhatikan perempuan berkelubung tu membaca mantera. Dan sepanjang masa tu jugak la dia cuba gunakan kuasa dia untuk loloskan diri. Tapi langsung tak ada hasilnya. Tak kira la  macam mana sekalipun dia cubakerahkan kuasa dia supaya keluar, tiada satu pun yang berhasil.

Pergerakkan Diane itu akhirnya  di sedari oleh Luisa melalui ekor matanya. Perlahan-lahan dia pun jalan dekati Diane lalu berdiri menghadap Diane sebelum bercakung.

Diane pandang takut ke Luisa lepas Luisa bercakung depannya dengan senyuman jahat terukir di bibir itu.

"Kau tak payah nak susah-susah gunakan kuasa kau, Diane.  Sebab aku dah letak pendinding yang mana akan halang sebarang tenaga dan kuasa di keluarkan mahupun masuk ke tempat ni.”beritahu dia dengan sinis. “Malam ni tiada kuasa mahupun mantera yang akan terlibat dalam urusan kita...”ujar Luisa.

Diane pandang Luisa dengan kening mencerlung risau. Luisa ni dah kenapa? Perempuan ni terlalu stress ke sampai berkelakuan macam ni sekali. “Apa yang kau cuba lakukan sebenarnya?Kenapa kau buat aku macam ni?”tanya dia dengan perlahan.

Luisa berdiri lalu mendekati Kaiser. Berdiri saja dia dekat sebelah badan Kaiser yang mengiring itu, dia menyepak badan itu sehingga terbaring terlentang. “Aku nak kau tengok apa yang aku akan buat dekat dia....”sebilah pisau panjang dikeluarkan dari balik seluar Luisa.

Dia tunduk memandang Kaiser yang tidak sedarkan diri itu gara-gara dihentak kuat pada tengkuk tadi.“Hmm...nak mula potong dari mana ya?”tanya Luisa sewaktu letakkan hujung pisau tu bawah dagu dia sewaktu lirik anggota badan Kaiser.

Mata Diane dah terbutang luas. “Luisa jangan!”panggil dia sambil kakinya menendang-nendang tanah nak lepaskan diri.

“Okay...aku tahu dekat mana...”Luisa bercakung dekat situ lalu palingkan kepala ke Diane. “Kita biarkan darah mamat ni keluar perlahan-lahan sampai jantung dia berhenti.” Katanya sebelum bunyi sesuatu terkoyak kedengaran.

ZAPP!!satu hirisan dalam mengenai tangan kanan Kaiser.

“Luisa..!!!!”teriak Diane penuh kengerian. “Tolonglah. Berhenti!!!!aku merayu!!!!”jerit Diane dengan kuat sehingga bergema ke seluruh kawasan hutan itu.

Luisa yang dengar ketawa mengekek. Puas hati dia bila melihat reaksi Diane begitu. “Jeritlah...tak ada sesiapa pun yang akan dengar kau...” selorohnya dengan gembira.

Air mata mula berkumpul di kelopak mata Diane. Dia menggeleng kepala dengan penuh sebak.

“Kenapa dengan kau ni! Kenapa kau benci sangat dengan aku! Apa yang aku dah buat dekat kau sampai tahap macam ni sekali kau bencikan aku!”teriak Diane sekuat hati sampai urat lehernya timbul.

Dengan kelajuan vampire, Luisa menyusup laju ke arah Diane sebelum bercakung semula depan Diane dalam masa sesaat.

Buatkan mata Diane tak sempat nak berkedip pun masa tengok Luisa muncul depan dia.

“Kau nak tahu kenapa aku buat semua ni?Kau nak tahu kenapa aku bencikan kau dari dulu sampai la sekarang?”dengking Luisa dengan mata menjegil bulat seperti mahu terkeluar biji mata tu dari soketnya.

Diane ketap gigi kuat-kuat. Menahan marah yang sedang meluap di dadanya saat ini. Lama dah dia diamkan hal ni. Sejak kali pertama  dia masuk ke akademi sehingga la sekarang, Luisa tak pernah berhenti dari gamggu hidup dia.

“Fine...memandangkan aku akan bunuh kau sekejap lagi. Better aku buat storytelling dekat kau dulu sebagai hadiah terakhir ya tak...”kata Luisa dengan bersahaja sebelum bersila di depan Diane yang bersimpuh atas tanah dekat batang pokok tu.

Air mata turun ke pipi Diane masa dia tenung tak berkedip akan tingkah Luisa di depannya. Macam mana la ada manusia tak ada hati dan perikemanusiaan seperti Luisa ni? Kalau dia dengar cerita Luisa, alamatnya melayang la nyawa Kaiser nanti.

“Semuanya bermula sebelum kelahiran kau lagi. Okay. Nak di pendekkan cerita aku adalah cucu bongsu pemerintah Puak Api Hitam. Dan datuk aku adalah datuk kau kalau kau nak tahu.”luah Luisa.

Diane yang dengar membutang mata tercengang sewaktu memaandang tidak percaya ke Luisa. “Apa dia?”tanya dia dengan lemah.

Luisa tidak pedulikan akan reaksi Diane. Dia hanya meneruskan narrating ceritanya sambil menguis tanah dekat bawah kaki dengan pisau belati yang di pegangnya.

“Ibu kau adalah anak sulung datuk kita. Yang mana satu-satunya pewaris yang mempunyai hak untuk mendapat tahkta dalam pemerintahan Puak Api Hitam. Malangnya, ibu kau bercinta dengan ayah tak guna kau dari Puak Cahaya Biru. Benda ni jadi semakin rumit bila kedua-dua keluarga enggan beri restu untuk hubungan dia orang. Malangnya ibu kau degil, dia kahwin lari dengan ayah kau dan kemudian mempunyai kau. Datuk kita ugut ibu kau. kalau dia tak berpisah dengan ayah kau, atuk kita akan bunuh puak cahay biru dan semua penduduk Alvano Nova. Dan sebab itu la dia orang berpisah. Buang kau dekat sini...”beritahu Luisa lagi dengan nada malas.

Air mata bergenang di kelopak mata Diane, gadis itu terdiam kerana terkejut dengan apa yang di dengarnya. Mahu luruh jugak jantung dia saat ini.

18. The KingdomWo Geschichten leben. Entdecke jetzt