Episode 20

1.8K 166 0
                                    

Baru sahaja dia letakkan buku ke dalam lokar belum sempat nak keluarkan tangan dari situ. Entah macam mana, tiba-tiba pintu lokarnya bergerak tutup dengan kasar hingga membuatkan jarinya hampir tersepit.

Terkejut dengan kejadian itu, Diane pandang ke sisi pintu lokarnya sebelum nampak empunya onar. Terus mencerun tajam kening dia sewaktu pandang.

Hilang akal apa lelaki ni!

"Kau dah kenapa!"marah Diane kepada Sky. Lelaki tu berdiri dekat tepinya dengan muka bengis.

"Ikut aku!"arah Sky dengan garang sebelum memegang pergelangan Diane lalu lenyap secara tiba-tiba bersama gadis itu.

Sesaat kemudian, mereka berdua tiba di belakang bangunan yang jauh dari perhatian orang.

Setelah itu tubuh Diane dicampak kasar ke dinding.

"Ahp!"aduh Diane sambil memegang bahunya setelah berlanggar dengan dinding tersebut.  "Kau ni dah kenapa Sky!Hilang akal ke!Sakit tahu tak. Kalau ya cakap elok-elok boleh kan!"bentak Diane dengan berang.

Kurang ajar betul! Tampar nanti baru tahu!

"Kau diam!!"bentak Sky dengan tiba-tiba. "Sakit?Kau tahu apa pasal sakit hah! Kau fikir sakit kau je. Sakit orang lain kau ada fikir tak!"tanya dia sambil tunjal bahu Diane berkali-kali sewaktu berkata. "Selama ni Casia yang rasa sakit tu sebab risaukan kau. Sakit sebab tengok kau sakit! Kau tahu ke tu.menangis siang dan malam sebab kau! Fikir la sikit!"kepala Diane pula di tunjalnya.

"Hei!Apa ni!Main kepala orang pulak. Cakap tu cakap je la tangan tu jangan la ikut gerak!"tangan Sky ditampar Diane dengan marah.

Disebabkan perasaan dia yang sudah meluap-luap keberangan, Sky cekau batang leher Diane lalu menghentak badan tu ke dinding lalu berderam garang depan muka tu.

"Sebelum orang lain bunuh Casia atau sakiti dia kerana kau!Better kau berhambus dari hidup dia dan putuskan persahabatan kau!"kata Sky.

Diane terdiam, dia pandang wajah merah Sky dengan kening mencerun.

"Apa yang kau cuba beritahu aku ni?"tanya Diane perlahan.

Sambil tersengih jahat, Sky dekatkan mukanya depan muka Diane."Tak faham ke! Aku nak kau jauhkan diri dari Casia....tak..bukan jauhkan. Tapi buat dia bencikan kau....benci sebencinya sampai dia tak nak ambil kisah pasal hidup mati kau!"

Mulut Diane terbuka sedikit, matanya terbutang luas memandang Sky. Rasa seperti di himpit dengan tembok batu di dada, nafasnya tersekat-sekat.

"Apa maksud kau?"tanya dia lagi dengN perlahan.

Lantas Sky berdengus mengejek. Dia lentokkan kepalanya sedikit ke sisi lalu berkata. "Aku minta dia putuskan hubungan kau orang berdua, dia tak nak, malah merayu-rayu dia dekat aku supaya dia tak putuskan hubungan dia dengan kau. Jadi aku fikir cuma kau sahaja boleh tamatkan hubungan ni. Sebab itu aku ke sini..."ceritanya.

Diane yang dengar mengepal penumbuk di kedua-dua tangan. Keningmya berkerut-kerut seperti mahu menangis.

"Aku tak nak kehilangan dia. Aku cintakan dia sepenuh jiwa dan raga aku. Kalau apa-apa berlaku dekat dia. Aku tak tahu apa yang aku akan lakukan. Dan lagi-lagi semuanya berpunca  dari kau!."lafaz Sky dengan renungan jahat.

Sedih dia bila dengar. Casia adalah satu-satunya orang dalam dunia ni yang terima dia seadanya tanpa fikirkan kisah silam dan latar belakangnya. Dan sekarang Sky mahu pisahkan mereka? "Kau nak aku buat dia bencikan aku?"ulangnya. Supaya dia jauhkan diri dari aku?"

"Ya....kalau kau nak aku sanggup melutut." habis saja berkata begitu, Sky terus melutut. Dia kemudiannya dongak memandang Diane.

Tindakan itu buatkan Diane taken back
Dengan muka termangu, kepalanya tunduk memandang Sky. "Apa kau buat ni!Bangun." arahnya sambil undur ke dinding nak jauhkan diri.

Sky pegang tangan kanan Diane dengan terdesak sekali."Tak. Aku merayu pada kau Diane. Tolong la. Aku merayu sangat dekat kau. Lepaskan la Casia. Kalau kau hargai dia sebagai kawan kau, lepaskan dia."

Nafas Diane naik turun tak menentu. Keningnya berkerut seperti mahu marah tapi sebenarnya dia hendak menangis.

Sampai macam ni sekali Sky sanggup lakukan demi Casia?

"Kau sayangkan Casia?"tanya Diane tak lama lepas tu. KLau ini yang Sky mahukan, iaitu demi kebaikan Diane bukan kerana kepentingan lelaki ni. Dia mampu katakan apa lagi. Sebabnya memang patut la Sky buat macam ni.

Kalau Casia lama-lama dengan dia, suatu hari nanti nyawa Casia jadi taruhannya.

Sky mengangkat kepala. Wajah itu sudah di basahi air mata. Lalu dia mengangguk kepala. "Ya...aku sayangkan dia lebih dari nyawa aku sendiri...sebab aku tak sanggup kehilangan dia, aku merayu pada kau supaya putuskan la hubungan persahabatan kau dengan dia supaya dia tak ditimpa bahaya."

Rahang Diane terketik. Air mata bergenangan penuh di kelopak mata. Dia genggam jari jemarinya erat-erat sambil mengetap gigi, kalau memang hidupnya ditakdirkan untuk bersendirian sehingga akhir hayatnya, maka dia terima. Tidak ibunya, ayahnya yang meninggalkan dia. Tidak neneknya, saudara maranya yang membuang dia dari kaum kerabatnya. Dan kini Casia pula yang bakal meninggalkan dirinya.

Tanpa diminta air mata tumpah dari takungan lalu turun mengalir di pipi Diane sesaat kemdian.

Dengan susah payah menahan diri dari meraung dekat situ, Diane menyeka air mata dari pipi dengan jari lekas-lekas lalu berkata.
"Kalau macam tu, baiklah. Dengan syarat, kau harus berjanji dekat aku yang kau akan jagakan dia untuk aku. Kalau kau lukakan dia aku akan cari kau sampai ke lubang cacing." mintanya.

Sky perlahan-lahan bangun dari melututnya lalu pandang bungkam ke wajah Diane yang sudah kemerahan tu.

"Janji dengan aku Sky..."ulang Diane lagi semasa air mata sebelah kanan mengalir turun.

Sky angguk kepala satu kali. "Aku janji." jawabnya selepas itu.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now