Episode 12

1.9K 173 0
                                    

Lipatan pada lengan baju di turunkan sebaik dia selesai di periksa. Kesan lecurnya seratus peratus hilang dan sembuh sepenuhnya kerana posyen mujarab yang diambil tadi. See...sebab itu la dia tak kisah kalau melecur banyak kali! Ahaha!

"Terima kasih Lady Jane."ucap Frost pada jururawat di depannya.

"Kamu tu. Jangan main dengan api lagi Frost. Nanti jadi macam kawan awak yang seorang tu."ujar Lady Jane semasa mengemas peralatan rawatannya di dalam dulang.

Dia yang dengar buat muka tak faham. Lady Jane maksudkan siapa pulak ni?Setahu dia semua kawan-kawan dia tak apa-apa. Sama seperti dia, mereka semua sembuh dengan baik tanpa meninggalkan sebarang parut. "Siapa?"tanya dia dengan kening terangkat.

Lady Jane berdiri. Dia pandang Frost buat seketika lalu menjuih bibir ke satu arah. "Itu...Siapa lagi kalau bukan Diane Elaine...."beritahunya.

Frost menoleh memandang ke arah katil di mana Diane sedang baring tidak sedarkan diri tu. Memangnya Diane tak sedarkan diri sebab main api ke?Setahu dia kuasa Diane bukan Api. "Apa yang dah berlaku dekat dia?"Frost bangun dari duduknya di katil sambil tu. Setelah itu kot yang ada di atas katil di capai sebelum menyarungnya ke badan sambil mengerling ke arah katil Daine. Perempuan tu agaknya tak boleh kalau sehari tak terlibat dengan masalah, Ada je isunya!Tak faham dia!

"Puak Api Hitam, Luisa cekik dia sampai urat utama dia hampir rosak,mujurlah sempat. Kalau tidak,tak tahu lah"geleng Lady Jane dengan nada kesal semasa berkata.

Frost palingkan kepala ke Lady Jane. Dia kerutkan kening tak faham lepas dengar. Luisa? "Kenapa pulak Luisa cekik dia?Diane ada lakukan sesuatu pada Luisa ke?"tanya dia.

Lady Jane menjungkit bahu. "Entahla....kamu sendiri tahukan kisah hidup Diane macam mana. Orang seperti Diane tu ya ramai musuhnya. Ada saja yang tak dipuas hatikan. "Lady Jane semasa berlalu dari situ meninggalkan Frost.

Memang la dia tahu kisah Diane. Tapi setahu dia, Diane bukan la jenis orang yang suka cari pasal dan susahkan hidup orang lain. Takkan la Luisa tu sengaja cari pasal sehingga cederakkan Diane dengan kuasa sihir hitamnya itu. Frost merenung lama ke arah katil Diane hingga tidak menyedari dia sudah pun berdiri di sisi katil itu dengan kuasa munculkan diri secara tiba-tiba di situ.

Berdirinya dia di situ, Frost tunduk menilik wajah pucat Diane dengan dalam. Waktu itu la dia dengar.

Dup!

Dup!

Dup!

Seragam saja bunyi jjantung itu berdegup. Dan bunyi tenang itu serta merta mengisi ruang kepalanya. Deru nafas lembut yang keluar dari hidung itu menunjukkan tubuh orang itu sedang pulih dengan baik. Namun tingkat tenaga dalam badan ni sangat lemah. Kalau tidak di restore semula, mungkin Diane akan lambat sedar dari lena. Atau mungkin tidak akan bangun sampai bila-bila.

Terkutik mahu membantu, dia angkat tangan mahu memegang tangan tu.

"Siapa tu?"tegur satu suara dari belakang tiba-tiba.

Frost yang dengar menoleh ke balik bahunya sambil turunkan tangan ke sisi semula. Terbatal terus niat dia nak membantu.

Casia memandang Frost dengan kening berkerut tak faham. Dah kenapa student dari kelas Royal ada dekat sini? "Ya?Awak nak apa?"tanya Casia sambil pandang curiga ke Frost sewaktu mendekati katil Diane. Setelah itu dia tilik tubuh Diane dari atas ke bawah sekali imbas. Nak pastikan sekiranya rakannya itu tidak di apa-apakan atau tidak.

Berasa janggal dengan situasi itu, Frost seluk tangan ke dalam poket seluarnya lalu berkata. "Kawan awak ni, dia sebenarnya dah sembuh. Cuma tenaga dalam badan dia sedikit mengurang. Saya cadangkan awak restore tenaga dia semula supaya dia sedarkan diri dengan cepat."pesannya.

Casia buat muka. Dia pandang pelik. Dah kenapa tiba-tiba kisah pasal Diane. Bukan ke semua orang dalam akademi ni bencikan Diane. Tiba-tiba beri cadangan bagai kenapa? "Oh...terima kasih untuk pesannya. Saya hargainya."balas dia acuh tak acuh.

"No big deal..."angguk Frost sebelum undur ke belakang beberapa langkah lalu berpaling ke arah pintu keluar dengan kepala tunduk ke lantai. Pergh! Kekok betul! Kenapala Casia muncul masa ni jugak!

Frost kemudiannya melangkah keluar dari wad itu sewaktu rakan-rakannya yang lain sedang menunggunya di luar pintu.

"Macam mana, tak teruk kan?"tanya Han yang merangkul bahu Frost sebelum jalan seiring merentasi koridor tersebut.

Frost menggeleng kepala dengan senyuman nipis di bibir. Harap-harap Casia ikut apa dia katakan tadi. "Tak ada la. Dah okay pun. Kau tahu kan posyen Lady Jane tak pernah gagal sembuhkan kita.."selorohnya.

"Good! Wei. Aku ada idea gempak!"

"Apa bendanya?"

"Kalau macam tu kita buat perlawanan lagi minggu depan. Nak tak. Kali ni aku akan pastik kumpulan aku menang."aju Noah.

"Alah kau...main licik boleh la."

Sambil tersenyum dia mengangguk kepala. "Boleh je."setuju Frost sambil perhatikan lagat rakan-rakannya. Seronok betul dia orang ni. Langsung tak ada rasa serik pun! Setelah itu dia berpaling ke belakang pula, melihat pintu bilik rawatan yang tertutup itu beberapa saat sebelum kembali memandang ke depan. Mendengar perbualan rakannya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now